CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7674|Reply: 5

CINTA DI LANGIT CARDIFF [TV2: Amar Baharin, Amyra Rosli]

[Copy link]
Post time 11-7-2017 10:00 PM | Show all posts |Read mode
Drama Cinta Di Langit Cardiff bersiaran setiap Selasa hingga Khamis jam 8.35 malam di TV2 selama 13 episod. Drama terbitan Pena Kreatif Sdn Bhd dan arahan Rahila Ali.











Para Pelakon
Amar Baharin, Amyra Rosli, Shakila Khoriri, Hafeez Mikail, Marisa Yasmin, Zarina Zainuddin, Zack Idris, Theera Alias, Hafreez Adam, Aman Shah, Sherry Merlis, Afique Hussain, Laila Nasir, Aishah Harith, Reza, Norman.

Sinopsis Cinta Di Langit Cardiff
Mengisahkan Tasha yang ingin melangsungkan pernikahan dengan kekasih hatinya Imran. Namun berlaku kejadian bila mana Pak Jalal yang ditugaskan oleh ayahnya Nordin menjadi saksi bermatian-matian menegaskan pernikahan itu tidak sah kerana Nordin bukanlah bapa kandung Tasha. Nordin berang dengan tindakan Pak Jalal itu yang dianggap memalukannya sedangkan ianya memang salah di sisi agama.

Nordin memberhentikan Pak Jalal daripada menjadi pemandu peribadinya. Tasha kecewa bila mengetahui kebenaran dirinya hanyalah anak angkat. Begitu juga dengan Imran. Namun Imran menegaskan kepada keluarganya bahawa dia nekad mahu mengahwini Tasha. Tetapi tidak bagi Talia, adik angkat Tasha. Kesempatan yang ada digunakan mahu memutuskan hubungan Tasha dan Imran. Talia mengaturkan perancangan keji hingga Imran terperangkap dengan situasi telah memperkosa Talia di hotel. Dia memasukkan pil khayal ke dalam minuman Imran hingga membuatkan Imran akhirnya terpaksa mengahwininya.

Tasha begitu kecewa dengan kenyataan itu. Hilang angan-angannya untuk berkahwin dengan Imran di Thailand. Kekecewaannya membawa Tasha bertindak mahu menjejak ibu kandungnya. Dengan bantuan Pak Jalal, Tasha ke Cardiff berbekalkan alamat diberikan. Meskipun sedar bakal berdepan dengan cabaran namun Tasha nekad dengan keputusannya.

Ketika sampai di Cardiff, Tasha telah diragut dan kemudian dia dibantu oleh Ashraf, seorang pemuda Malaysia yang bekerja di sana. Talia pula merintih dengan sikap dingin Imran terhadap dirinya dan beliau sering menerima panggilan telefon misteri manakala Imran masih cuba untuk menghubungi Tasha. Ashraf sempat bertukar nombor telefon dengan Tasha supaya senang berhubung sekiranya Tasha memerlukan apa-apa pertolongan memandangkan beliau baru sampai ke Cardiff. Ashraf bertemu dengan Mimi di kafe di mana Mimi memaklumkan akan pulang ke Malaysia. Majikan Mimi iaitu Puan Ruby, pemilik kedai bunga memerlukan pekerja untuk menggantikan tempat Mimi. Tasha berkunjung ke alamat di poskad dengan harapan dapat berjumpa dengan Puan Salina namun hampa apabila diberitahu yang Puan Salina sudah berpindah rumah.

Tasha bingung di mana dia hendak mencari Puan Salina dan berkongsi kisah dukanya bersama Ashraf tentang pencarian ibu kandung dan juga hubungannya dengan Imran yang sudah berkubur. Ahsraf mencadangkan Tasha bekerja sementara dengan Puan Ruby sambil meneruskan misi mencari ibu kandungnya yang akan dibantu Ashraf. Sementara itu, Talia bersetuju untuk berjumpa dengan pemanggil misteri yang sering mengganggunya sebelum ini.

Talia berjumpa dengan pemanggil misteri dan terkejut melihat individu tersebut adalah Amri yang merupakan bekas kekasihnya dahulu sebelum berkahwin dengan Imran. Amri mengugut Talia untuk mengikut segala kehendaknya atau dia akan dedahkan maklumat bahawa anak yang dikandungkan Talia sebenarnya adalah anak Amri, hasil hubungan haram mereka suatu ketika dahulu dan bukannya anak Imran seperti sangkaan ramai.

Tasha pula bersetuju dengan cadangan Ashraf untuk bekerja sementara di kedai bunga milik Puan Ruby. Ashraf berjanji dengan Tasha akan membawanya berjumpa sendiri dengan Puan Ruby. Ketika pertemuan tersebut berlaku, hati Tasha dan Puan Salina tiba-tiba terdetik seolah-olah wujud persamaan tanpa mereka mengetahui puncanya. Tasha mula bekerja di kedai bunga dan beliau juga berkongsi dengan Puan Salina berkaitan dengan tujuannya datang ke Cardiff. Amri berterusan mengugut Talia untuk memaksanya bertemu dengannya untuk melampiaskan nafsu beliau dan Talia mula tidak selesa dengan situasi tersebut.

Tasha membuat pengakuan yang dirinya terlalu cetek ilmu agama dan tidak pernah tahu cara bersolat. Ashraf yang sering menghadiri kelas agama berjanji akan membantu Tasha berubah ke arah mendekatkan diri kepada Allah. Tasha mula menghadiri kelas agama dan belajar bersolat. Kadang-kadang Tasha bersolat jemaah dengan Puan Salina dan berimamkan Ashraf. Talia mula selesa keluar berfoya-foya dengan Amri untuk menghilangkan kebosanan beliau tambahan pula suaminya, Imran terus tidak mempedulikannya. Kenderaan yang dipandu Amri terlibat dalam kemalangan setelah dia dan Talia pulang dari kelab malam dalam keadaan mabuk. Amri meninggal dunia manakala Talia cedera parah serta tenat di hospital. Lalu apakah kesudahannya?

Jangan lupa saksikan drama Cinta Di Langit Cardiff yang ditayangkan di Slot Selekta Prima TV2 setiap Selasa hingga Khamis 8.35pm.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2017 08:42 AM | Show all posts
thanks mell sebab bukak benang cinta di langit cardiff ..nie bukan adaptasi kan ?  mcm best drama nie .. u tau tak kat mana nak tengok online? i ada search kat youtube but sangat tak berpuas hati dgn audio yg mcm biskut (kejap ada kejap tak ada) , i tengok drama nie becoz of marissa yasmin , mmg minat sangat dgn dia dr drama jelatang ..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2017 11:24 AM | Show all posts
wahh mcm best!

i is x suke laki AR tapi apekah daya cter ni mcm best plus AR sgt cantik so nk tgk lakonan dia dlm cte ni
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2017 08:25 AM | Show all posts
msamyrazi replied at 12-7-2017 08:42 AM
thanks mell sebab bukak benang cinta di langit cardiff ..nie bukan adaptasi kan ?  mcm best drama ni ...

boleh tgk kat myklik rtm
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2017 08:25 AM | Show all posts
AR fav iollsss...sebab cite bukan adaptasi novel lagi excited nak tgk
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2017 08:29 AM | Show all posts
thanks orgsejuk . harap this week si tasha tu pergi cardiff , lama benor nk menunggu dia sampai kat cardiff.
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 03:02 AM GMT+8 , Processed in 0.100537 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list