Rakyat Malaysia, Diana Chan Meraih Gelaran MasterChef Australia 2017
sumber : Sydney Morning Herald
sumber : www.news.com.au
Hanya dengan beza satu mata sahaja, rakyat Malaysia, Diana Chan berjaya mengalahkan saingan terdekat dalam perlawanan akhir MasterChef Australia 2017 semalam sekaligus meraih gelaran yang berprestij itu.
Memetik laporan Sydney Morning Herald, setelah berjaya menundukkan pesaingnya iaitu Ben Ungerman, Diana yang kini memegang jawatan sebagai akauntan di Melbourne berjaya membawa pulang hadiah wang tunai AUD$250,000 (RM847,000).
Dilaporkan wanita berusia 29 tahun itu membesar di Johor Baru sebelum berpindah ke Kuala Lumpur dan ke Australia ketika berusia 19 tahun.
Chan adalah rakyat Malaysia kedua yang memenangi MasterChef Australia, selepas Adam Liaw, yang dilahirkan di Pulau Pinang, menjadi juara musim kedua.- CARI
kuali astro akak selepas digegar dek monyet yang dtg dari kebun sebelah rumah ... dah tak dpt channel 709. stress akak jadinya sbb tak dpt tengok rancangan2 faveret akak. nak suruh astro tolong betulkan mesti dia caj kan. akak ni cipsket.
Masterchef O.Z nampak lebih kreatif & food nampak more presentable & colourful and mix sebab campuran dari banyak benua + contestants yg support each other, judges pun bagi komen best
Masterchef US, makanan nampak senada & xde beza dgn makanan sedia ada, lepas tu contestant suka cari gaduh (menang pun sebab contender kalah utk benda merapu)
Masterchef lain bosan, dari production, judges,contestant