CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2739|Reply: 6

200 batu karang dalam badan

[Copy link]
Post time 22-7-2017 10:57 AM | Show all posts |Read mode




Hezhou (China): Sekumpulan doktor mengeluarkan lebih 200 batu karang di dalam pundi hempedu dan hati seorang wanita di sini yang berpunca daripada tidak sarapan pagi.

Dr Quan Xuwei dari Hospital Guangji memberitahu, batu karang itu yang ada sebesar telur ayam dikeluarkan dalam satu pembedahan pada 15 Julai lalu.

Wanita yang dikenali sebagai Chen, 45, itu sering makan lebihan makanan dan makan tidak mengikut waktu sejak 10 tahun lalu.

Pesakit juga sering tidak mengambil sarapan pagi dan makan makanan yang tidak sihat dan banyak kolesterol.

“Chen mula sakit perut sejak 10 tahun yang lalu tetapi tidak mendapatkan rawatan di hospital.

“Beberapa tahun lalu, dia membuat pemeriksaan di hospital dan doktor menyarankan pembedahan dilakukan tetapi wanita itu tidak bersetuju kerana takut,” katanya.

Menurutnya, Chen datang semula ke hospital pada minggu lalu kerana mengalami sakit perut yang teruk dan dia tiada pilihan selain menjalani pembedahan.

Semua batu karang di tubuh manusia biasanya terbentuk daripada kolesterol dan mereka yang berusia 40 tahun ke atas, terutama wanita berisiko mengalami keadaan itu.

Menurutnya, pemakanan dan gaya hidup seseorang juga menjadi punca utama pembentukan batu karang dalam tubuh.

“Kebanyakan pesakit yang saya temui termasuk Chen sering tidak mengambil sarapan pagi,” jelasnya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-7-2017 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Mesti dia jarang minum air masak jugak ni...
Reply

Use magic Report

Post time 22-7-2017 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebab tu la kena jaga pemakanan. Kurangkan garam, gula dan lemak. Lebihkan sayuran dan buah-buahan. Minum air masak kena cukup, berlebihan pun tak boleh. Exercise untuk release toxin.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2017 10:34 AM | Show all posts
ramai yg jenis x leh sarapan. katanya nk muntah dan x sedap perut...
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2017 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
chinta89 replied at 24-7-2017 02:34 AM
ramai yg jenis x leh sarapan. katanya nk muntah dan x sedap perut...

Kalau jenis sarapan jamak takadim dengan makan tengahari macam mana sis?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 12:25 PM | Show all posts
ni kurang minum air masak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2017 11:03 AM | Show all posts
nape la xmkn pagi...hmm
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:33 PM GMT+8 , Processed in 2.034812 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list