CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 28267|Reply: 152

[tvN] Hwayuki - Lee Seung Gi, Oh Yeo Seo, Cha Seung Won, Lee Hong Ki, Choo Ja Hy

  [Copy link]
Post time 4-7-2017 06:16 PM | Show all posts |Read mode
Edited by dauswq at 18-10-2017 05:43 PM

Pemilihan pelakon tvN Hwayuki / Farenheit selesai: Lee Seung Gi, Cha Seung Won, Oh Yeon Seo, Choo Ja Hyun & Lee Hong Ki
by        daus    ·                            October 18, 2017            

                                    
Atas, dari kiri; Lee Seung Gi. Cha Seung Won Bawah, dari kiri; Oh Yeo Seo. Lee Hong Ki. Choo Ja Hyun.

Drama tvN yang dinanti-nantikan hasil  tulisan adik beradik Hong, iaitu Hwajuki sudah pun mengesahkan pemilihan pelakon mereka termasuk Lee Seung Gi yang masih lagi di dalam akademi tentera kerana menjalani khidmat negara. Kesemua mereka kecuali Lee Seung Gi, iaitu Cha Seung Won, Oh Yeon Seo, Cho Ja Hyun dan Lee Hong Ki berkumpul di sesuatu tempat di Seoul hari ini untuk pembacaan skrip yang pertama.

tvN Hwayuki mengambil inspirasi daripada lagenda “Journey To The West” dan bakal menghimpunkan elemen-elemen fantasi dalam bentuk romantik komedi. “Journey To The West” ialah lagenda klasik China berkisarkan tentang pengembaraan sami Buddha ke barat sambil ditemani monyet Sun Wukong, babi Zhu Baji dan dewa laut Sha Wu Ji. Seperti yang kita ketahui, adik-beradik Hong terkenal dengan penulisan bercorakkan elemen fantasi komedi seperti mereka lakukan dalam Master’s Sun, Hong Gil Dong dan My Girlfriend is a Nine-Tailed Fox. Hong Sisters pernah meraih anugerah Best Screenplay Baeksang Art Awards untuk drama the Greatest Love yang turut menggandingkan Cha Seung Won.

“Sun Wukong” dilakonkan oleh Lee Seung Gi ialah seorang yang diakui hebat oleh orang ramai tapi dia mempunyai nada kesombongan yang tinggi, ego dan  suka memberontak, serta juga seorang yang suka melepaskan kemarahan sesuka hati. Di masa lalu, dia ialah jelmaan “Sun Wukong”.
Watak sami “Sanzhang” pula akan dibawa oleh Oh Yeon Seo, seorang peguam dihormati di kalangan pelanggannya kerana agak penyabar.  Dia menjadi wakil syarikat perumahan yang memfokuskan pada bangunan beli-belah. Merupakan seorang yang cantik dan berbakat, “Sanzhang” akan menjadi rebutan antara “Sun Wukong” dan “raja lembu”.
Cha Seung Won pula melakonkan watak sebagai “abang” (mungkin abang angkat) kepada Wukong iaitu “raja lembu”, seorang hartawan dan pemilik syarikat hiburan yang berjaya.

Tidak dipastikan watak apa yang bakal dibawa oleh Cho Ja Hyun yakni “comeback” beliau setelah tujuh tahun tidak berlakon dalam drama. Lee Hong Ki pula akan menjayakan sebagai idol yang amat diminati ramai gadis-gadis jelita. Mirip dengan babi “Zhubaji”, Lee Hong Ki akan mempersembahan lakonan berbentuk kasanova dan bakal menyemarakkan persaingan cinta antara ketiga-tiga mereka.
tvN Hwayuki akan diarahkan oleh Park Hong Kyun, pengarah yang sering bekerjasama dengan adik-beradik Hong dalam dua siri sebelum ini iaitu MBC Greatest Love dan MBC Warm and Cozy. Ia disiarkan pada Disember ini.

