|
Lama betul tak melihat kelibat penyanyi Ayu Damit di mana-mana program hiburan di TV mahupun radio.
Rupanya dia kini sudah mempunyai pekerjaan tetap, seperti yang dipaparkan menerusi portal Media Hiburan.
"Ketika peluang dalam bidang seni kurang memberangsangkan, saya mendapat rezeki lain apabila ditawarkan untuk bekerja secara tetap di sebuah syarikat,” katanya.
Namun begitu, Ayu berkata dia berasa bertuah kerana meskipun kini perlu duduk di pejabat, namun majikannya memberi kelonggaran untuk terus bergiat aktif dalam bidang nyanyian.
“Alhamdulillah, saya menyifatkan diri sebagai bertuah kerana majikan saya sangat memahami dan tidak pernah menghalang saya untuk terus aktif menyanyi meskipun saya kini bertugas sepenuh masa di syarikatnya.
Foto: Media Hiburan
“Jika saya mempunyai persembahan pentas, beliau turut memberi kelonggaran kepada saya untuk berbuat demikian tanpa sebarang syarat dan situasi itu membuatkan saya benar-benar menghargai kepercayaan yang diberikan olehnya,” katanya lagi.
Apa yang penting, kini Ayu mengakui tidak perlu lagi berasa gusar jika kurang menerima tawaran persembahan kerana sudah mempunyai pekerjaan tetap. - CARI |
|