CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 23571|Reply: 178

Raja Ilya sanggup dibedah demi filem Marvel

  [Copy link]
Post time 7-7-2017 11:02 AM | Show all posts |Read mode
Raja Ilya sanggup dibedah demi filem Marvel

Oleh Muhamad Fairoz Azizan muhamadfairoz@bh.com.my





Pelakon, Raja Ilya atau nama sebenarnya, Raja Ramilah Begum Raja Mohammad. - Foto NSTP/Aziah Azmee GOMBAK: Demi filem adiwira terbitan Marvel yang juga naskhah Hollywood pertama lakonannya, Raja Ilya sanggup mengambil risiko melakukan perubahan pada diri dengan melakukan surgeri.


Menurut pelakon 32 tahun itu, beliau harus berkorban untuk dilihat setanding dengan pelakon antarabangsa lain. Justeru, beberapa persediaan awal perlu dilakukan, termasuk menjalani pembedahan dan menghasilkan otot tubuh.


"Syarikat perfileman antarabangsa agak was-was untuk menerima pelakon dari Asia, terutama bakat beragama Islam. Begitupun demi karier dan peluang keemasan ini, saya sanggup mengambil risiko.


"Saya masih berpegang pada agama dan mereka juga tahu saya seorang Muslim. Tetapi saya katakan kepada mereka, saya boleh berikan sedikit kelonggaran.
"Mereka sukakan warna kulit saya dan mahu saya mengekalkannya seperti sedia kala. Walaupun tiada paksaan, saya berasa perlu untuk melakukan sedikit perubahan pada diri supaya dilihat setanding artis antarabangsa," katanya kepada BH Online, hari ini.


Takkan beraksi bogel mahupun babak yang boleh menjejaskan namanya, Raja Ilya bagaimanapun mengakui filem terbabit nanti akan mempunyai babak yang memerlukan beliau berpakaian seksi seperti watak Wonder Woman, lakonan Gal Gadot.


"Apabila berlakon di layar lebar yang bukan saja untuk tontonan di Malaysia, saya rasa perlu berkorban sedikit. Saya tidak mahu ada kecacatan dari segi lakonan, bakat dan penampilan kerana saya juga akan membawa nama Malaysia," katanya.


Raja Ilya turut memberitahu, ada syarikat yang sudi menghulurkan tajaan bagi membolehkannya memperkemaskan bentuk tubuhnya. "Mereka boleh membantu saya menampakkan otot tubuh tanpa perlu bersusah-payah ke gimnasium. Lagi pun, saya tiada masa untuk ke gimnasium. Menerusi cara ini, saya dapat bentuk badan yang diinginkan dengan cepat. "Malah, ada klinik yang sudi menaja saya dari atas ke bawah. Mereka berbuat demikian bukan kerana saya selebriti, tetapi demi penampilan saya dalam filem ini," katanya. Beraksi dalam filem terbabit juga, kata pelakon ini, memerlukan dirinya untuk berlatih berlari. Justeru, pada awal tahun depan, beliau bakal menjalani latihan mempertingkatkan stamina, sama ada di Los Angeles, Atlanta, New York atau London.


Dijadualkan berangkat ke Amerika Syarikat (AS) pada Disember depan, Raja Ilya akur apabila tidak dapat menjayakan projek lakonan di negara ini sepanjang 2018 bagi memberikan tumpuan kepada filem yang enggan didedahkan dulu judulnya itu. "Saya pula bukanlah menetap di sana, sebaliknya akan tetap pulang ke Malaysia. Cuma apabila ada tuntutan watak, barulah saya akan terbang ke AS," katanya yang bakal muncul dengan filem KL Vampire, Ogos depan

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/299579


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2017 11:05 AM | Show all posts
menghasil otot tubuh ? cam no tu ? lah baru 32 ke minah , mati2 i ingat dia early 40 ..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2017 11:07 AM | Show all posts
heshe nak cakap heshe nak buat plastic surgery secara subtle kah?

watak ape ko dapat??? makcik yg kena lenyek bawah kereta time villain mengganas ke
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2017 11:08 AM | Show all posts
Konfidenn gitu. Dah sign contract ke pon? Tapi dia mmg lawo pun takyah lah ubah apa pun
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2017 11:15 AM | Show all posts
konfiden nyer...
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2017 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Ayoyoyo  kadaveley. Masa dia blakon citer tamil tv 2 tu ayoma ayopaaaa.... semacam punya hangit. La ni wangi jaaa tapi kadang tu penampakan jugak garis muka yang went under the knife.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-7-2017 11:22 AM | Show all posts
terpaku replied at 7-7-2017 11:07 AM
heshe nak cakap heshe nak buat plastic surgery secara subtle kah?

watak ape ko dapat??? makcik y ...

khueenn tgk bibir ngn dagu pn tau sheols dh buat minor surgery kan..ni acah2 tak nak netizens terkejut la ni nnt badan dia ala2 hulk mgkn..so dia bgtau awal2..

btw sheols dh sign kontrak ke blm..risau plak dh kemain ubah badan sekali nan hadooo tak jadi panggil belakon


Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2017 11:24 AM | Show all posts
idakamaruddin replied at 7-7-2017 11:22 AM
khueenn tgk bibir ngn dagu pn tau sheols dh buat minor surgery kan..ni acah2 tak nak netizens terk ...

silap2 balik msia jadi hulk/The Thing

kalau tak jadi boleh la cakap enroll kat NYFA..ambik short course berlakon pilem
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2017 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Berangan hidup kah sheols?
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2017 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Backup pun boleh la
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2017 11:39 AM | Show all posts
dia berlakon citer marvel tp berpakaian mcm dc wonder woman..
aku rasa dia jadi ms. marvel kamala khan kot? muka ada ala2 dah..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2017 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
alang2 buat surgeri otot tu, buat la utk besarkan aset depan dan blkg sekali
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2017 11:41 AM From the mobile phone | Show all posts
Wow, mungkinkah raja ilya akan mendonia seperti priyanka chopra
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2017 11:43 AM | Show all posts
taji2906 replied at 7-7-2017 03:39 AM
dia berlakon citer marvel tp berpakaian mcm dc wonder woman..
aku rasa dia jadi ms. marvel kamala k ...

tp yg tu berutup bajunya

nak dedah badan kek mano
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2017 11:48 AM | Show all posts
entah2 watak tukang sapu sampah je beria nak berotot
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2017 11:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Cntik.lagi cantik drpd alex parrish
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2017 11:53 AM | Show all posts
dah confirm ke dgn marvel ni kalo masih was was nk menerima sbb body x mantop...retis hollywood byk je msk gym sblm start satu2 projek
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2017 11:57 AM | Show all posts
RibyBoo800 replied at 7-7-2017 11:53 AM
dah confirm ke dgn marvel ni kalo masih was was nk menerima sbb body x mantop...retis hollywood byk  ...

motep siggy chuols? tapi mcm tak mendapat sambutan jah.. bakal dibubarkan nampaknya
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2017 11:57 AM | Show all posts
terpaku replied at 7-7-2017 11:07 AM
heshe nak cakap heshe nak buat plastic surgery secara subtle kah?

watak ape ko dapat??? makcik y ...

hahahahahahaha! ada jer ko ni kan paku?
meols terhibur

Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2017 11:59 AM | Show all posts
ada satu watak marvel tu inspirasi dari real malaysian tau. namenye obscura

http://dc.wikia.com/wiki/Munira_Khairuddin_(Prime_Earth)

tapi watak picisan je lah



tu yg pegang pistol tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 08:10 PM GMT+8 , Processed in 0.096881 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list