Sumber:Is Plus, OSEN

https://kmania.info/2017/10/18/pemilihan-pelakon-tvn-hwayuki-farenheit-selesai-lee-seung-gi-cha-seung-won-oh-yeon-seo-choo-ja-hyun-lee-hong-ki/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-7-2017 12:00 PM | Show all posts
cek in untuk oppa seungwon
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2017 04:29 PM | Show all posts
check in utk adik park bo gum
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2017 11:47 AM | Show all posts
Edited by santubung at 6-7-2017 11:52 AM

park bo gum new drama?
maharaja beruk? apa ni? hahahhahha ... jgn merapu meraban udah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2017 05:59 PM | Show all posts
Lee Seung Gi menjadi Sun Wukong dalam tvN Fareinheit
by        daus    ·                            Published August 21, 2017              · Updated August 21, 2017               
                                    
Lee Seung Gi sedang pertimbang akan membintangi drama terbaru terbitan tvN, Farenheit atau Hwajugi yang ditulis oleh adik-beradik Hong. Ini penampilan pertama Lee Seung Gi dalam arena drama sejak menjalani program khidmat tentera yang akan berakhir pada 31 October 2017 ini.
Pelakon yang pernah tercalon Best Actor 1st CARI Kdrama Awards menerusi drama MBC The King’s Heart ini pernah bergandingan dengan penulis skrip ini melalui drama SBS My Girlfriend is NineTail Fox yang disiarkan 7 tahun yang lalu, juga menaikkan nama Seung Gi selaku penyanyi bergelar aktor. Lee Seung Gi akan membawakan watak berinspirasikan daripada “Sun Wukong” yang disadurkan dalam bentuk moden. Cha Seung Won pula masih lagi mempertimbangkan watak diinspirasikan daripada raja lembu dengan realitinya dalam dunia moden, dia seorang peniaga yang berjaya dan mempunyai musuh yang ramai manakala. Menariknya, kedua-dua pelakon ini pernah dipertemukan dalam MBC Greatest Love dan hubungan ‘bromance’ mereka agak menjadi perbualan hangat pada masa itu walaupun Lee Seung Gi hanya muncul sekejap sebagai ‘cameo’.

‘Farenheit’ mengambil inspirasi daripada lagenda “Journey To The West” dan bakal menghimpunkan elemen-elemen fantasi dalam bentuk romantik komedi. “Journey To The West” ialah lagenda klasik China berkisarkan tentang pengembaraan sami Buddha ke barat sambil ditemani monyet Sun Wukong, babi Zhu Baji dan dewa laut Sha Wu Ji. Seperti yang kita ketahui, adik-beradik Hong terkenal dengan penulisan bercorakkan elemen fantasi komedi seperti mereka lakukan dalam Master’s Sun, Hong Gil Dong dan My Girlfriend is a Nine-Tailed Fox. Hong Sisters pernah meraih anugerah Best Screenplay Baeksang Art Awards untuk drama the Greatest Love juga menggandingkan Cha Seung Won.
Kesemua drama ditulis oleh adik-beradik Hong.

Pada tahun 1987, kekuatan “Sun Wukong” selaku peguam diakui oleh kesemua lapisan masyarakat tapi dia mempunyai nada kesombongan yang tinggi, ego dan  suka memberontak, serta juga seorang yang suka melepaskan kemarahan sesuka hati. Tidak dipastikan bagaimana adik-beradik Hong ini akan mengadaptasikan karya klasik China ini ke layar moden tetapi apa yang penulis agakkan, drama ini mungkin akan mirip seperti My Girlfriend is a Nice-Tailed Fox diadaptasi berdasarkan kisah penglipur lara musang berekor sembilan dan disesuaikan dengan keadaan semasa.   Penyenaraian untuk watak Zhu Baji dan lain-lain masih tidak disertakan lagi dan akan diumumkan kelak.
Drama ini akan siarkan pada penghujung tahun di cenel tvN.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2017 06:00 PM | Show all posts
Oh Yeon Seo akan menjadi suri hati Lee Seung Gi dalam tvN Hwayugi / Farenheit ?
by        daus    ·                            Published September 6, 2017              · Updated September 6, 2017               
                                    
Oh Yeo Seo & Lee Seung Gi

Oh Yeo Seo baru-baru ini tidak menafikan bahawa dia sedang pertimbangkan untuk berlakon dalam drama terbaru tulisan adik beradik Hong yang dikenali dengan naskah seperti KBS Sassy Girl Chun Yang, SBS My Girl, MBC Greatest Love dan SBS Master’s Sun.

