CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2249|Reply: 18

Ingatkan Kuat Sangat! Lelaki Sado Kalah Berlawan Dengan Pak Guard

[Copy link]
Post time 18-7-2017 04:36 PM | Show all posts |Read mode
Amboi, mentang-mentang badan sado, habis semua orang nak dilawannya. Namun malangnya nasib tidak menyebelahi lelaki berbadan sasa ini.


Mungkin dia menyangka boleh menang tapi jangkaannya meleset sama sekali apabila 'tumpas' berlawan dengan beberapa pengawal keselamatan di sebuah kondominium di Subang Jaya.


Menurut sumber, lelaki tersebut cuba masuk ke dalam kondominium itu namun disebabkan gagal untuk mematuhi peraturan yang ditetapkan untuk pelawat, dia tidak dibenarkan untuk memasukinya.







Bengang dihalang, apa lagi terus ditendangnya 'pak guard' tersebut di bahagian kaki. Tak lama selepas itu, menyusul tiga lagi pengawal keselamatan yang bertindak mempertahankan rakannya dengan memukul lelaki sasa tersebut.


Pergaduhan itu sempat dirakam oleh individu yang berada di tempat kejadian sebelum tersebar dan menjadi tular di media sosial.




Ada netizen yang mendakwa lelaki tersebut merupakan seorang petarung sukan seni mempertahankan diri campuran (MMA).

Kebanyakan netizen yang melihat rakaman video mengecam tindakan lelaki sado itu yang disifatkan sebagai kurang ajar. Tidak kurang juga yang mengecam dengan mengatakan pengawal keselamatan terlalu agresif.






Walau bagaimanapun, seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Darriush Kha Lili yang dipercayai lelaki sasa dalam video tersebut tampil memberikan penjelasan.



Dia juga telah mengakui kesilapannya dan meminta maaf kepada semua yang terlibat semasa kejadian tersebut.


Sebenarnya perkara begini boleh diselesaikan secara baik. Bincang elok-elok tak perlu pun nak menggunakan kekasaran. Tak begitu? -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2017 04:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Iya-iya je konon tak nak lawan balik. Padahal memang tak boleh nak lawan dah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 05:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak aci...1 vs 3...pkai blantan lg tu....
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 05:20 PM | Show all posts
bhahahaha... kena pegang mcm nk sembelih kambing
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 05:20 PM | Show all posts
btw...byk betul posting pasal kes ni arini
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodo jntan ni. Dah malu la tu, hrp je ahli MMA, xnak ada masalah ngn polis knon. Dah mcm kmbing golek dah,,lagi xnak mngaku lembik pdan la muka kau provok org lagi, bagus org yg rkam prngai pmbuli kau tu, f*ck 2 u la
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-7-2017 05:39 PM | Show all posts
1 lawan 4 kambing golek le jadinya
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 05:44 PM | Show all posts
beSA + boDO = SADO

padan muka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-7-2017 05:44 PM | Show all posts
gaduh2 mcm ni biase la...please don't expect everything to be perfect all the time..people make mistakes..
just because virul je...jadi la se episod drama...utk tontonan khalayak...

Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 06:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku rs dia budak baru nak bljr ni.. gaya ada tp still zero la..
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 06:19 PM | Show all posts
Atlis ko nmpk guard tu buat keje,next time byr maintanence fees pun puan hati
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 06:29 PM From the mobile phone | Show all posts
Pandai guard tu tangkap kaki dia. Entah-entah guard tu ada asas silat.
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 06:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena angkut macam angkut kambing panggang je
Reply

Use magic Report

Post time 18-7-2017 07:47 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2017 08:34 AM | Show all posts
Takpe boleh cuba lagi next time.

#teamabamsado
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2017 11:48 AM | Show all posts
padan muka............................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2017 11:51 AM | Show all posts
sado ko x ke mana rupanya bang..
Reply

Use magic Report

Post time 19-7-2017 11:58 AM | Show all posts
Kalau ikotkan, memang betol cakap mamat tuh, dia x melawan bila pak guard naik atas dia. Dengan saiz badan dia tuh dan MMA training, mmg senang aje nak terajang pak guard sumer tuh, tapi dia tau kalau dia buat camtuh, he'll get in a lot more trouble with the police, he was stupid, but not that stupid.

Kalau perasan, sepakan dia buat pon x pakai full power, kalau full power tumbang teros pak guard cinonet tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 20-7-2017 01:58 PM | Show all posts
Mana-mana pun sama...guard tercongok kat postguard tu untuk jaga keselamatan penghuni.  Bersyukurlah dapat guard yang sungguh-sungguh menjalankan tugas.

NASIHAT UNTUK JAKUN-JAKUN YANG TAK PERNAH PERGI KAWASAN 'GATED DAN GUARDED', TOLONG SAMA-SAMA JAGA ADAB PERGI TEMPAT ORANG.  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:34 PM GMT+8 , Processed in 0.059412 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list