CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 1779|Reply: 29

[Tempatan] Akhirnya UMNO akui tanpa Felda, dah lama BN tumbang. Tetiba ada insentif RM5,000

[Copy link]
Post time 23-7-2017 06:42 PM | Show all posts |Read mode
Warga Felda perlu jadi benteng pertahan kerajaan hari ini – Najib

PUTRAJAYA – Warga Felda perlu berdiri teguh mempertahankan kerajaan sedia ada demi kelangsungan hidup warga itu pada masa akan datang, kata Perdana Menteri.

Datuk Seri Najib dalam ucapan sambutan Hari Peneroka Peringkat Kebangsaan 2017 mengingatkan warga Felda agar menjadi benteng pertahanan kerajaan bagi memastikan Putrajaya tidak jatuh ke tangan pembangkang pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU-14) kelak.

“Tanpa masyarakat Felda tak mungkin Putrajaya milik kerajaan, sebab itu kita ingatkan setiap dari kita perlu mempertahankan kerajaan hari ini. Tanpa kerajaan siapa warga Felda hari ini,” katanya hari ini.

Bercakap di hadapan lebih 25,000 warga Felda, Najib berkata, langkah itu penting bagi menjamin masa depan golongan pelapis Felda yang akan mewarisi tanah daripada ibu bapa mereka kelak.

“Kepimpinan negara telah membangunkan warga Felda dan komuniti Felda. Selama 61 tahun kerajaan telah ubah untung nasib menjadi masyarakat yang berjaya.

“Sebab itu sambutan hari ini kita buat di Putrajaya, sebab kewujudan Putrajaya ini, setiap warga Felda ada hak dan saham mereka sendiri di sini,” katanya.

Turut hadir, Turut hadir, Pengerusi Felda, Tan Sri Shahrir Abdul Samad; Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim.




PM umum 6 insentif buat peneroka Felda


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan enam insentif untuk peneroka dan warga Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) antaranya dalam bentuk pelupusan hutang, bayaran insentif, kewujudan dana khas dan geran khas serta insentif perumahan.

Berkongsi berita gembira tersebut dengan lebih 50,000 hadirin termasuk golongan peneroka yang tidak berganjak dalam keadaan hujan lebat di Dataran Putrajaya, Najib mengumumkan bayaran insentif khas untuk kebajikan warga Felda sebanyak RM5,000 kepada 94,956 keluarga peneroka yang layak penuh.

"Dengan jumlah peruntukan RM474.78 juta, pembayaran akan mula dibuat pada penghujung bulan Ogos 2017 ini," katanya dan disambut tepukan gemuruh hadirin pada sambutan Hari Peneroka Felda peringkat Kebangsaan 2017 di Putrajaya.

Selari dengan usaha ke arah tadbir urus dan integriti lebih mantap, Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumkan pelupusan sebahagian baki pinjaman saham Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGV).

“Seramai 77,934 peneroka yang sedang membayar pinjaman saham FGV akan dilupuskan baki pinjaman mereka dengan kadar ringgit ke ringgit,” katanya.

Najib berkata bagi 1,626 peneroka yang telah membayar habis pinjaman, mereka akan menerima ganjaran tunai sebanyak RM1,820.

"Ini melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM128.10 juta. Bagi peneroka yang tidak pernah membuat sebarang bayaran pinjaman saham FGV kepada Felda, tidak akan menerima insentif ini," katanya.

Beliau turut mengumumkan insentif pelupusan hutang tanam semula berjumlah RM5,000 bagi setiap peneroka yang memilih untuk tanam semula melalui Felda melibatkan peruntukan keseluruhan RM519 juta.

Selain itu, dana khas pelupusan lebihan hutang tanam semula turut diwujudkan melibatkan peruntukan RM300 juta bagi tempoh lima tahun bermula tahun 2017 hingga 2021 bagi melupuskan hutang kos operasi melebihi jangkaan RM40,000.

"Ini bermakna, jika hutang bagi kos operasi tanam semula adalah berjumlah RM60,000, sebanyak RM20,000 akan dilupuskan menggunakan dana khas ini, menerusi penilaian berdasarkan permohonan yang dihantar dan diluluskan oleh jawatankuasa di peringkat Felda," jelasnya

Najib juga mengumumkan pembentukan geran khas tanam semula peneroka yang diluluskan Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) kepada Felda dengan kadar RM7,500 per hektar bagi program tanam semula Felda bermula tahun ini hingga 2020.

"Ini melibatkan keluasan 24,280.31 hektar dengan peruntukan RM166.6 juta untuk empat tahun tersebut," katanya.

Bagi menambahkan keceriaan dalam membina keluarga untuk peneroka Felda, Najib turut mengumumkan kelulusan membina lebih satu unit rumah di dalam satu tapak.

Sehingga kini, katanya, terdapat 4,711 peneroka yang mempunyai dua rumah di dalam satu tapak, manakala 70,506 tapak rumah lagi dipercayai sesuai untuk dilaksanakan mengikut kaedah itu.

"Bagi mengatasi masalah rumah generasi baharu Felda pula, Felda dan kerajaan negeri akan bekerjasama bagi meluluskan permohonan pembinaan rumah lebih daripada satu unit di atas satu tapak. Kos pembinaan rumah adalah melalui pembiayaan sendiri," katanya.

Perdana Menteri menegaskan insentif-insentif itu diberikan kepada 94,956 peneroka yang layak penuh iaitu kebun mereka diurus oleh Felda atau menghantar hasil kepada Felda.

Menurutnya, mereka yang bermuafakat bersama Felda itu turut setia membayar hutang-hutang yang didahulukan oleh Felda seperti hutang tanam semula dan pembesaran rumah.

Tambahnya mereka juga turut mencarum di dalam beberapa tabung yang diuruskan Felda seperti tabung tanam semula dan tabung keceriaan kampung.

