CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4858|Reply: 8

Asal Usul Keningau, Sabah

[Copy link]
Post time 20-7-2017 10:49 AM | Show all posts |Read mode




Setiap tempat mempunyai sejarah yang tersendiri, nama setiap tempat akan diberikan oleh orang-orang terdahulu berdasarkan peristiwa sejarah yang telah berlaku. Peristiwa yang menyebabkan nama sesebuah tempat dicipta biasanya unik dan menarik perhatian.




Pada kali ini urangsabah.com akan menceritakan tahu asal usul sebuah perkampungan yang terletak di pedalaman Sabah iaitu Keningau. Keningau merupakan bandar kelima terbesar selepas Tawau dan Lahad Datu. Keningau adalah sebuah kawasan yang terletak di kawasan pedalaman Sabah yang kini telah maju dan berkembang menjadi bandar. Mengikut cerita orang dulu-dulu, Keningau merupakan sebuah perkampungan yang banyak ditumbuhi oleh pokok kayu Manis atau lebih dikenali sebagai “Pokok Keningau” dan dalam bahasa kaum Murut mereka menyebutnya sebagai “Kayu Keningau” iaitu sejenis rempah yang digunakan untuk memasak.





kedatangan orang Inggeris di kawasan tersebut menjadikan kulit Kayu Keningau menjadi salah satu bahan eksport mereka, secara tidak langsung kawasan pendalaman menjadi pengeluar kulit Kayu Keningau yang penting pada ketika itu. Akhirnya, kawasan tersebut dipanggil keningau sehingga mewujudkan sebuah bandar yang paling maju dan menjadi pusat pentadbiran di kawasan pedalaman Sabah.

Kayu Manis Mendapat permintaan yang tinggi dari saudagar-saudagar luar menyebabkan daerah ini terkenal dengan sendiri. Daerah ini mendapat gelaran “Kampung Keningau” daripa saudagar- saudagar yang datang ke daerah ini. Gelaran ini diberikan sempena nama pokok kayu Koningau bagi memudahkan saudagar luar mengenali kawasan utama sumber kayu manis. Mengikut istilah saintifik kayu manis disebut dengan nama Cinnamomun Burmannii.

Menurut sejarah, Keningau merupakan sebahagian daripada wilayah Brunei semasa Pemerintahan Kesultanan Brunei dan Sulu, iaitu pada sekitar tahun 1860-an. Pada masa ini Keningau merupakan pusat perdagangan rempah ratus yang terbesar di wilayah Brunei. Disebabkan laluan perdagangan Selat Melaka dari seluruh pelosok dunia, persisiran pantai barat Jesselton(Kota Kinabalu) menjadi tempat strategik selepas tumpasnya pangkalan Syarikat Berpiagam Borneo Utara British (BNBCC) di Pulau Gaya oleh Mat Salleh dan orang Bajau dan kemusnahan bandar Sandakan pada masa itu.

Semasa penentangan itu, Keningau menjadi Pusat Pendaftaran dan Pentadbiran Kawasan Pedalaman semasa Penjajah British untuk melupuhkan pengaruh Mat Salleh dan pejuangannya. Satu-satunya bangunan yang menjadi bukti wujudnya Penjajahan British ialah Saint Francis Xavier Church, antara bangunan yang tertua di Keningau. Kimanis pada masa itu menjadi laluan utama berhubung dari Keningau ke Jesselton. Kimanis jugalah menjadi kubu pertahanan Keningau semasa peperangan dunia yang ke-2.

Nama Keningau terus masyhur dan terkenal serta kekal sehingga ke hari ini sebagai sebuah daerah yang tertua dan terbesar di Bahagian Pedalaman.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-7-2017 01:42 PM | Show all posts
Fakta yang bagus.  Kongsilah lagi ya.  
Reply

Use magic Report

Post time 4-9-2017 02:32 PM | Show all posts
kaum terbesar di Keningau?

apakah kaum p masih mendominasi perniagaan pasar malam di sana?
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2017 07:55 PM | Show all posts
keningau ni kayu manis ker???
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2017 04:48 PM | Show all posts
aku suka dengar cara orang Keningau cakap. tak tau la kenapa, tapi sedap di dengar. pekat sgt percakapan sabahan mreka.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2017 02:34 AM | Show all posts
Bukit Langsat , Keningau..hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-10-2017 08:35 AM From the mobile phone | Show all posts
unoryah replied at 4-9-2017 02:32 PM
kaum terbesar di Keningau?

apakah kaum p masih mendominasi perniagaan pasar malam di sana?

masih, haritu iols pergi keningau mostly dorg yg berniaga dekat pasar malam. .iols xlalu nak mkn dekat pasar mlm kat sana. .

tu laa iols ada kwn org keningau mmg iols push dia habis2an skrg ni, kaum bumiputera sndri xkan xnak ambil kesempatan dekat tanah sndri kan. .
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2017 12:49 PM | Show all posts
Edited by unoryah at 12-10-2017 01:02 PM
raradhia replied at 12-10-2017 08:35 AM
masih, haritu iols pergi keningau mostly dorg yg berniaga dekat pasar malam. .iols xlalu nak mkn d ...

bikin panas kan tingu dorang..

kawan ko masih bejual di sana?



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2017 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts
unoryah replied at 12-10-2017 12:49 PM
bikin panas kan tingu dorang..

kawan ko masih bejual di sana?

bukan bjualan d pasar mlm tu, hihi. .tp, mcm iols suruh laa dia ambil peluang apa2 yg ada d keningau tu utk keluarga dia. .maklum laa org kmpg bha, jd maw kena ajar sikit2. .kwn iols tu keja bank, nahhh. .bulih sdh dia bantu keluarga dia. .so, skrg durg ada buka kadai runcit mcm tu. .
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 11:55 PM GMT+8 , Processed in 0.075166 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list