CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1061|Reply: 5

[Jenayah] JDT Darul Buli : Kanak-Kanak 2 tahun Mati dengan Kesan Lebam Disyaki Didera

[Copy link]
Post time 10-7-2017 08:00 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Seorang kanak-kanak perempuan dua tahun ditemukan mati dengan beberapa kesan lebam di belakang badan dan kepala di sebuah bilik sewa di Jalan Ros dekat sini, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Segamat Supt Raub Selamat berkata ibu dan abang kanak-kanak berkenaan yang masing-masing berusia 40-an dan 22 tahun ditahan hari ini bagi membantu siasatan.

"Siasatan awal polis mendapati kanak-kanak perempuan itu ditemui tidak sedarkan diri oleh ibunya di bilik sewa keluarganya di tingkat tiga premis rumah kedai kira-kira jam 1 pagi.


"Kedua-dua mereka ditahan sejurus membuat laporan polis berhubung kematian kanak-kanak itu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Segamat, kira-kira jam 6 pagi," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata wanita berstatus ibu tunggal itu mendakwa berpesan kepada anak lelakinya yang lembam supaya mengawasi mangsa sebelum keluar menjalankan urusan ke bandar Segamat.

Raub berkata apabila ibu mangsa pulang ke rumah, wanita yang tidak bekerja itu melihat anak perempuannya terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum meminta bantuan jiran berhampiran menghubungi pihak hospital.

"Kanak-kanak itu dibawa ke wad kecemasan hospital namun dipercayai meninggal dunia sebelum diberikan rawatan.

"Ketika pemeriksaan lanjut, pihak hospital menemui beberapa kesan lebam di belakang badan dan kepala mangsa," katanya.

Menurut beliau, polis akan mendapatkan perintah reman ke atas kedua-dua suspek di Mahkamah Majistret di sini, esok bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



-Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-7-2017 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Perasan tak akhir2 ni banyak kes pembuli berasal dari Johor?
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2017 09:24 PM | Show all posts
thread dh ada rasanya...yg abang nye lembam tu kan
Reply

Use magic Report

Post time 10-7-2017 09:27 PM | Show all posts
reporter cari dh buka thread ni seawal pagi lagi

https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1050352
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2017 12:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Momod lmbt.. terlepas tfc lite
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-7-2017 01:16 AM From the mobile phone | Show all posts
matchstick replied at 10-7-2017 09:27 PM
reporter cari dh buka thread ni seawal pagi lagi

https://bm.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread& ...

Wartawan cari patut buat liputan di balai polis la.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 08:05 PM GMT+8 , Processed in 0.062595 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list