CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 139578|Reply: 2508

PINGGAN TAK RETAK NASI TAK DINGIN (Plate 1) Raysha Rizrose, Azrel Ismail, Idris

   Close [Copy link]
Post time 11-7-2017 10:08 PM | Show all posts |Read mode
Edited by melnanzz at 24-8-2017 08:38 PM

Terbaru drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin yang bersiaran di Slot Akasia TV3 akan memulakan siarannya hari ini. Drama terbitan Country & Universal Sdn Bhd diarahakan oleh Nizam Zakaria. Adaptasi novel karya adaptasi novel karya Umi Syidah.













Para Pelakon
Raysha Rizrose, Azrel Ismail, Idris Khan, Aprena Manrose, Zera Hariz, Zulkifli Ismail, Sheila Mambo, Zain Hamid

Sinopsis Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin
mengisahkan Yuhanis (Raysha Rizrose) yang sepatutnya mendirikan rumah tangga bersama Nizam (Azrel Ismail). Akan tetapi, Nizam menangguhkan kepulangannya ke Malaysia kerana dia sudah bernikah dengan Shila (Zera Hariz) dalam diam ketika menetap di luar negara.

Ahli keluarga Nizam terkejut setelah mendapat tahu bahawa isterinya sedang hamil. Nizam pula terpaksa menerima hakikat bahawa abangnya Mizan (Idris Khan) bakal diijabkabulkan dengan Yuhanis. Kini, bekas tunangnya sudah menjadi kakak iparnya.

Pada masa yang sama, Shila sedang merahsiakan sesuatu. Sebenarnya, dia sudah hamil sebelum berkahwin. Nizam yang lurus bendul sangkakan kandungan itu ialah anaknya. Nizam amat mencintai Shila dan dia tidak menyangka dirinya telah menjadi pak sanggup. Selepas pulang ke Malaysia, Shila terancam dengan Yuhanis. Dia sering mengesyaki Yuhanis mempunyai rancangan untuk merampas suaminya.

Konflik bermula apabila Suraya (Aprena Manrose), bekas isteri Mizan tiba-tiba muncul kembali di dalam hidup Mizan. Suraya ingin merebut kembali cintanya kerana menyesal dengan perpisahan mereka. Selepas mendapat tahu bahawa Mizan sudah beristeri, pelbagai masalah kerap terjadi di dalam hidup Suraya lantas menyebabkan dia sedar sebenarnya tiada lelaki lain sebaik Mizan.

Rumah tangga Mizan dan Yuhanis mula bergoyah, kebahagiaan dan kasih sayang mereka yang baru berputik mula diuji. Mizan hampir-hampir menceraikan Yuhanis dan tewas kepada godaan Suraya yang berniat jahat itu. Terdapat rahsia yang belum terlerai, cinta yang tidak terucap, dan perkara yang belum selesai dalam keluarga ini. Mampukah Yuhanis mengharungi segala cabaran yang melanda rumah tangganya itu?

Saksikan drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin yang bersiaran 6.58 petang setiap hari Isnin hingga Khamis di TV3.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-7-2017 10:13 PM | Show all posts









OST Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin
Separuh Mati Aku Bercinta
Dayang Nurfaizah


Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2017 06:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by imanda at 12-7-2017 06:06 PM

1 je nk ckp awat heroin nangih xde ayaq mata??? Dah la nangih muka buruks, xcantek mcm Kyra lydia nangis dlm tlu.
Cuba lagi ye, raysha rizrose!
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2017 06:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Muka raysha mcm risteena. Lakonan x smpi. Sekian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2017 07:00 PM | Show all posts
hijau88 replied at 12-7-2017 06:09 PM
Muka raysha mcm risteena. Lakonan x smpi. Sekian.

To be honst, tak pernah tengok Raysha belakon lagi. Dia tu lebih kepada model kan?
Mod, check DM pls? TQ
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2017 07:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Boringg sngt cter tuuu!!
Td bru tngk sikit
Boringgg!!
Sumenye agak kayu dan x pro sngt berlakon
Dimaapkn sbb bru blakon
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-7-2017 07:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Baru lagi heroin tu....tapi jln cerita mmg best
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2017 08:42 AM | Show all posts
rasya nih bila nangis sgt tak real
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2017 11:42 AM | Show all posts
jln cerita not bad
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2017 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Pada i cerita ni makin best,wlupun kebanyakan drama a.k.a novel agak klise...tapi suka tgk Mizan dah nmpk tersuka sikit2 kat isteri dia.Pada i Raysha tu cantik n kulit halus mcm kakak dia Nelydia Senrose
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2017 01:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Bibir idris khan pink nauuu
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2017 01:45 PM | Show all posts
cerita mcm best tapi  heroin tu mcm x kena sgt
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2017 02:07 PM | Show all posts
Raysha masih kena gilap lagi. Kena belajar acting dari akak Nelly dan Uqa
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2017 02:08 PM | Show all posts
Tajuk cite pun dh macam SPM karangan paper 1...

x bole hadam mau pun pelakon or jalan cite...haukkkkkkkkkkkk

Carik la pelakon lain..hadeiiiiiiiiiiii
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2017 08:23 PM | Show all posts
Citer best. Tp spoil kt pelakon2. Si khan tu teringat2 sbb kes dia n atikah. Then kalau blakon meroyan mmg over sgt. Rasya muka x da wow factor. So biasa2 je. Layan kn je.
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2017 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Yup setuju storyline.best...pelakon silaplah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2017 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Layan cite nie sebab santai2 je.
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2017 10:10 AM | Show all posts
i suka cerita ni walaupun setiap hari mampu tengok 30min terakhir sajaaa...
deris khan agak kaku sikittttttttt but i still like yuuuuu, dek!
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2017 11:22 AM | Show all posts
Eh aku sorang je ke rasa lakonan raysha tu comel je, manis gak dia..x de la kayu sgt, better dari kebanyakkan pelakon wanita baru...mcm sweet2 gak ceta ni
Nak setia tgk smpai abes episod
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2017 12:15 PM From the mobile phone | Show all posts
scarlett-jo replied at 14-7-2017 11:22 AM
Eh aku sorang je ke rasa lakonan raysha tu comel je, manis gak dia..x de la kayu sgt, better dari ke ...

Samalah kita akan follow cerita ni smpi habis ...suka tgk kecomelan Raysha cara gadis melayu  n lakonan x lah kaku,x sabar nak tgk next episode
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:14 PM GMT+8 , Processed in 0.902487 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list