CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3924|Reply: 4

Fungsi Sebenar Dan Sejarah Menara Jam Condong Teluk Intan

[Copy link]
Post time 18-7-2017 03:43 PM | Show all posts |Read mode



Menara Condong adalah sebuah menara jam yang terletak di Teluk Intan, Perak. Ia menjadi mercu tanda bandar Teluk Intan sejak beberapa lama. Keunikan menara ini adalah ia menyerupai Menara Pisa di Itali. Menara ini dibina pada tahun 1885 dan ia memiliki ketinggian setinggi 85 kaki dan terdapat 110 buah anak tangga. Walaupun telah berusia lebih 100 tahun, ia masih berdiri kukuh dan agak senget dan tercondong sedikit.





Menara ini sebenarnya adalah merupakan takungan air sebelum adanya tangki air di Changkat Jong. Bangunan tiga tingkat ini dilengkapi dengan jam besar. Kini menara ini tidak digunakan lagi dan hanya menjadi tarikan pelancong yang mengunjungi bandar Teluk Intan. Di bahagian bawahnya dihiasi dengan landskap yang indah seperti pasu bunga, lantai marmar dan kerusi rehat untuk bersantai seisi keluarga.


Menara Condong asalnya tidaklah condong sebagaimana sekarang. Orang yang bertanggung jawab membina Menara Jam ini ialah Leong Choon Cheong atau Ah Cheong. Sebagai arkitek beliau mendapat ilham membina dengan reka bentuk demikian berdasarkan bangunan pagoda di Negara China. Setelah 10 tahun dibina, iaitu pada tahun 1895 telah berlaku banjir besar di Teluk Intan sehingga menara ini tenggelam. Banjir yang berlaku dengan bebanan air yang berat inilah dipercayai punca menara ini mula condong ke arah Barat.




Pada zaman Jepun (1942-1945) bangunan Menara Jam ini dijadikan menara kawalan untuk meninjau kedatangan musuh. Bangunan kayu ini yang digunakan sebagai bangunan ketenteraan oleh pihak Jepun telah menyebabkan kerosakan terutama pada bahagian atas. Kini bangunan condong ini mendapat julukan Menara Condong kedua di dunia selepas Pisa di Itali. Menurut satu kajian, tujuan pembinaan menara condong atau juga dikenali sebagai Jam Tinggi adalah seperti berikut:

  • untuk menyimpan air bagi penduduk tempatan pada musim kemarau
  • dalam memastikan kemudahan pengurusan air British ditingkatkan
  • untuk bekalan air sekiranya berlaku kebakaran
  • sebagai penjaga masa
  • tempat raja bomoh buat ritual (ini gurau sahaja, jangan marah)



Tangki air terletak di aras tiga yang dibuat daripada keluli setinggi 16 kaki. Tangki ini boleh memuat sejumlah 680 kaki padu air. Menara ini pernah digunakan oleh Lembaga Perancang Keluarga Negara dan Persatuan Pengakap Teluk Intan. Pernahkah anda datang dan melihat sendiri keunikan yang ada di dalam menara condong Teluk Intan ini? Jika anda berkesempatan, datanglah lihat sendiri keunikannya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2017 04:07 PM | Show all posts
x penah smp sini lg
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 04:32 PM | Show all posts
condong sebab piling tak kuat atau memang sengaja condong?

sungai teluk intan tu dah macam sungai amazon dah besar boleh tahan deras, cuma tak de ular anaconda.  kalau ada anaconda tentu tarikan baru..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-7-2017 05:01 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 18-7-2017 04:32 PM
condong sebab piling tak kuat atau memang sengaja condong?

sungai teluk intan tu dah macam ...



tanah lembut tu sengget.buat pun abad ke 18 masihi. xde teknolgi canggih




Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 05:04 PM From the mobile phone | Show all posts
chacon replied at 18-7-2017 05:01 PM
tanah lembut tu sengget.buat pun abad ke 18 masihi. xde teknolgi canggih

zaman dulu engineer pun repeat diploma, zaman sekarang engineer cikai2 ada degree
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:56 AM GMT+8 , Processed in 0.423144 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list