CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 787|Reply: 13

[Tempatan] Sikap buang sampah di jalanraya, kali ni JPJ akan tegas

[Copy link]
Post time 23-7-2017 06:02 PM | Show all posts |Read mode
ALOR SETAR: Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (SWCorp) Kedah akan bekerjasama dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menjalankan sistem pengkomputeran mySIKAP bagi membolehkan tindakan diambil terhadap pemandu yang membuang sampah di jalan raya.

Pengarah SWCorp Kedah, Hazahar Hashim berkata melalui kerjasama ini, pihak SWCorp dapat mengambil tindakan dengan mengeluarkan notis terhadap pemandu kenderaan yang membuang sampah dari dalam kenderaan.

“Kita (SWCorp) dapati masyarakat masih kurang kesedaran tentang kepentingan menjaga kebersihan apabila mereka membuang sampah semasa dalam pemanduan terutamanya ketika sedang berhenti di lampu isyarat merah.

“Kita akan tangkap gambar kenderaan pemandu yang membuang sampah sebelum mendapatkan maklumat lengkap melalui nombor pendaftaran kenderaan dengan menggunakan sistem pengkomputeran mySIKAP oleh pihak JPJ,” katanya kepada pemberita pada Majlis Rumah Terbuka SWCorp Kedah di sini, hari ini.

Katanya, sebelum ini ada negeri yang telah menggunakan sistem ini namun tidak secara menyeluruh dan SWCorp Kedah akan cuba menjadi negeri pertama yang mengguna pakai sistem mySIKAP untuk mengambil tindakan terhadap pemandu yang melakukan kesalahan.

Beliau berkata SWCorp juga sedang menjalankan kempen kesedaran kepada masyarakat supaya membuang sampah ke dalam tong sampah yang telah disediakan oleh pihak syarikat pengurusan sisa pepejal, E-Idaman Sdn Bhd.

“Tong sampah telah disediakan tetapi masih ada masyarakat yang membuang sampah di luar dan tepi bahagian tong yang telah disediakan.

“Buat masa ini kita masih dalam proses berkempen dan selepas ini sekiranya masyarakat gagal membuang samaph di tempat yang sepatutnya, tindakan undang-undang akan dikenakan,” katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2017 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Lahai jpj dok gigih tangkap org buang sampah.
Kojo jpj sendiri pun tak boleh buek
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2017 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Lahai jpj dok gigih tangkap org buang sampah.
Kojo jpj sendiri pun tak boleh buek
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2017 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Luaskan kuasamu JPJ, sape buang sampah, trus kluar surat saman rm300 , siap naik court lg. Mcm saman salah traffic tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2017 10:03 PM From the mobile phone | Show all posts
org kanan jpj pun guna lorong kecemasan,ape lagi buang sampah...
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2017 10:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Termasuk puntung rokok.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-7-2017 10:04 PM | Show all posts
mjla replied at 23-7-2017 09:39 PM
Lahai jpj dok gigih tangkap org buang sampah.
Kojo jpj sendiri pun tak boleh buek

Saya rasa molek juga JPJ guna peruntukan kuasa yang ada berkenaan. Yang sumpah dari kenderaan. Sebab makin ramai bagero otak lembu konon pembersih  yang letak sampah atas bonet dn lupa nak buang. Then sumpah tu bersepah2 atas jalanraya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2017 11:57 PM | Show all posts
bagus juga, selain dari puntung rokok nanti bila musim buah selamba jer ada yang buang kulit rambutan,langsat, manggis...  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2017 12:27 AM | Show all posts
Tindakan yang bagus. Kudos to JPJ.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2017 09:34 AM | Show all posts
ketam ajar anak berjalan?
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2017 09:41 AM | Show all posts
puntung rokok pun sampah jugak kan.. hmmmmm beberapa kali dah terikut keta depan yang pemandunya perokok dan sesuka hati buang puntung rokok/sampah.. ku positifkan diri.. pemandu ni lupe diri kot.. maybe ingat tengah buang puntung rokok di tingkap rumah depa kot..

sewenang2nya mereka yg merokok membuang puntung rokok di lane yg paling kanan ( coz drive laju la kunun)... hmmmmm kau ghase..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2017 09:42 AM | Show all posts

opsss.. tak perasan ada yang dah reply sampah puntung rokok..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2017 09:53 AM | Show all posts
ai support u jpj
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2017 10:01 AM | Show all posts
Elok lah tu, mindset orang-orang ni memang perlu di ajar. nak semua benda bagus, tapi mindset sendiri tak boleh nak ajar.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 06:40 PM GMT+8 , Processed in 0.086751 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list