CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 12126|Reply: 70

Nak Tunjuk Sangat Siapa Hebat, Liza Abdullah Sampai Bergaduh Dengan Roy Azman

  [Copy link]
Post time 18-7-2017 03:23 PM | Show all posts |Read mode
Sepanjang Bulan Ramadan yang lepas, siapa masih ingat atau mungkin ada yang tertengok drama mini 8 minit Masam Manis Param di Astro Ria?


Selepas berakhirnya setiap episod, satu soalan berkaitan drama tersebut akan dipaparkan di Facebook dan pemenang bertuah yang dipilih setiap minggu akan membawa hadiah tunai bernilai RM1000.


Kalau nak tahu, drama lakonan mantap oleh Roy Azman (Pak Li), Liza Abdullah (Mak Yah), Amar Baharin (Izam) dan Cha Cha Maembong (Nora) berjaya mendapat sambutan hangat penonton. Nak tahu berapa tontonan? Wah, 1 juta bagi setiap episod drama ini di Facebook sahaja.





Mana tidaknya, gelagat watak Pak Li dan Mak Yah memang betul-betul mencuit hati. Al-kisahnya mereka pernah bercinta sewaktu muda dahulu. Namun mengambil keputusan untuk berpisah sebelum masing-masing berkahwin dengan orang lain.


Bila dah tua, kedua-duanya bersaing dalam perniagaan di Pasar Ramadan pula. Bertambah kelakar bila anak Pakli iaitu Izam bercinta dengan anak Mak Yah, Nora.


Apa lagi, disebabkan sejarah cinta yang pernah berlaku di antara mereka berdua maka banyaklah babak-babak kelakar yang bertemakan hubungan cinta dan benci.
Foto: Facebook


Paling seronok tengok bila jualan minuman Mak Yah di Pasar Ramadan memang laku 'keras'! Ramai betul orang datang ke gerainya semata-mata 'gilakan' rasa minumannya yang lebih segar dan lain dari yang lain. Hari ini datang, esok mesti ulang kembali.


Hebatnya, jualannya adalah yang terbaik di Pasar Ramadan tersebut, jangan main-main!



Bila diselidik, resipi rahsia kesedapan air minuman yang Mak Yah jual terbongkar jua akhirnya. Mak Yah bancuh minuman yang dijualnya di Pasar Ramadan menggunakan air Coway!


Air yang ditapis menggunakan penapis jenama Coway ini memang terbukti dapat menghasilkan  air yang lebih bermutu untuk kesihatan yang lebih baik.






Baru-baru ini pula diadakan sebuah majlis yang mengumpulkan barisan pelakon yang membintanginya di Restoran Bijan bersama dengan Pengarah Urusan Coway Malaysia, Encik Kyle Choi dan Pengarah Pemasaran, Encik Ryan Jung.


Sesi bertemu peminat dan upacara penyampaian hadiah bagi pertandingan ‘Masam Manis PaRam’ Facebook yang telah dianjurkan turut diadakan pada hari tersebut.


Apa pun, memang terbaiklah walaupun ia cuma drama mini! - CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2017 03:28 PM | Show all posts
so? mohon kak liza bagi ucapan raya yach

@qqOfficial
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 03:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Boringnyaaaaaa gosip kak liza
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 03:31 PM | Show all posts
Aduradura replied at 18-7-2017 03:31 PM
Boringnyaaaaaa gosip kak liza

taraf RTM1 angkasapuri sangat
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pun gigih baca sampai hanis lols
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 03:41 PM | Show all posts
mbazir seminit aku baca bnda ni..hahahah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2017 03:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Alaaaa ingat gaduh bebetul..nyampah penat je baca hahah
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 03:49 PM From the mobile phone | Show all posts
iklan cowa rpnya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2017 03:57 PM | Show all posts
meluat aku kalu tgk betina ni berlakon.,,,mata terbeliak liar je..ehh meluat lah..tak boleh tgk langsuyng muka dia nih...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 04:00 PM | Show all posts
fikir ada gossip yang hebat sangat
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 04:01 PM | Show all posts
Iols suka plak kalo dia ni berlakon.  Semua watak dia blh bwk dgn baiknya

Paling x blh blah dlm cite mimpi suraya..... antagonisnya dia...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 04:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku paling suka klau liza abdullah belakon scene makan2. Real nampk. Aku jadik ikut lapar.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 04:05 PM | Show all posts
nk pomot coway jer pun...
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingtkn gaduh bebetul
Promot rupanya zzzz
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 04:18 PM | Show all posts
ingatkan diorang benar2 bertekak
huhuhuhuh
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
I suka kak liza blakon... Ngengada real, idup mesekin pn real...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2017 04:19 PM | Show all posts
Gosip ker iklan ni?
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 04:24 PM | Show all posts

walaupun sekadar iklan water filter...tp kreatif...& menghiburkan....thumbs up...
better dari drama melayu yg kluar tv hari2 tu...


Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 04:46 PM | Show all posts
dalam drama ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 04:51 PM | Show all posts
aku suka dia berlakon pagar2 cinta ng badul
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:59 PM GMT+8 , Processed in 0.140362 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list