mane de sis abang ex wife y derma...abg ipar dia somi kakak dia y derma ni petikan utusan malaysia 2005...
ARKIB : 27/01/2005
Imuda, Ismail - Susah senang kami harungi bersama
Oleh RAHANA MD
'Apa yang lebih mengharukan apabila saya menyuarakan pendapat doktor, penyakit boleh diubati apabila memperoleh buah pinggang yang baru, adik-beradik yang lain setuju menderma,'' katanya.
Abang iparnya Ismail Kamarruddin 49, suami kepada kakaknya Salmah Muda antara yang paling awal menawarkan diri. ``Bila saya tanya mana nak cari penderma buah pinggang, abang Mail terus bagi tahu, aku boleh bagi. Bunyinya macam melawak sebab kami berdua memang jenis yang kelakar dan suka mengusik. Saya tanya lagi dan dia jawab serius. Boleh, jom pergi periksa doktor,'' katanya. Buat seketika Imuda terkedu dengan jawapan Ismail dan tidak ada kata-kata yang mampu dilafazkan tanda ucapan terima kasih kasih dan hanya renungan ikhlas dari sudut hati paling dalam. Namun adik-beradik lain juga tidak mendiamkan diri, masing-masing menawarkan diri malangnya, semuanya tidak layak kerana berlainan jenis darah dan berpenyakit. Niat ikhlas dan pengorbanan Ismail direstui apabila jenis darahnya sama dengan Imuda dan kata sepakat diambil untuk mempercepatkan proses pembedahan. Ismail yang diajukan soalan, atas dasar apa mahu menderma sebelah buah pinggangnya kepada Imuda, beliau tersenyum penuh makna sebelum memberi jawapan. ``Kami rapat sejak Imuda masih bujang dan tinggal serumah. Susah senang kami harungi bersama dan apabila dia bertanya, saya berkewajipan membantu kerana hanya itu yang mampu saya berikan.
Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my
|