CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 983|Reply: 7

[Jenayah] Edisi Anak Kastam Tak Menjadi: 'Mudahkan' proses eksport, seorang pegawai Kastam

[Copy link]
Post time 11-7-2017 10:19 AM | Show all posts |Read mode
Edited by ifanonline at 11-7-2017 10:22 AM

'Mudahkan' proses eksport, seorang pegawai Kastam ditahan SPRM            
Astro Awani | Julai 07, 2017 18:34 MYT                                   
                                    
                
            
Azam tidak menolak kemungkinan lebih ramai akan dipanggil sekiranya perlu bagi membantu pasukan penyiasat melengkapkan siasatan. - Gambar fail
                           
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai Kastam selepas dipercayai meminta rasuah bagi memudahkan proses pengeksportan bahan paip serta kemudahan berkaitan paip ke luar negara oleh sebuah syarikat.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata, maklumat orang awam membawa kepada penahanan suspek.

"Kita (SPRM) akan mengambil tindakan yang tegas terhadap mana-mana individu sekiranya mereka didapati terlibat dalam perbuatan rasuah dan salah guna kuasa dalam isu ini,” katanya.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan lebih ramai akan dipanggil sekiranya perlu bagi membantu pasukan penyiasat melengkapkan siasatan.

Suspek berusia 53 tahun ditahan di hadapan  sebuah hentian bas di Bintulu, Sarawak pada jam 10.32 petang semalam.

Menurut sumber, perbuatan suspek terbongkar sejurus orang awam membuat laporan kepada SPRM yang mengadu lelaki itu meminta wang berjumlah lebih RM40,000 untuk proses melepaskan barangan eksport.

Dalam operasi itu turut dirampas adalah dua buah telefon bimbit jenis iphone dipercayai milik suspek yang digunakan dalam urusniaga itu.

Suspek direman sehingga 12 Julai oleh Majistret Muhammad Hafiz Muhd Noor mengikut Seksyen 117 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Bintulu.                                                

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-7-2017 10:24 AM | Show all posts
SPRM tahan pegawai kastam minta rasuah lebih RM40,000
FMT Reporters
|July 7, 2017
Suspek meminta wang ribuan ringgit daripada sebuah syarikat bagi memudahkan proses pengeksportan bahan ke luar negara.

PETALING JAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang pegawai kastam dipercayai meminta rasuah bagi memudahkan proses pengeksportan bahan “piping & associated facilities” ke luar negara oleh sebuah syarikat.

SPRM dalam kenyataan hari ini berkata suspek yang berusia 53 tahun ditahan di hentian bas di Bintulu, Sarawak semalam.

Menurut sumber, perbuatan suspek terbongkar sejurus orang awam membuat laporan lelaki terbabit meminta wang ribuan ringgit untuk proses melepaskan barangan eksport.

“SPRM bertemu dengan wakil syarikat berkenaan untuk mendapatkan maklumat dan mendapati suspek meminta USD10,000 (RM42,975) bagi memudahkan pengeksportan bahan tersebut.

“Berikutan itu, SPRM bekerjasama dengan syarikat berkenaan untuk memerangkap suspek dan dia berjaya diberkas bersama wang tunai tersebut,” katanya.

Dalam operasi itu, SPRM turut merampas 2 telefon bimbit dipercayai digunakan dalam urusniaga berkenaan.



Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan berkata maklumat orang awam membawa kepada penahanan suspek.

“Kita akan mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang didapati terlibat rasuah dan salah guna kuasa dalam isu ini,” tegas beliau.
Beliau juga tidak menolak kemungkinan lebih ramai akan dipanggil sekiranya perlu bagi membantu siasatan.

Sumber juga berkata suspek kini direman sehingga 12 Julai mengikut Seksyen 117 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Bintulu.

Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2017 10:26 AM | Show all posts
Pastinya kena buang kerja kalau benar2 didapati bersalah..
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2017 10:39 AM | Show all posts
paip pun boleh eksport.. kepala paip betul
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2017 10:54 AM | Show all posts
mereputlah.. servis ko tamat, habis cerita. sia2 je hidup ko.
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2017 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Melayu Sarawak ni kan.....syukur SPRM dari Semenanjung....rahmat dr Semenanjung.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-7-2017 11:45 AM | Show all posts
sabbath_shalom replied at 11-7-2017 11:06 AM
Melayu Sarawak ni kan.....syukur SPRM dari Semenanjung....rahmat dr Semenanjung.

jgn bagi masuk selangor...
Reply

Use magic Report

Post time 11-7-2017 02:14 PM | Show all posts
banned dri imigresen selangor
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
Dividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
AbahmungDividen KWSP 2023 5.4% dan 5.5%
Views : 1718 Replies : 0
Emma Maembong mohon maaf, tersilap langkah 'voice note' Ruhainies isu Bella Astillah
YgBenarEmma Maembong mohon maaf, tersilap langk
Views : 7791 Replies : 115
Tragedi Helikopter Terhempas Diketawakan Warga Singapura
beggTragedi Helikopter Terhempas Diketawakan
Views : 17796 Replies : 113
Hanya cakap "apa khabar" sudah dapat kerja...  pempengaruh Imran Bard kata kita terlalu mengagung orang luar seperti Korea berbanding layanan mereka terhadap orang kita.Anda setuju?
YgBenarHanya cakap "apa khabar" sudah dapat ker
Views : 8980 Replies : 62
Mari Tepek Gif Picture V.7
tariMari Tepek Gif Picture V.7
Views : 54968 Replies : 2755
Belum masanya Malaysia laksana aturan waktu kerja fleksibel
ultra78Belum masanya Malaysia laksana aturan wa
Views : 6359 Replies : 25
Restoran Kantan Datin Isma
AngelFreakyAFRestoran Kantan Datin Isma
Views : 18022 Replies : 90
Elia Jejari Runcing
friedfishsoupElia Jejari Runcing
Views : 86188 Replies : 307
Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP cetus inspirasi
ultra78Lelaki 45 tahun ada lebih RM1 juta KWSP
Views : 21722 Replies : 166
FATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam drama HERO SEORANG CINDERELLA 2.0
FORUMCARIIIFATTAH FAZURA FATIMA bergandingan dalam
Views : 281866 Replies : 9530

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:34 PM GMT+8 , Processed in 0.063330 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list