Maklumat tentang wataknya belum dijelaskan setakat ini. Mengikut laporan awal, Oh Yeo Seo sebagai Ji Seon Mi, seorang yang begitu takjub pada agama (mungkinkah seorang biarawati???), mirip dengan karakter popular Sami Sanzang. Jika diperhatikan lakonan Oh Yeo Seo sebelum ini terutamanya dalam SBS Sassy Girl, SBS Please Come Back Mister dan MBC Shine or Go Crazy, Oh Yeo Seo tidak keberatan untuk melakonkan watak gadis yang kasar dan tampak kelakian. Lee Seung Gi dan Cha Seung Won pula masing-masing akan menjadi Sun Wukong dan raja lembu. Harus diingat naskah ini disadurkan dalam bentuk moden, maka watak-watak mereka hanya dijadikan inspirasi kepadanya.

Tetapi mungkinkah akan ada cerita cinta antara Lee Seung Gi dan Oh Yeo Seo? Mahukah seorang  biarawati melupakan suruhan agamanya untuk bersama-sama dengan lelaki yang dicintainya? Sama-sama kita nantikan apa agaknya penulis skrip akan buat.  Setakat ini, ketiga-tiga pelakon disebut di atas masih belum mengesahkan penampilan mereka.

Sumber: https://kmania.info/2017/09/06/oh-yeo-seo-akan-menjadi-suri-hati-lee-seung-gi-dalam-tvn-hwayugi-farenheit/

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2017 11:52 AM | Show all posts
ismaha replied at 5-7-2017 12:00 PM
cek in untuk oppa seungwon

check in juga...demi chajuma

citarasa kita mmg selalu sama kan
Reply

Use magic Report

Post time 14-9-2017 11:35 PM | Show all posts
ada gak drama yg mcm bes
dah lama taktgk drama korea
asyik mendrop
mcm kurang sengat  jek lately
hopefully citer ni bes
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-9-2017 01:48 AM | Show all posts
lepas joo won seunggi plak dapat oh yeon seo.. apelah nasib aku ni... harap semua ini tidak benar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-9-2017 01:50 AM | Show all posts
manganini replied at 17-9-2017 01:48 AM
lepas joo won seunggi plak dapat oh yeon seo.. apelah nasib aku ni... harap semua ini tidak benar

off topic jap
iols selalu perasan uols aktif dekat2 akhir thn, kenapa erk?
Reply

Use magic Report

Post time 17-9-2017 02:03 AM | Show all posts
dauswq replied at 17-9-2017 01:50 AM
off topic jap
iols selalu perasan uols aktif dekat2 akhir thn, kenapa erk?

ye ke.. tak perasan pulak.. maybe selalu ujung2 tahun baru cerita best.. nak meroyan takde geng so nak tak nak terpaksa masuk forum..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2017 05:05 PM | Show all posts
Lee Hong-ki considers joining Hwayugi as top starby girlfriday

This drama is turning into a Hong sisters reunion tour. We’ve already got two potential reunions in line for their new fantasy romance Hwayugi, with offers out to My Girlfriend Is a Gumiho’s Lee Seung-gi and Best Love’s Cha Seung-won, and now an offer is out to You’re Beautiful’s Lee Hong-ki to join the cast as a womanizing top star.

The fantasy-horror-romance is a fanciful reworking of the classic Chinese novel Journey to the West, in which the monk and the Monkey King will team up to fight the evil spirits that have invaded present-day Seoul. Lee Seung-gi has been offered the starring role as Sun Wukong the Monkey King, a powerful minor god who’s been exiled to the human realm. Oh Yeon-seo (My Sassy Girl) is up to play the heroine, a descendant of monks who’s been given the calling to rid the world of demons. And Cha Seung-won has been offered the part of Lee Seung-gi’s rival, the Bull Demon King.

