CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 3745|Reply: 55

[Tempatan] Adam Pesan Jangan Bagitahu Sekolah Kerana Takut Dengan Guru Itu

[Copy link]
Post time 17-7-2017 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
PUTRAJAYA: Seorang wanita mendakwa anaknya, 9, ditumbuk guru sebuah sekolah kebangsaan di Putrajaya sehingga menyebabkan rasa pening dan loya, serta takut untuk ke sekolah.

Nur Syaheerah Sutchira Abdullah berkata kejadian berlaku Selasa lalu di dalam kelas, apabila anaknya yang berada di darjah 3 ditumbuk kerana salah menjawab soalan bahasa Inggeris.

Menurut Syaheerah, guru tersebut menumbuk bahagian kepala anaknya sehingga menyebabkan kanak-kanak itu terjatuh ke belakang lalu bahagian pinggang anaknya terkena bahagian bucu meja.


“Tumbukan itu menyebabkan anak saya pening dan dia juga diminta berdiri sehingga kelas habis,” kata Syaheerah pada sidang media di Presint 11, Putrajaya hari ini.

Menurut Syaheerah, hasil pemeriksaan doktor mendapati Adam Mikhael Mubashir mengalami pening dan loya akibat tumbukan yang kuat sehingga menyebabkan gegaran pada otak. Sakit di bahagian pinggang disebabkan terkena bucu meja.


“Saya terkilan anak saya dipelaku sehingga begitu. Saya ada jumpa guru besar tetapi dia cakap akan pantau guru itu dan anak saya, tetapi tidak ada apa-apa tindakan diberikan kepada guru, hanya anak saya diberikan kaunseling.”

Syaheerah berkata anaknya trauma dengan kejadian itu dan tidak berani untuk ke sekolah.

“Guru besar hanya memaklumkan memindahkan guru itu ke kelas lain dan tidak mengajar di kelas anak saya, tetapi masih satu sekolah sebab waktu rehat akan jumpa cikgu itu,” katanya.

Kerana bimbangkan keselamatan anaknya, Syaheerah membuat laporan polis di IPD Putrajaya Jumaat lalu.

cikgu-tumbuk-kepala-2

“Adam pesan dekat saya jangan beritahu pihak sekolah sebab takut dengan guru itu,” kata Syaheerah.

Ketua Polis Daerah Putrajaya Asisten Komisioner Rosly Hasan mengesahkan polis menerima laporan yang dibuat wanita itu. Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan.

“Kes masih dalam siasatan,” katanya kepada FMT.

Sementara itu, cubaan FMT mendapatkan penjelasan daripada pihak sekolah tidak berjaya. Guru besar sekolah itu enggan mengulas kerana tidak mahu diganggu media.

FMT

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2017 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodoh nya cikgu.....

Nak tunjuk kuat kat budak 9thm..

Eee, geram pulak aku...:
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2017 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau betul,memang anak haram punya cikgu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2017 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Sah2 mental tapi sebab kesian KPM masih simpan cikgu tu kan. Selayaknyalah. Pastu porumer2 akan blame guru sekarang bla bla bla tak minat bla bla bla jadi cikgu sebab takda keja bla bla bla.

Padahal cikgunya sakit mental.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2017 09:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Duit abis joli raya sedondon...gaji lambat lagi...bini merengek suruh buat open hse...cikgu stress la tu.

Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2017 09:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Gile lah dgn budak 9 tahun pun nak bertumbuk2 bagai...denda berdiri saja udah ler

Cikgu2 tak tahu ke sbenarnye denda berdiri itu lebih berkesan dari denda fizikal
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-7-2017 10:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Cikgu gile
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2017 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Jilake punya cikgu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-7-2017 10:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Bahaya woo tumbuk kepala ni...kalau dia tumbuk kuat sikit lagi mungkin boleh mati, bila jadi pendarahan dalam otak/darah beku... langkah tepat mak dia buat report.. cikgu mental macam ni patut buang kerja terus la, buat bahaya kan nyawa budak jer..
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2017 10:48 PM | Show all posts
sekarang ni yang jd cikgu bukan cm dulu. rata2 sebab option terbaik cikgu.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2017 11:06 PM | Show all posts
mental di mana2
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2017 11:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerana setitik nila, rosak susu sebelanga. Kesian cikgu2 yg bagus dan berdedikasi.
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2017 11:36 PM | Show all posts
Bagi aku bukan budak tu je trauma, classmate budak tu pun mesti trauma jugak tengok cikgu tumbuk student
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2017 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Bapak budak tak repeat ke
Gila wei tumbuk budak sampai bergegar otak
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2017 11:45 PM | Show all posts
chazey replied at 17-7-2017 09:42 PM
Sah2 mental tapi sebab kesian KPM masih simpan cikgu tu kan. Selayaknyalah. Pastu porumer2 akan blam ...

nape KPM masih nak simpan cikgu mental? buang je la... same goes to gomen2 lain... masih simpan staff mental...

ni soalan jujur tau... serious nak tau kenapa
Reply

Use magic Report

Post time 17-7-2017 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Tunggu kat luar pagar... atau redah je..pi belasah cikgu tu pulak. Dah guru besar pun backup baik punya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2017 12:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalo betul...minta cikgu ni daftar training tuk ambik acara tinju sukan sea ni nt...yg ni adil...ko tumbuk ore...ore tumbuk ko blk...menang dpt pingat..dpt duit...silakan cikgu.....
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 12:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Ermm.. Ntah la wei.. Budak2 skrg mmg daya ketahanan menurun ke? Lasak2 ni da x de dlm kamus hidup ke budak2 skrg. Mcm2 isu skrg. Even kalau parents salah treat anak pun xleh ya skang. Nnt kena kecam zalim plak...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 01:03 AM From the mobile phone | Show all posts
tepisket.. replied at 18-7-2017 12:54 AM
Ermm.. Ntah la wei.. Budak2 skrg mmg daya ketahanan menurun ke? Lasak2 ni da x de dlm kamus hidup ke ...

kalau dah snpi bergegar otak..
kau rasa parents budak tu nak timang timang ke cikgu tu?
bukan pasal lasak atau x..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 03:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Budak2 gitu klu ko goncang2 kuat pon boleh bergegar otak..apa lagi tumbuk...

Perkara ni klu pihak sekolah pandai handle tak de sampai gini..ini sekolh buat senyap je mak mn xsakit hati..bagusla dia da gi sekolah n bincang ngan pengetua..

Tp nk bgtahu mmg prosedur kena bg kaunseling kt budak tu...kaunseling ni buknnya hukuman kt budak...apa2 sj keadaan yg kita rs boleh mendtgkn impak buruk pd murid kita akn bg dia kaunseling..cuma xpastila cikgu kaunseling tu camne plak handlenya..profesional ke tidak sampai maknya naik angin ank kena kaunseling..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:11 AM GMT+8 , Processed in 0.088810 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list