Edited by Vivo_MY at 7-7-2017 07:23 PM
Pada masa ini teknologi pengimbas cap jari ultrasonik di bawah paparan masih lagi belum diumumkan di dunia. Bermulanya khabar angin teknologi ini akan dilaksanakan pada iPhone 8, terbaru vivo melaporkan mereka telah bekerjasama dengan Qualcomm menghasilkan teknologi sedemikian yang pertama di dunia.
Pengimbas cap jari bawah paparan oleh vivodan Qualcomm ini berfungsi dengan menggunakan teknologi ultrasonik yang mengecam biometrik cap jari. Oleh kerana pengimbas terletak di bahagian bawah paparan, vivo telah menyediakan paparan lembut OLED yang amat sesuai dipadankan dengan kerangka unibodi.
Berbanding dengan kaedah traditional, sentuhan pada butang kapasitif dan optikal yang telah dibangunkan sebelum ini tidak boleh mengimbas jari yang basah. Oleh itu, vivo Under Display mampu melakukan tugas ini dengan tepat sekali. Berdasarkan teknologi ultrasonik ini, vivo akan terus melakukan ujian di dalam air untuk memastikan pengimbas cap jari ini tidak menghadapi masalah termasuk untuk tujuan penambahbaikan.
|