Dalam pada itu, Najib berkata atas nawaitu (niat) yang mulia dan semangat permuafakatan, buat pertama kalinya, beliau mengumumkan akan memberi peluang kepada 17,679 peneroka yang tidak menghantar hasil kepada Felda dan peneroka yang menyaman Felda, untuk kembali bermuafakat bersama Felda.

"Namun begitu, waktu untuk kembali bermuafakat bersama Felda ini adalah bagi tempoh enam bulan, bermula Ogos 2017 dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan Felda," katanya.

Najib berkata bagi peneroka yang kembali bermufakat nanti, mereka layak untuk menerima enam insentif tersebut bermula Februari 2018.



-Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2017 07:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih bn untuk gula2 ini.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2017 07:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Harap persatuan anak2 felda golongan professional  muda felda tlg la brief saluran 1 dan bdk2 felda yg digula2 kan tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2017 07:51 PM | Show all posts
dh nk dekat sgt kot PRU14 ni..
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2017 07:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Najib ni sanggup buat apa saja utk terus kekal berkuasa.
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2017 08:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Insentif hapa
Itu meme hak depa
Abis acik felda kena goreng
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-7-2017 08:54 PM | Show all posts
hujung bula 10 ni dah dekat sgt dah tu
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2017 10:23 PM From the mobile phone | Show all posts
kesian aku tengok si kepit ni....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-7-2017 10:44 PM From the mobile phone | Show all posts
PRU mesti sblm Februari laaa ni....
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2017 11:49 PM | Show all posts
Tanpa masyarakat Felda tak mungkin Putrajaya milik kerajaan, sebab itu kita ingatkan setiap dari kita perlu mempertahankan kerajaan hari ini. Tanpa kerajaan siapa warga Felda hari ini,” katanya hari ini.




terbalik kot.... tanpa Felda, siapa lah kerajaan...  
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2017 11:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Pergh..nk korek duit mana lagi? Botak la pegawai2 di kementerian kewangan nk mencari duit nk membayar janji2 gula2 ni..kesian...pastu lagi kena bash dgn public kata pegawai gomen goyang kaki...good luck kpd semua pegawai kementerian kewangan. Kalau seluar dlm pon boleh jual sila jual lah nk tampung bebanan kewangan sedia ada
Reply

Use magic Report

Post time 23-7-2017 11:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Sampai bila BN nak hidup bagi gula-gula gini.

Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2017 12:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Tunggu sikit lg nk bg gula2.. Lepas tu announce pilihanraya.  Kerajaan sudah bersedia.. Tp jab arrr... Lum habis bg gula2. Naik pilihanraya... Gst up sbb duit dh abis.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2017 01:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by RatuDunia94 at 24-7-2017 01:53 AM

Teringat 5 tahun lepas felda dpt 15k cash.. Masa tu nk pilihan raya.. Kali ni dpt 5k je. Dh sengkek ke?  
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2017 06:43 AM From the mobile phone | Show all posts
RatuDunia94 replied at 24-7-2017 01:52 AM
Teringat 5 tahun lepas felda dpt 15k cash.. Masa tu nk pilihan raya.. Kali ni dpt 5k je. Dh sengkek  ...

Dulu 15k x dak GST sekarang 5K nak beli sardin pun GST   

Dulu cakap hutang saham FGV nanti peneroka kaya, sekarang masih sengkek bayar hutang rupanya   
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2017 08:52 AM From the mobile phone | Show all posts
mjla replied at 23-7-2017 08:32 PM
Insentif hapa
Itu meme hak depa
Abis acik felda kena goreng

Insentif ni bukan meme hak depa. Kerajaan (melalui Felda) boleh jer kalau tak nak kasi.

Dan insentif ni bukan semua Peneroka dapat. Yang memilih tidak muafakat dengan Felda tak dapat. Tidak muafakat maksudnya kebun dia buat sendiri, baja beli sendiri, upah potong dan angkut bayar sendiri dan hasil jual sendiri dgn harga yg lebih rendah kpd taukey luar, taukey luar kemudian jual balik kpd Felda dengan harga lebih tinggi. (Anggaran beza dalam rm50 - rm100 satu tan).

Tapi Najib bagi peluang balik kat depa ni muafakat dengan Felda dalam tempoh 6 bulan ni. Tapi banyak dah ladang depa ni jadi semak samun tak berbaja tak terurus. Umpamanya Najib kasi beban pada pengirusan Felda nak clearkan ladang depa ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-7-2017 09:04 AM From the mobile phone | Show all posts
RatuDunia94 replied at 24-7-2017 01:52 AM
Teringat 5 tahun lepas felda dpt 15k cash.. Masa tu nk pilihan raya.. Kali ni dpt 5k je. Dh sengkek  ...

Itu dan ini dua kes yg jauh beza tu.

Yang itu insentif untuk penyenaraian FGV ke Bursa in which I have never agreed with.

Yang ni insentif utk next PRU.

And of course, insentif ni subject to keupayaan cash yg ada atau dikira-kirakan ada oleh kerajaan. Banyak cash banyak la insentifnya. Lain tahun lain kiraannya. Macam industry Oil n Gas. Dulu bonusnya 24 bulan. Sekarang ni kalau dapat 2.4 bulan dah banyak sangat dah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2017 09:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Ura-ura bulan 11 ni PRU. Takpelah, semoga orang FELDA semua akan mengundi BN ye
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2017 09:27 AM | Show all posts
Hahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 24-7-2017 09:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Kitar hidup peneroka FELDA hasil didikan UMNGOK, sekali gula gula 5 tahun seksa, tiap pilihanraya je kaya sikit, lepas tu bayar hutang keliling pinggang.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.098931 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list