CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 887|Reply: 2

[Tempatan] Open house anjuran orang Cina, diadakan di restoran makanan India

[Copy link]
Post time 23-7-2017 06:32 PM | Show all posts |Read mode
Star Wars dan beriani ayam bukanlah sesuatu yang dekat dengan sebarang sambutan Aidilfitri, tetapi itu yang jelas dilihat di majlis rumah terbuka hari raya anjuran DAP di Bangsar semalam.

Justeru pengkritik boleh mendakwa parti yang dikaitkan dengan komuniti Cina itu tidak memahami budaya Melayu.

Bagaimanapun Pemuda DAP Subang - yang menganjurkan majlis berkenaan - berpendapat sebaliknya.

Setiausaha pertubuhan itu Shukri Mokthar berkata majlis itu sendiri memaparkan wajah sebenar rakyat Malaysia kerana dianjurkan oleh parti dikaitkan dengan orang Cina serta diadakan di restoran makanan India.

"Kami cuba menghidupkan semula rasa muhibah rakyat apabila negara ini dianggap milik bersama walaupun masing-masing mempunyai perbezaan," katanya kepada Malaysiakini.

Tetamu yang hadir semalam pula memang berbeza dari segi bangsa dan usia, dengan kumpulan lebih berumur di kalangan bukan Melayu lebih ramai.

Makna sebenar fitrah

Exco DAP Selangor, Young Syefura Othman, Timbalan Presiden Pertubuhan Ikram Malaysia, Zaid Kamaruddin dan ahli serta penyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) turut memeriahkan majlis.

Berbeza daripada kebiasaan, majlis itu tidak dimeriahkan dengan dendangan lagu hari raya sebaliknya mereka mendengar ucapan Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, berjenaka tentang 1MDB.

Selepas menikmati hidangan nasi beriani ayam kira-kira 100 tetamu menyertai sesi dialog dengan pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang, serta pensyarah serta penganalisis politik, Dr Maszlee Malik.

Menegaskan beliau bukanlah anggota DAP, Maszlee berseloroh menceritakan gosip bahawa dia akan menyertai parti itu dan bakal dilantik sebagai ketua ulama.

Semuanya kerana paparan wajah Maszlee yang ada pada jemputan rumah terbuka berkenaan.

Dalam sesi dialog itu Maszlee berkata pengundi biasa di kalangan orang Melayu masih melihat DAP sebagai parti yang "sangat mengelirukan".

Kata pensyarah Universiti Islam Antarabangsa itu, DAP dilabel sebagai sebuah parti anti-Melayu atau anti-Islam.

Namun, katanya, tetamu yang datang ke majlis berkenaan menggambarkan makna Aidilfitri sebenar iaitu "fitrah" manusia yang menerima kebaikan serta menolak kejahatan.

"Itu yang paling penting, kembali kepada fitrah. Dan fitrah bukan untuk orang Islam saja, ia adalah nilai kebaikan yang menyeluruh.

"Dengan makna itu marilah kita menghidupkan semangat Aidilfitri dengan melawan rasuah, melawan kleptokraciy, mempertahankan keadilan dan memberi kesaksaan," katanya disambut tepukan gemuruh orang ramai.

Cabut pokok terus

Sementara itu Lim menceritakan pengalamannya meraikan hari raya.

Anggota Parlimen Gelang Patah itu berkata, sambutan Aidilfitri sepatutnya diraikan dengan makna sebenar identiti Malaysia berdasarkan rasa saling hormat-menghormati antara kaum.

Lim turut menyentuh kepentingan untuk terus berharap kepada perubahan walaupun BN didakwa memainkan isu kaum dan agama menjelang pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Semasa sesi soal jawab, seorang peserta yang memperkenalkan dirinya sebagai Chan, bertanya sama ada barisan kepimpinan Pakatan Harapan (HARAPAN) boleh dianggap sebagai "new hope" (harapan baru) untuk rakyat Malaysia.

Ia adalah istilah yang merujuk kepada judul filem terbitan 1977, Star Wars: Episode IV - A New Hope.

Dalam konteks keadaan semasa Malaysia, kata Chan, harapan melihat perubahan semakin suram terutama akibat pentadbiran selama 22 tahun Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir kini dilantik sebagai pengerusi HARAPAN dan pada masa sama, menjadi pengerusi BERSATU.

"Isunya ialah, seluruh sistem sudah rosak. Anda tidak boleh mencantas dahan saja kerana seluruh pokok dan akarnya sudah korup. Kecuali anda cabut keseluruhan pokok

"Bolehkan ia (perubahan) dilakukan? Saya tidak fikir begitu, (atau) bukan semasa saya hidup," katanya.

Sebagai reaksi Lim berkata beliau percaya rakyat Malaysia kini terperangkan antara harapan dan kekecewaan.

Dan seperti perjuangan dalam Star Wars, kata Lim, pembangkang berjaya mendapat sokongan rakyat sedikit demi sedikit dalam tempoh 10 tahun lalu.

Keadaan itu katanya dipercayai akan berterusan pada PRU ke-14 nanti.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2017 01:27 AM | Show all posts
ada hidang daging dubuk masak rendang?  
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2017 09:33 AM | Show all posts
makan free
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 03:22 PM GMT+8 , Processed in 0.088142 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list