PASANGAN SAMAN MALU SENDIRI PANGGIL JAWI TANGKAP KHALWAT DEDAH PEGUAM
Sepasang suami isteri yang mengemukakan saman terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) kerana menyerbu masuk premis sebelum mereka lengkap berpakaian dikatakan menelefon sendiri JAWI mengadukan kejadian khalwat tersebut. Peguam Syarie, Mohd Iz’aan Azalan daripada Persatuan Peguam Muslim Malaysia berkata, pasangan berkenaan mengaku berbuat demikian dihadapan hakim Mahkamah Syariah Shah Alam. “Dalam pertuduhan yang dibacakan, pasangan ini telah melakukan kesalahan tersebut kerana telah membuat panggilan ke talian hotline JAWI dan membuat aduan tentang wujudnya pasangan yang sedang berkhalwat sedangkan pasangan yang diadu itu adalah pasangan tersebut sendiri. “Dengan kata yang lain, buat laporan palsu tentang berlakunya jenayah khalwat,” ujarnya yang berada mahkamah sama membicarakan kes pasangan berkenaan.
|