CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2326|Reply: 6

27 kanta lekap tersangkut dalam mata

[Copy link]
Post time 17-7-2017 12:01 PM | Show all posts |Read mode


London: Pakar bedah di sebuah hospital di sini menemui 27 kanta lekap melekat pada mata seorang wanita ketika hendak melakukan pembedahan katarak ke atasnya.

Kanta berkenaan yang terkumpul pada mata pesakit berusia 67 tahun itu menyebabkan wanita berkenaan tidak selesa dan menyangka ia berpunca daripada matanya yang kering dan usianya yang sudah lanjut.

Kejadian berlaku November lalu tetapi hanya didedahkan dalam edisi terbaru Jurnal Perubatan Britain.

Pakar oftalmologi, Rupal Morjaria yang mengangani kes itu di Hospital Solihull berhampiran Birmingham memberitahu majalah Optometry Today: “Kami tidak pernah menemui kes seperti ini. Ia sungguh tebal. Semua 17 kanta lekap itu melekat di dalam matanya. “Kami sungguh terkejut apabila pesakit berkata, dia tidak menyedarinya walaupun ia menyebabkan rasa amat tidak selesa.”

Mulanya, pakar mata menemui 17 kanta berkenaan sebelum pemeriksaan lanjut mendapati terdapat 10 lagi kanta melekat di dalam mata pesakit itu.

Pesakit itu berkata, dia memakai kanta lekap sejak 35 tahun lalu tetapi jarang menjalani pemeriksaan.

Hasil daripada penemuan itu, wanita berkenaan yang berkata dia tidak sedar kanta lekapnya hilang, terpaksa menangguhkan pembedahan katarak bagi mengelak risiko radang pada bahagian dalam mata.

Menurut Rupal: “Pesakit itu terkejut. Selepas dua minggu saya membuang kanta itu, dia berkata, matanya lebih selesa.” - Agensi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2017 12:25 PM | Show all posts
mzz baru terbaca ni dekat reddit semalam
rupanya memang ramai yang hilang lens dalam mata, tapi selalunya tak sampai sehari lens dah keluar balik

thank god tak pernah terjadi and harap never terjadi dekat mzz sendiri

btw, total lens tu 27 in both mata ke macam mana?
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2017 01:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Mujur ajelah x buta mata tu..
Zaman anak dara dulu pernah 2 ke 3 kali pakai lens..masa tu kot ada jual pun Kat kedai2 cermin mata aje..x ada jual on9 apa lagi pasar malam mcm skrg
Tapi effect pakai lens tu smpai ke la ni mata aku rabun sikit waktu malam n sensitif ngan silau..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2017 02:54 PM | Show all posts
giler byk nyer..

kalu 1 pun dh x selesa dibuatnya
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2017 04:23 PM | Show all posts
pernah 2 3 kali lenses masuk belakang mata tak keluar... nasib baik keluar bila urut eye lid berkali2... tapi memang betul lah,  lenses  ni kalau dah masuk belakang mata memang tak rasa.... perasan pun sebab kabur tak nampak... maklumlah power tebal... kalo tak ada power mau sampai sekarang tak kuar gamaknya.... eeeeee... ngeri woii....

Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2017 04:30 PM | Show all posts
ishhh.. aku mmg tak berani tidoq kalau x bukak lens. kawan jadi buta lepas tidoq dgn lens
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-7-2017 11:15 PM | Show all posts
mcm mn dia boleh tak rasa? lama tu 35 thn... ngeri! mujur tak buta
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 02:28 PM GMT+8 , Processed in 0.177196 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list