View: 1035|Reply: 1
|
Penyerang Sensasi MU, Wayne Rooney Kembali Ke Pangkuan Everton
[Copy link]
|
|
sumber : BBC Sport
Selepas 13 tahun meninggalkan kelab yang menjadi tempat dia memulakan karier sebagai pemain bola sepak profesional.bagi menyertai Manchester United, penyerang sensasi Wayne Rooney kembali ke pangkuan Everton dengan yuran perpindahan percuma.
Memetik laporan BBC Sport, sebaik perpindahan itu dilakukan, pemain berusia 31 tahun itu memberitahu, dia berasa sangat bersemangat selepas menandatangani perjanjian selama dua tahun untuk bermain bersama kelab yang pertama disokong dan sertai sebagai pemain bola sepak ketika berusia 9 tahun.
" Saya kembali bukan kerana sokongan daripada pasukan yang saya memulakan karier saya, tetapi kerana saya percaya kelab tersebut boleh berkembang maju ke depan dengan lebih berjaya."
"Saya ingin jadi sebahagian pasukan terbabit. Sememangnya tekanan buat saya memberi aksi yang lebih mantap, namun demikian saya telah bersedia untuk berjuang habis-habisan demi membantu kelab ini untuk mencapai kejayaan yang lebih besar."
Rooney dijangka mendapat habuan 150,000 pound seminggu di bawah perjanjian tersebut.- CARI
sumber : BBC Sport
|
|
|
|
|
|
|
|
debor2 mek baca,
sbb td terbaca bod raja retis mana meninggal.. ayat dia ke pangkuan ilahi..
ya tuhan.. 2/3 kali mek baca balik tajuk tu.. wat hepeng to ma aies.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|