Edited by nazzse at 5-7-2017 02:57 PM
Bekas pembantu rumah jutawan produk kecantikan, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman yang menjadi viral kerana mencuri barang kemas milik isteri jutawan itu pertengahan bulan lalu di dakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini.
Bagaimanapun, tertuduh Sundari, 40, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan tersebut selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Nurul Izzah Hasan Basri.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa sebagai orang gaji telah mencuri harta iaitu tiga utas gelang tangan jenis emas (850) bernilai RM1,509.14 milik Nur Shahida Mohd. Rashid, 32.
Kesalahan itu dilakukan di dalam bilik sebuah rumah di sini pukul 4 petang pada 18 Jun lalu.
Berikutan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 381 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda.
Terdahulu Timbalan Pendakwa Raya Nurul Ain Shafie yang mewakili pendakwaan tidak menawarkan sebarang jaminan terhadap tertuduh memandangkan dia warga asing
|