CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3218|Reply: 91

[Dunia] Resolusi Ijtimak Kelantan 2017 Rintis Jalan Penyatuan Ummah

[Copy link]
Post time 23-7-2017 01:58 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
KOTA BHARU, 23 Julai – Ijtimak Antarabangsa Perpaduan Ummah Rantau Asia Kali ke-4 secara rasminya melabuhkan tirai dengan penuh warna warni malam ini.

Acara penutup yang bermula sekitar jam 9 malam menyaksikan ribuan hadirin membanjiri Stadium Muhammad IV Kota Bharu sejurus selepas solat berjemaah Maghrib dan Isya’.



Acara dimulakan dengan bacaan lafaz ikrar dengan tema pertahankan Islam, dipimpin oleh Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Ust Fadhli Shaari.

Seterusnya, Pidato Perdana oleh wakil pimpinan gerakan Islam termasuk Presiden PAS, Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang mengakhiri sesi penutup.

Tuan guru dalam ucapan beliau mewakili pihak Kesatuan Ulamak Islam Sedunia menyatakan penghargaan kepada kerajaan negeri dan semua jawatankuasa yang terlibat menjayakan program gilang gemilang itu.



“Bagi pihak KUIS, saya ucap terima kasih kepada kerajaan Kelantan dan semua yang terlibat sehingga berjayanya program Ijtimak kali ini.

“Kita membawa hasrat umat Islam dari Morocco hingga Marauki di Indonesia yang sedang diratah dan dimamah oleh musuh seperti yang disebut oleh Nabi dalam hadis tentang umat Islam yang ramai tetapi diratah,” kata beliau.

Terdahulu, Nadwah Ulama Antarabangsa yang melibatkan penyertaan aktif 10 wakil dari rantau Asia dan Timur Tengah telah meluluskan 10 resolusi penting yang bakal menjadi perintis jalan penyatuan ummah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2017 02:39 PM | Show all posts
yang ni ok boleh dengar pergi, nampak je bendera hijau putih toksah pergi. mengarut je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2017 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Gambar yg sempat akak dan hubby berjaya rakam  

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2017 05:54 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 23-7-2017 02:39 PM
yang ni ok boleh dengar pergi, nampak je bendera hijau putih toksah pergi. mengarut je

Kita hanya boleh gi Kalau ada bendera roket merah saja. Kannnn
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2017 09:15 PM | Show all posts
zorrro_03 replied at 23-7-2017 05:54 PM
Kita hanya boleh gi Kalau ada bendera roket merah saja. Kannnn

lagi lah tak boleh samdolnya. jangan biar diri jadi buah catur politik dan kita bergaduh. relax sudah masa PRU confirm akak tgk wayang
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2017 10:00 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 23-7-2017 09:15 PM
lagi lah tak boleh samdolnya. jangan biar diri jadi buah catur politik dan kita bergaduh. re ...

Tapi cara kau provoke pentadbiran Kelantan sejak dua menjak ni mcm unfair sgt. Dan bias sgt. Gggrrrrrr
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-7-2017 10:05 PM | Show all posts
Edited by CiliPadiSedap at 23-7-2017 10:07 PM
zorrro_03 replied at 23-7-2017 10:00 PM
Tapi cara kau provoke pentadbiran Kelantan sejak dua menjak ni mcm unfair sgt. Dan bias sgt. Gggrr ...

akak tak suka taliban spender putih , dalam pas ada yang baik tp yang baik ni sukar di naikkan. mana2 parti politik istilah kroni tetap ada. dulu akak percaya pas maksum , pkr perjuangkan rakyat.


tp hakikat cuba tanya isu splash, isu gerbang pintu selangor, isu kereta datok adam rosly. tiada beza. kita ni semua buah catur mereka je. mereka kat atas tu kaya raya kita dapat apa?

pertahankan ideologi masing2 tp berperang sesama sendiri. bodoh kan ? jadi usah gebang sangat politik kita gelakkan je pemimpin kita and fokus kehidupan. politik tak buat kita makin kaya malah makin miskin akibat kebodohan fanatik taksub.


kalau berpolitik dapat supply bendera dapat job tak pe buatlah. kalau politik dapat dedak berbaloi buatlah. tp kalau politik sekadar nak bergaduh bertumbuk nak jadi hero tak payahlah.

mereka kat atas berpolitik sebab duit pangkat. mereka sanggup duduk penjara, sanggup bogel kawan lama, sanggup sebar video sanggup buat macam2 asal duit kuasa dalam genggaman. kita ni bawah duk gaduh sokong mereka? bodoh ke bangang? jadi orang melayu sedarlah politik ni bagusnya masa PRU pangkah undi sahaja. gaduh2 buang masa je.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2017 10:11 PM | Show all posts
isu 1mdb ke rasuah ke apa semua sama saja. akak dah tak percaya politik pakatan harapan sebab mahathir punya jijik pakatan sanggup jilat.