If he signs on to join them, FT Island’s Lee Hong-ki will play the pig monster Zhu Bajie. In this adaptation, the pig monster has the power to seduce women and lives a cushy life as a top star. He even used his powers to get there, since all it takes is ten minutes of unleashing his magic to get all of the women on the planet to fall for him. LOL. This power does have a dark side though, because he uses it to suck the life force out of the women who worship him.

But since Journey to the West is all about mischievous characters going on a journey of enlightenment, it’s safe to expect some changes in store for the top star. We’re told that he’ll survive thanks to the mercy of the heroine, and learn to use his fame and sociability to help her on her quest. He’ll also have a hyung-dongsaeng relationship with the hero, which is going to be freaking adorable. I hope they sing duets together.
Hwayugi is being prepped for tvN’s weekend slot this December.

Via IS Plus, Osen

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-9-2017 05:06 PM | Show all posts
manganini replied at 17-9-2017 02:03 AM
ye ke.. tak perasan pulak.. maybe selalu ujung2 tahun baru cerita best.. nak meroyan takde geng so ...

tambah dlm senarai lee hong ki @ismaha @thafly @ayushuhada04  
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2017 08:34 AM | Show all posts
dauswq replied at 22-9-2017 05:06 PM
tambah dlm senarai lee hong ki @ismaha @thafly @ayushuhada04

perghh...rindu juga nk tgk Hong Ki kembali berlakon..semua list yg daus bagi mmg menarik....rindu juga pada
Seung Gi...


@santubung adakah berdebar2 menantikan HK...

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2017 01:29 PM | Show all posts
ayushuhada04 replied at 25-9-2017 08:34 AM
perghh...rindu juga nk tgk Hong Ki kembali berlakon..semua list yg daus bagi mmg menarik....rindu  ...

Hongki ... hongki kalau berlakon tolong jangan jerit2. bingit tawwww!!!!

citer junki CM tu pun sampai ke sudah iols tak tgk lagi wpun dua2 pelakon kegemaran iols
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2017 01:31 PM | Show all posts
manganini replied at 17-9-2017 01:48 AM
lepas joo won seunggi plak dapat oh yeon seo.. apelah nasib aku ni... harap semua ini tidak benar

oh yeo seo ... boleh la. iols pun kureng dgn minah ni. tak tahan bila dia beliak2 bijik mata
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-9-2017 01:49 PM | Show all posts
santubung replied at 25-9-2017 01:29 PM
Hongki ... hongki kalau berlakon tolong jangan jerit2. bingit tawwww!!!!

citer junki CM tu p ...

kak ayu  masih lg terbayangkan HK dlm cite MF
lawak sgt ler dia....

ermm...cite junki tu kak ayu tk tgk pun San...sekali termiss dh tk follow
rasanya stop sampai ep 5....

harap2 cite ni menarik ler...sbb pelakon hebat2 juga kan
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2017 01:50 PM | Show all posts
santubung replied at 25-9-2017 01:31 PM
oh yeo seo ... boleh la. iols pun kureng dgn minah ni. tak tahan bila dia beliak2 bijik mata

ahaks...aah ler dia mmg suka sgt buat mata terbeliak...
teringat dlm cite sassy girl dgn JW....
dia berlakon ok juga ler....lasak orgnya...
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2017 03:06 PM | Show all posts
dauswq replied at 22-9-2017 05:05 PM
Lee Hong-ki considers joining Hwayugi as top starby girlfriday

This drama is turning into a Hong  ...

hongkii!!!!~
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2017 12:06 PM | Show all posts
mushroomsup replied at 14-9-2017 11:35 PM
ada gak drama yg mcm bes
dah lama taktgk drama korea
asyik mendrop

naper supcendawan tk tgk cite Live Up To Your Name?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 04:05 PM GMT+8 , Processed in 0.094264 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list