Jelajah Trak #BinaSemulaNegara yang diperkenalkan oleh ‘Raja Fitnah’ Rafizi Ramli ke seluruh negara ternyata membawa perkara yang buruk-buruk sahaja. Pada 22 Julai lalu, seorang Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia atau PPBM bagi bahagian Kluang, Johor telah dilaporkan meninggal dunia di atas trak berkenaan. Insiden tragis berkenaan telah diberitahu sendiri oleh Rafizi melalui laman twitternya pada jam 9.47 malam hari yang sama. Trak #BinaSemulaNegara adalah sebuah usaha oleh Rafizi menjelajah ke seluruh negara untuk menyebarluaskan lagi usaha fitnahnya terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak. Sudahlah di setiap perhentian trak itu tidak mendapat sambutan yang menggalakkan dari rakyat, sekarang trak yang sama juga telah menyabut nyawa seorang pemimpin pembangkang. Inilah kerja pemimpin pembangkang, siang malam berusaha ke seluruh negara untuk mengutuk dan memfitnah Najib dengan harapan Perdana Menteri berkenaan berjaya digulingkan. Impian untuk menjatuhkan Najib akhirnya tidak kesampaian, sebaliknya pemimpin mereka sendiri telah rebah jatuh lalu menghadap Ilahi. Mungkin banyak pengajaran yang boleh kita ambil dari peristiwa ini. –Tv14
|