akak dulu batak macai pakatan rakyat. sekarang akak hidup aman damai tanpa sakit kepala berpolitik. nak kata akak DAP, UMNO, Pakatan harapan ke apa semua tak kisah. tak mati pun kena ejek.

cuma akak harap sedar dan sedar politik takkan jadikan beras secupak jadi segantang, gaji naik, hutang berbayar. apa yang kat atas janji tu boleh kita google, tengok youtube, takperlu bergaduh jadi keyboard warrior.

kat sini lahirnya kematangan kita dalam berpolitik. orang politik kerja dia jual diri jual harapan kepada pengundi bahawa mereka lah ahli politik yang bagus bebas rasuah hakikatnya sama je mangkuk hayun semua.

bohong tiada ambil rasuah. akak tak percaya.  mathematic tidak menipu. ilmu kewangan tidak menipu.

jadi apa kita boleh buat fokus tambah kebaikan dalam hidup kita
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2017 10:13 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 23-7-2017 10:05 PM
akak tak suka taliban spender putih , dalam pas ada yang baik tp yang baik ni sukar di naikk ...

Tak payah nak buat assuming semua benda based on satu dua perlakuan yang tidak telus.  Pada saya kena lihat isu ni secara terkawal. Biar ada keseimbangan kuasa. Jika hanya satu pihak dapat mandat yang total, rakyat lagi tertekan.
Jgn sebab sekor spenda putih membuat kita hilang arah.  Waras kan akal mu.....  

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2017 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 23-7-2017 10:11 PM
isu 1mdb ke rasuah ke apa semua sama saja. akak dah tak percaya politik pakatan harapan sebab mahath ...

Kan sis....akak dengan hubby memang suka join program PAS ni sebab boleh shopping pelbagai juga bila sekali sekala ada perhimpunan besar di negeri Kelantan.

Orang Kelantan ni ramai Melayu nye berniaga...sejuk mata akak nengok...release stress gitu....semalam akak sempat juga ke Ate Paje (Rantau Panjang) dan KB...jalan2 tengok istana lama di KB

Nanti bulan 8 ada Fastaqim pula di Rusila....tak sabar nak jalan2 dengan hubby ke sana.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2017 10:25 PM | Show all posts
zorrro_03 replied at 23-7-2017 10:13 PM
Tak payah nak buat assuming semua benda based on satu dua perlakuan yang tidak telus.  Pada saya k ...

kalau satu tak telus jujur, apatah lagi dua mahupun tiga.


jadi kt sini ketelusan itu tiada paga angka 1.. islam ajar jujur walaupun salah. parti politik ajar dh salah cover line atau pun bogelkan untuk kuasa masing2.


maaflah akak ada prinsip. akak tak denya nak sangka baik. permainan gelanggang hidup akak banyak bermain angka dan berjumpa jerung scammer.

bab kuasa tu setuju . cuma makin ramai gila kuasa mamak petron san miguel buka parti, geng2 ex umno buka parti baru. bagi akak jibby kira baik tak sabotaj petron san miguel kalau jibby nak kenakan kroni mahathir anytime anywhere..

kalau tengok politik putin sama dengan zaman mamak san miguel. zaman diktaktor.. cuma beza zaman jibby kos sara hidup menyusahkan rakyat..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2017 10:33 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 23-7-2017 10:25 PM
kalau satu tak telus jujur, apatah lagi dua mahupun tiga.

Ok..........
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2017 10:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by nobito at 23-7-2017 10:42 PM
CiliPadiSedap replied at 23-7-2017 10:25 PM
kalau satu tak telus jujur, apatah lagi dua mahupun tiga.




Sis....kalau kita fikir semua angkara jahat memng susah sis..sedangkan nabi Muhammad semasa hendak wafat sendiri ada list para pengkhianat Islam yg disimpan oleh penjaga amanah....nabi tak terus mengambil hukum ke atas mereka walaupun hidup lagi pada ketika wujudnya pengkhianat2 agama itu.

Sis boleh tengok Mat Sabu pernah wujud di dalam PAS yg pada masa itu dibayar duit setiap bulan oleh Lim Guan Eng untuk merosakkan Melayu/Islam.

Adakah arwah TGNA boleh buang Mat Sabu ketika itu....sudah tentu la tidak kerana arwah bukan Malaikat atau Nabi yg menerima wahyu.

Yg penting kita masih punya Al-Quran Hadith dan Ulama untuk bimbing kita.

Jika sis hebat dalam ekonomi dan perniagaan boleh saja sis sebahagian PAS.

