CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 994|Reply: 1

Rasuah ibarat menyuap bangkai biawak ke mulut anak isteri

[Copy link]
Post time 5-7-2017 12:12 AM | Show all posts |Read mode


“MAKE UP” RASUAH MENJADI HADIAH

Pelbagai istilah yang manis telah direka bagi ‘menghalalkan’ rasuah oleh para penagihnya. Istilah-istilah terdahulu seperti makan suap, tumbuk rusuk, duit kopi, duit teh telah dimodenkan dengan istilah seperti pelincir, hadiah, hamper tanda ingatan, duit raya dan banyak lagi. Ia tetap tidak mengubah hukum haramnya rasuah.

Di kalangan masyarakat hari ini , seolah-olah sudah menjadi satu ungkapan yang sering disebut - "kalau tak hulur, tak akan dapat projek, tak akan dapat tender, tak akan dapat kontrak" .

Yang sebetulnya, bukan semua yang hulur, akan dapat projek,tender dan kontrak . ada beberapa usahawan/kontraktor yang saya kenal , tidak pernah memberi rasuah tetapi rezeki dia, Alhamdulillah . kita kena yakin dengan rezeki yang Allah beri . Ustaz Syed Norhisham sendiri pernah menceritakan pengalaman dia yang pernah berkawan dengan golongan usahawan/kontraktor yang berjaya tanpa menghulurkan rasuah ini.

Jika kita hulurkan rasuah, dan dapat projek,dapat kontrak, walaupun nilai jutaan ringgit , berbaloi ker dengan dosa besar ? duit haram ? makan dari duit haram, darah daging kita jadi haram, amalan tidak diterima . Nauzubillahiminzalik . Jangan hanya fikir nak hidup di alam dunia sahaja, kita duduk di alam dunia ini tak lama, puluh tahun sahaja . di alam barzakh/kubur kita akan duduk lebih lama daripada alam dunia, ratus atau ribu tahun . Manakala alam akhirat kekal abadi , kekal selamanya.

Kesan & Akibat Makan HARAM! - Ustaz Azhar Idrus ~ https://youtu.be/0ATHK4t-z7s

AKIBAT Makan makanan yg haram ~ https://youtu.be/mKwGprImhBQ

Isi Minyak RM200 , claim RM300 ~ https://youtu.be/G7xkCZ-lBWM

RASUAH DILAKNAT

Imam Tarmizi (no hadis 1337) dan Abu Daud (no hadis 3580) meriwayatkan bahawa Abu Hurairah r.a. berkata, “Rasulullah s.a.w melaknat orang yang memberi dan menerima rasuah”. Bahkan dalam riwayat Imam Ahmad dan Imam Hakim terdapat lafaz tambahan, iaitu golongan ketiga dilaknat “yang menjadi perantara menghubungkan pemberi dan penerima rasuah”. Rasulullah s.a.w yang amat terkenal dengan sifat lembut dan pemaafnya telah melaknat golongan ini, menunjukkan bahawa dosa rasuah terlalu besar dan akibatnya sangat buruk samada terhadap individu, masyarakat, negara dan agama. Ia termasuk dalam kategori memakan harta dengan cara yang batil sebagaimana firman Allah yang bermaksud “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu dengan jalan yang batil dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa padahal kamu mengetahui (salahnya)”(Al-Baqarah ; ayat188). Ia menjadi sebab doa tidak diterima oleh Allah, walaupun berdoa di hadapan Ka’abah pada lailatul qadar . Para isteri yang mengetahui suaminya memberi atau menerima rasuah mestilah mengingatkan mereka dengan akibat buruk di dunia dan akhirat. Demikian juga para pekerja yang mengetahui majikan mereka hanya survive dengan projek-projek hasil rasuah, kerana dibimbangi pendapatan seluruh anggota syarikat tidak diberkati oleh Allah. Sebagaimana disebut najis dadah untuk menimbulkan kebencian kepadanya (walaupun fizikal dadah bukanlah najis hukumnya), maka amatlah lebih perlu menyebut najis rasuah. Rumah yang dibeli dengan duit rasuah adalah rumah yang najis. Kereta yang dibeli dengan duit rasuah adalah kereta yang najis. Baju raya yang dibeli dengan duit rasuah adalah baju yang najis. Bahkan tiket umrah yang dibeli dengan duit rasuah adalah tiket najis !!

Beberapa ayat Quran tentang Neraka :

Di belakangnya disediakan Neraka Jahanam dan dia akan diberi minum daripada air danur (yang keluar dari tubuh ahli Neraka). (16) Dia meminumnya dengan terpaksa dan hampir-hampir tidak dapat diterima oleh tekaknya (kerana busuknya) dan dia didatangi (penderitaan) maut dari segala arah, sedang dia tidak pula mati (supaya terlepas dari azab seksa itu) dan selain dari itu, ada lagi azab seksa yang lebih berat. (17) (Ibrahim [14] : 16 - 17)

Dan katakanlah (wahai Muhammad): Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah dia beriman dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya. Kerana Kami telah menyediakan bagi orang-orang yang berlaku zalim itu api Neraka, yang meliputi mereka laksana khemah; dan jika mereka meminta pertolongan kerana dahaga, mereka diberi pertolongan dengan air yang seperti tembaga cair yang membakar muka; amatlah buruknya minuman itu dan amatlah buruknya Neraka sebagai tempat bersenang-senang. (29) (Al-Kahfi [18] : 29 )

(Mereka bukan sahaja mendustakanmu) bahkan mereka juga mendustakan hari kiamat; dan Kami telah sediakan bagi sesiapa yang mendustakan hari kiamat itu, api yang menjulang-julang. (11) Apabila Neraka itu melihat mereka dari tempat yang jauh, kedengaranlah mereka suara marahnya yang menggelegak dan mengeluh. (12) Dan apabila mereka dihumbankan ke tempat yang sempit di dalam Neraka itu, dengan keadaan mereka dibelenggu, menjeritlah mereka di sana meminta sejenis kebinasaan (yang melepaskan dari azab itu). (13) (Lalu dikatakan kepada mereka): Janganlah kamu menjerit-jerit meminta pada hari ini sejenis kebinasaan sahaja, tetapi mintalah kebinasaan sebanyak-banyaknya (kerana azab yang menunggu kamu di sini banyak jenisnya). (14) Bertanyalah (kepada mereka): Adakah (azab seksa Neraka) yang demikian itu lebih baik atau Syurga yang kekal, yang dijanjikan kepada orang-orang yang bertakwa? Syurga yang sedia diuntukkan bagi mereka sebagai balasan dan tempat kembali. (15) (Al-Furqaan [25] : 11 - 15)

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2017 04:18 PM | Show all posts
itu Awang Hadi sibok dongen pasai zina......pasai rasuah mulut keno kuncikah.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 05:36 PM GMT+8 , Processed in 0.057584 second(s), 27 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list