CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2376|Reply: 3

Sihir - sambungan SUARA MISTERI DI WAKTU SENJA

 Close [Copy link]
Post time 21-7-2017 10:53 AM | Show all posts |Read mode
Assalamualaikum

Hari ini aku kumpul kembali kekuatan untuk menaip satu persatu. Satu pengalaman yang takkan aku lupa selagi mana nyawa dikandung badan. Seperti thread sebelum ni SUARA MISTERI DI WAKTU SENJA rupa-rupanya 'sedikit' petunjuk apa yang bakal terjadi pada aku.

Aku percaya selagi mana kita menjaga tingkah laku, kata-kata dan adab dalam bergaul dengan orang insyallah kita akan dijauhkan dengan perkara-perkara yang boleh mendatangkan kemudaratan ke atas kita seperti, pergaduhan, pertengkaran dan hasad dengki hamba Allah yang lain. Jujurnya sedikit pun aku tak pernah bayangkan perkara ini terjadi pada aku.

Jika anda membaca thread yang sebelum ini DISANTAU BEKAS ISTERI TUNANG thread kali ini juga boleh dikatakan rentetan apa yang terjadi sebelum ini. Maaf jika intro terlalu panjang. Hihi

Total 3 perawat yang aku cuba ikhtiar aku gelarkan mereka ;
1) kakak
2) ustaz penipu
3) ustaz pondok

Selang beberapa hari aku post SUARA MISTERI DI WAKTU SENJA, jujurnya apabila tiba waktu tengah hari, asar dan sehingga ke subuh esoknya aku sering berasa berdebar, dan miang seluruh badan. Miang + pedih setiap inci badan aku. Aku berasa sangat sakit seolah olah urat aku digenggam dan dipulas-pulas. Ianya akan hilang usai waktu subuh. Aku boleh berkerja dengan aman sehinggalah tiba waktu asar dan sakit itu akan kembali menyerang. Aku biarkan sakit tu berlanjutan beberapa hari. Sebab fikiran aku berasa serabut sangat. Aku lansung tak fikirkan dimana nak carikan ubat untuk sakit yang menyerang aku di waktu tertentu ini. Tahu apa yang aku fikirkan? Di office, aku lebih fikirkan macam mana caranya untuk aku berpisah dengan suami. Ya, aku seolah-olah dikerah untuk berfikir di mana silap suamiku untuk aku jadikan alasan untuk berpisah. Sedangkan suami aku adalah suami dan ayah yang baik untuk aku dan anak kami yang berusia dua tahun itu.

Kemuncak segala kesakitan adalah selepas asar, masa tu aku masih di tempat kerja. Aku berasa sangat-sangat miang + pedih + seluruh badan aku berpeluh + sejuk. Habis waktu kerja aku cepat-cepat pulang ke rumah dan mintak suami bawakan aku ke hospital. Semasa dalam perjalanan ke hospital, entah macam mana aku tiba-tiba berubah fikiran. Aku minta suami membawa aku berubat ke kakak yang ubatkan aku dulu. (Orang yang sama ubatkan aku di thread DISANTAU BEKAS ISTERI TUNANG). Macam biasa, sampai ke rumah kakak tu. Kami terpaksa menunggu giliran hampir 2 jam dan kami adalah pesakit yang terakhir malam tu. Waktu dah hampir pukul 11malam.

Semasa sesi soal jawab dan rawatan kakak tu cakap 'orang yang sama buat'. Tapi kakak tu tak cukup bahan untuk ubatkan aku. Bila dia pegang jari kaki aku, tiba-tiba dia cakap ada 'benda'. Pada masa yang sama, di sebalik dinding luar rumah suami mendengar bunyi seolah-olah hentakan yang kuat. Kakak tu minta kami pulang dahulu dan esoknya kembali sekali lagi bersama bahan perubatan yang dia pinta. Balik malam yang berubat dari kakak tu malam tu aku lansung tak boleh lena. Setiap kali aku nak pejamkan mata aku berasa aku nak jatuh dari tempat yang tinggi.

Bahan yang kakak tu mintak aku sediakan adalah ;
buah kelapa 1 biji,
air kolah 3 masjid,
buah limau purut 3 biji,
sintok dan 7 jenis bunga.

Keesokan hari, aku ke rumah kakak tu bertemankan mak dan ayah aku. Sebab suami aku kena kerja. Aku pergi ke rumah kakak tu di siang hari. Sampai sahaja ke rumah kakak tu, rezeki kami tak perlu tunggu lama untuk tiba ke giliran kami. Bila kakak tu mulakan rawatan, pertama kali dalam hidup aku aku dirasuk. Maaf jika ada anda yang tidak percaya apa yang aku nak sampaikan seterusnya. Setiap kali aku dirasuk, yang mengawal percakapan tu bukan aku. Tetapi pada yang sama, aku tahu aku 'sedar'. Aku seolah-olah disekat untuk mengeluarkan kata-kata. Tetapi secara totalnya 'dia' hanya mampu mengawal percakapan aku bukan keseluruhan jasad aku. Aku sendiri pun sampai sekarang masih keliru. Adakah orang yang dirasuk boleh sedar? Tetapi walaupun seolah-olah ada 'orang lain' dalam tubuhku aku sentiasa berzikir tanpa henti. Itu sebabnya aku masih boleh menaip untuk buka thread ni berkongsi pengalaman dengan anda semua. Sebab aku 'SEDAR'. Dan oleh kerana aku sedar, maka aku juga merasa kesakitan yang sangat perit bila di baca rukyah dan di ancam oleh perawat. (total 3 perawat yang aku cuba ikhtiar, baca sampai habis ye)

OK sambung, ................

Bila kakak tu picit ibu jari aku, aku rasa seperti ada sedikit cubitan. Sakit tetapi tidaklah sakit sangat. Sakit tu di skala 2/10 ..... Perkataan pertama yang terbit dari mulut aku adalah 'AKU SAKIT HATI!'. Masa tu aku berasa kepala aku seolah-olah sangat kebas + kembang. Kakak yang merawat aku memaksa dia keluar dari jasad aku. Ditekan-tekan jari aku, dan masa tu 'dia' mengaku yang dia nak keluar. Tapi jujurnya aku berasa seperti 'dia' masih ada. Selesai rawatan dengan kakak tu. Dia minta aku minum air yang dia jampi dan mandi dengan air 7 bunga dia sediakan. Balik rumah, kakak tu pesan suruh minum air kelapa dengan 1 nafas.

Aku ingatkan selesai rawatan siang tu aku 'dah bebas'. Rupanya ada kesan rawatan siang tadi berlarutan ke malam.

.................. jap g aku sambung.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-7-2017 12:28 PM | Show all posts
hai tt... saya tak pernah baca yg thread bekas isteri tunang tu tapi suara misteri di waktu senja pernah baca.. macam mana keadaan tt sekarang? sila sambung ye tt...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2017 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Xsabar tunggu tt sambung
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2017 12:45 PM | Show all posts
Tak paham tul haku..thread lama pun baru 2 pages.. baru bukak beberapa bulan lepas kot...kenapa tak sambung je ke thread lamanya kak TT? sepasal poremer2 len nak search cari citer lepas...


Kalo kata nak tacang, sebab thread lepas tak dapat tacang.. nanti momod bagi.. terlepas pandang masing2... MMmm


Copy citer neh masuk ke thread lama.. Thanks..




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 03:23 PM GMT+8 , Processed in 0.079427 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list