Akak dan hubby bukannya pandai agama pon.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2017 10:41 PM | Show all posts
nobito replied at 23-7-2017 10:16 PM
Kan sis....akak dengan hubby memang suka join program PAS ni sebab boleh shopping pelbagai juga bi ...

pergi ceramah pas makan jagung bakar dengar kaset nasyid bau minyak wangi.. air milo.. sedap tu.. keropok lekor, putu piring.. buat pula kat laman rumah orang .. haha..parent akak dulu harakah fikrah subscriber walaupun adk bradik menteri pasola.. menteri pasola tu masa jumpa tak de sibuk gebang politik tahu hormat family gathering yang sibuk jadi macam ni pakcik kerja utusan. barua sungguh bak hang.. dia kerja macai hidup lingkup.. yang politicin menteri pasola kaya raya..
arwah atuk akak gang semangat 46 siap sponsor bendera rumah jiran alasan semangat melayu.. lepas tu jadi gang masjid terus masuk pas kt bilik dia poster nik aziz ada.. sebelah paku tempat sangkut tali kelambu.. ulamak iran pun ada syeikh syiah taliban jebon.. atuk akak tak syiah cuma zaman tu internet kurang jadi kena tipu dengan poster syiah tu pekara biasa.. asal nampak serban tinggi klcc terus claim ulamak walhal syiah jebon..

meriah gila..tu tahun 90 an punya zaman akak pergi, zaman skrng dh tak pergi dah..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2017 10:48 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 23-7-2017 10:41 PM
pergi ceramah pas makan jagung bakar dengar kaset nasyid bau minyak wangi.. air milo.. sedap ...

I pon tengok PH dah lebih kurang BN sis.....sebuk politik kulu kilir kutuk PAS serupa macam macai BN...apatah yg mereka dapat....yg untung tetap keluarga Lim, keluarga Mahathir dan keluarga Wan Jijah.  
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2017 10:48 PM | Show all posts
nobito replied at 23-7-2017 10:38 PM
Sis....kalau kita fikir semua angkara jahat memng susah sis..sedangkan nabi Muhammad semasa hend ...

kt kelantan ramai je jutawan negeri memang mundur tp duit cash berkepuk daripada negeri lanun moden tp rakyat melayu miskin.


apa akak nak sampaikan  akak lagi suka kelantan daripada negeri2 maju. kat kelantan masa akak pergi bangla susah nak nampak . pendatang asing susah nak nampak. mek thailand pun dh rupa mek kelantan cuma bahasa tomyam dia orang tu tetap ada.

hari sabtu geng2 ninja turtle( niqabis purdahbis) turun kota bharu. mereka ramai2 keluar pg shopping. ada sekali naik bas  akak tengok ninja turtle mak dia pandang akak. akak bukan lesbian pemandangan cmni biasa ada kt pesantren sekolah pondok tp kt kelantan tengah bandar ada pemandangan cmni ibarat kampung ninja naruto

kt kelantan ada je jutawan gaharu ( abe ramle) jutawan emas tapi dh sontot muslim ahmad, jutawan nursery sawit abe ahmad, jutawan kontraktor haji nik, jutawan macam2 lagi. tu semua melayu islam.

kat negeri lain bukan tak de jutwan habis sibuk makan gaji bila masa duit nak beranak pinak???? kerja makan gaji dh pencen belum tentu jd jutawan kalau pakai kereta jepun

maaflah tak minat joint pas kecuali motif dapat job. orang politik kerja dia politik. org niaga kerja dia niaga. kalau orang niaga sibuk berpolitik tak kemana mana.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2017 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 23-7-2017 10:05 PM
akak tak suka taliban spender putih , dalam pas ada yang baik tp yang baik ni sukar di naikk ...

Saya setuju Kak.  
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2017 10:54 PM From the mobile phone | Show all posts
nobito replied at 23-7-2017 05:32 PM
Gambar yg sempat akak dan hubby berjaya rakam

Akak dan hubby konon.  
Kim salam kat habi tu ye
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2017 10:56 PM | Show all posts
nobito replied at 23-7-2017 10:48 PM
I pon tengok PH dah lebih kurang BN sis.....sebuk politik kulu kilir kutuk PAS serupa macam macai  ...

dulu fikir jijah tu bagus baik sampai anwar masuk penjara tp tengok isu selangor langkah kajang.


kt sini ada 2 point :
mungkin 'komisyen' untuk dana parti politik
mungkin tender kroni untuk dana perang pru

tp akak nampak ada banyak kereta mewah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-7-2017 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 23-7-2017 10:48 PM
kt kelantan ramai je jutawan negeri memang mundur tp duit cash berkepuk daripada negeri lanun mode ...

Akak takda pon politaik sis...sebab kerja orang politik ni memang busy....kalau kalah PRU orang buang jah macam sampah...macam Khir Toyol tu.

Akak join PAS untuk beri sokongan pada Ulama2 kita supaya bawa pentadbiran Islam dan semuanya bermula di Kelantan.

Byk yg persekutuan tiru dr pentadbiran PAS....contoh Perumahan rakyat...cuti kakitangan kerajaan 2 hari seminggu...cuti bersalin 3 bulan...integrasi sekolah rendah agama dan sekolah kebangsaan....sekarang ni dah tiru Tuisyen Rakyat....akan datang tiru pula Skim Kifaalah.

PAS memang tak pernah dipandang rakyat...tapi dari segi dakwah....PAS berjaya dakwahkan BN.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 08:50 PM GMT+8 , Processed in 0.575598 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list