"Ingat Tuhan nak berkati perkahwinan kita ke kalau dah terkinja-kinja macam ini?" Alahai, apa cerita pula kali ini? Marah benar nampaknya kalau netizen sudah meluahkan kata-kata begitu.
Rupanya disebabkan sebuah video dimuat naik di laman Facebook Nokharom Morahkon ini yang menunjukkan sekumpulan orang menari di sebuah majlis perkahwinan.
Dalam video berdurasi lebih kurang 10 minit itu, mereka melakukan persembahan tarian ala-ala Bollywood.
Kebanyakan dari mereka memakai persalinan baju kurung serta baju Melayu berwarna merah jambu dan dipercayai ahli keluarga, sepupu serta rakan rapat kedua mempelai.
Di hujung video, pengantin pula turun dari pelamin dan turut serta menari bersama-sama.
Kalau dilihat secara kasar, tiada aksi berlebihan-lebihan atau melampau, namun tindakan ini dikecam oleh ramai netizen di media sosial.
Bukan sahaja tidak bertepatan dengan syariat agama, malah mereka juga turut menyuarakan kebimbangan nilai dan adat Melayu dalam perkahwinan akan terhakis dan diganti dengan acara seperti ini.
"Tergedik-gedik ingat elok sangat ke majlis macam ni. Jauh sangat menyimpang." "Semua pakat nak tiru budaya kafir. Benda macam ni tak ada langsung dalam islam." "Daripada menari pasang lagu hindustan semua alangkah lagi indah pasang zikir, selawat kat Rasulullah."
Mungkin mereka sekadar berhibur dan berniat baik untuk membuat kelainan serta memberikan kejutan kepada pengantin.
Hakikatnya, bukan senang mahu memuaskan hati semua orang. Baik pun orang mengata, apatah lagi yang sebaliknya. Tak begitu? -CARI
Post time 17-7-2017 05:39 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Byk tpt dan event boleh menari..
X salah pon nak menari joget2.. Suka ati ko laaa.. Tp kenapa event yg patot kita buat dgn cara baik ikut agama.. Dgn ada org2 tua lagi ko nak menari2 bagai.. Bagi mereka yg suka sgt joget. Berangan nak dance bolkywood. Join lah kelas zumba belly dance ke.. Xperlulah terkinja kt majlis mcm ni...
Post time 17-7-2017 05:40 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Iols rasa itu flash mob yg dirancang bukan tetamu yg menari.. Sbb baju penari warna sama..
Anyway yg kahwin buat dlm masjid xde tari menari pon boleh cerai dik non..
Lagu majlis kahwin akak.. siap ada subtitle bagi tetamu faham
bila melayu di keling kan jadi tarian bollywood. langkah sumbang merosakkan identiti bollywood betul.
dulu melayu bangga dengan tarian kuda kepang, tarian mak inai, tarian zapin sekarang anak melayu sibuk bersotong dengan raver
dulu akak kawin paling2 pun baling duit syiling dengan gula2 je tak sempat nak joget mentua jeling suruhcuci pinggan mangkuk.. dah jadi cm snow white pula kena buli je. kecik besar je tengok mentua ni.. style org kampung gotong royong.
lepas tu raya pula tengah tahun memang sedaplah hujung tahun buat majlis kahwin.
ni kuda kepang dah bagus, sekali kat belakang ada poem budak sah lak kung kasihan boyan
ramai cerai sbb majlis kawin menari terkinja2? lahai dekk.. lebai tutup atas bawah, kawen sekadar nikah di mesjid pun kalau jodoh x panjang, tetap cerai jua..
Post time 17-7-2017 06:43 PMFrom the mobile phone|Show all posts
Ni lah Masalahnya ramai pariah agama jatuhkan hukum dalam socmed. Dulu2 time 70an ramai je Majlis kawin buat joget lambak.. Tak ada hal pun. Tak ada pulak ceraiberai macam pasangan sekarang? Bodoh punya lobai/lobainita