CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 4516|Reply: 76

[Dunia] Penawar HIV Hampir Ditemui

[Copy link]
Post time 25-7-2017 09:50 AM | Show all posts |Read mode
Edited by spiderman80 at 25-7-2017 10:37 PM

Penawar HIV hampir ditemui

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2017&dt=0725&pub=Kosmo&sec=Dunia&pg=du_01.htm

AGENSI


AP - GAMBAR yang dirakam menggunakan mikroskop elektron menunjukkan virus HIV berada di permukaan sebuah sel.

WASHINGTON – Gergasi penjagaan kesihatan, Johnson & Johnson semakin hampir untuk menghasilkan vaksin HIV dengan firma berkenaan menyiarkan keputusan positif ujian klinikal me-ngenainya pada minggu ini.

Pakar-pakar kesihatan percaya bahawa firma Amerika Syarikat (AS) yang lebih dikenali kerana jenama syampu dan losyen bayi itu berupaya menghasilkan vaksin pa-ling berpotensi bagi me-rawat jangkitan HIV yang menjejaskan 38 juta orang di seluruh dunia.

Johnson & Johnson dijadual menyiarkan data ujian klinikal pertama vaksin HIV itu pada satu persidangan sindrom kurang daya tahan pe-nyakit (AIDS) di Paris semalam.

Fasa kedua ujian klinikal itu akan menentukan sama ada rawatan tersebut selamat kepada manusia dan sekiranya berjaya, ia akan memberi laluan kepada ujian fasa ketiga melibatkan beribu-ribu penduduk di kawasan be-risiko tinggi jangkitan HIV di Afrika.

Vaksin itu akan dilancarkan pada dekad akan datang sekiranya melepasi kesemua fasa ujian tersebut.

Percubaan kepada manusia itu menyusul selepas kejayaan ujian praklinikal ke atas beberapa ekor monyet yang dijangkiti SIV, virus hampir sama dengan HIV tetapi berupaya me-rebak dengan lebih cepat.

Vaksin yang diuji itu memberi perlindungan hampir lengkap kepada kumpulan monyet tersebut.

HIV merupakan virus yang memusnahkan sistem imunisasi manusia, mengakibatkan penghidapnya diserang penyakit AIDS.

Pada satu ketika dahulu, pesakit yang disahkan dijangkiti HIV diibaratkan seperti menerima hukuman mati, namun kemajuan di bidang sains membolehkan mereka mengambil ubat untuk mengekang virus itu dan menjalani kehidupan se-perti orang lain.

Kadar jangkitan HIV bagaimanapun terus meningkat, manakala pakar-pakar kesihatan percaya vaksin adalah satu-satunya cara berkesan untuk me-ngatasi wabak tersebut.

“Jika vaksin ini berhasil, ia benar-benar akan memberikan kelebihan yang besar.

“Ini merupakan potensi kemajuan yang sangat mengujakan. “Penemuan ini juga menarik kerana melibatkan syarikat besar seperti Johnson & Johnson,” kata Mitchell Warren selaku Pengarah Eksekutif AVAC, sebuah badan kebajikan HIV yang berpangkalan di New York.

Sebelum ini, berpuluh-puluh vaksin HIV telah menjalani ujian selama bertahun-tahun tetapi hanya satu vaksin, RV144 telah melepasi ujian klinikal fasa ketiga.

Vaksin RV144 menunjukkan manfaat sederhana terhadap kuman HIV di Thailand dan diuji kepada 16,400 lelaki dan wanita bukan penghidap HIV lapan tahun lalu.

Percubaan versi RV144 yang telah diubah suai turut dimulakan di Afrika Selatan tahun lalu.

Kata Warren, vaksin ciptaan Johnson & Johnson itu berbeza daripada usaha lalu termasuk RV144 kerana potensinya untuk merawat semua jenis kuman HIV sekali gus menjadi vaksin HIV global. – Agensi

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2017 09:55 AM | Show all posts
baca berita ni ..
teringat kes sorang makcik dulu tu .. tersalah terima darah tercemar ke camne .. terus dapat aids
kalau lah .. ada vaksin ni masa tu ..



Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2017 10:16 AM | Show all posts
itu so called usahawan melayu burjaya mcm dr vida ayam mee.... dato aliff syukri show p potong ayam sendiri.... korg takde ke buat r&d camni...... produk mcm pamoga tu bg kat mak ayah... harus leh rosak buah pinggang.... kandungan ntah apa2.....

iols tak dengki pun depa ni kaya dgn gaya low class.... inspired by pakar motivasi mickey mouse....
tp gaya korg buat iols nak muntah ijo......
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2017 10:30 AM | Show all posts
dinoloveshasha replied at 25-7-2017 10:16 AM
itu so called usahawan melayu burjaya mcm dr vida ayam mee.... dato aliff syukri show p potong ayam  ...

makan segala ubatan barat pon bleh rosak buah pinggang. pantang ada jenama tempatan je segalanya nak kondem
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2017 10:32 AM | Show all posts
bangcak replied at 25-7-2017 10:30 AM
makan segala ubatan barat pon bleh rosak buah pinggang. pantang ada jenama tempatan je segalanya n ...

ubatan seme ade ujian klinikal... n semua ade side effect... painkiller seme tuh.....
bkn ubat... supplemen kilang blakang rumah... jual ratus2 sebotol..... sbb byk kes dok hdp jus segala.. tinggal ubat doc.... ujung2 rosak buat pinggang....
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2017 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 25-7-2017 09:55 AM
baca berita ni ..
teringat kes sorang makcik dulu tu .. tersalah terima darah tercemar ke camne ..  ...

Byk jgk kes mcm ni kan. Ada yg hospital kena saman tp senyap mcm tu je
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2017 10:44 AM | Show all posts
dinoloveshasha replied at 25-7-2017 10:32 AM
ubatan seme ade ujian klinikal... n semua ade side effect... painkiller seme tuh.....
bkn ubat... ...

makan supplimen yg konon ada ujian klinikal barat pon sama je.
tapi sebab "jenama tempatan" tross kene cop tak bagus.

mentaliti pprt sungguh.

Jack Ma said:
"When doing sales, the first person who will trust you will be strangers,
friends will be shielding against you, fair weather friends will distance from you.
Family will look down upon you"

"The day you finally succeed, paying the bill for every get-together dinner,

entertainment, you will realized; Everyone else is present except strangers"
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2017 10:46 AM | Show all posts
moonbug replied at 25-7-2017 10:36 AM
Byk jgk kes mcm ni kan. Ada yg hospital kena saman tp senyap mcm tu je
kan ..
kadang kesian pada yang takde buat pa2 tetiba kena sakit ni
harap cepat la vaksin ni berjaya d buat


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2017 10:46 AM | Show all posts
bangcak replied at 25-7-2017 10:44 AM
makan supplimen yg konon ada ujian klinikal barat pon sama je.
tapi sebab "jenama tempatan" tros ...

lantak ko la... ckp ngan org bodoh mmg tarak guna
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2017 10:54 AM From the mobile phone | Show all posts
bangcak replied at 25-7-2017 10:30 AM
makan segala ubatan barat pon bleh rosak buah pinggang. pantang ada jenama tempatan je segalanya n ...

smua ubat ada side effect. but mcm mne nk minimizekan side effect tu. itu je, sbb tu ada clinical trial plus biasalah big pharmaco mesti nk untung kaw2 b4 release good drugs.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2017 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
bangcak replied at 25-7-2017 10:44 AM
makan supplimen yg konon ada ujian klinikal barat pon sama je.
tapi sebab "jenama tempatan" tros ...

contoh produk pemutih muka yg cream yg top bsuk2 clinical trial dorg dpt result sorg je kulit dpt jeragat hasil guna produk tu. yg beribu2 lain smua elok. dibandingkan pamoga yg xde clinical trial mmg boleh putih tp bahan pon xtau apa dorg letak. plus kita mkn serbuk sbb aku tgok smua produk pemutih dkt malaysia serbuk. bila serbuk cmpur msok dlm sistem tubuh bdan buah pinggang nk proses, hepar pon kena wat kjer. sdgkan ubat demam paracetamol pon xboleh 8 biji dlm satu hari. klo mkn lebih 8 biji bertoksik la dlm bdn ko hepar pon rosak
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2017 11:07 AM | Show all posts
caprut replied at 25-7-2017 11:01 AM
contoh produk pemutih muka yg cream yg top bsuk2 clinical trial dorg dpt result sorg je kulit dpt  ...

tu la maksud aku... ujung2 paste statemen dengki ngan kejayaan org lain....
p jumpa doc... doc bg ubat dah bgtau dos yg dibenarkan..... bkn main taram.... yg pemutih segala tu bleh rosak kulit... sensitif jdnya.....
dah produk takde research tak sample pengguna nih.... dijual 4 kali ganda harga dr kos keseluruhan.... dok mengkayakan org lain....

sbb baru2 ni call mak... mak cite kwn mak sedara dok amal jus nusantara.... die amal menda tu je.... ade sakit kencing manis segala tp tak ambik ubat doc.... skrg buah pinggang dah thp 5.... dah rosak..... dok amal jus ajaib sgt.....  
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2017 11:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Boleh lah all out membirah
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2017 12:11 PM | Show all posts
caprut replied at 25-7-2017 10:54 AM
smua ubat ada side effect. but mcm mne nk minimizekan side effect tu. itu je, sbb tu ada clinical  ...

taw takpe.
sbb nak minimizekan side efek la kene buat klinikal trial.
proses tu mmg bajet yg besar sbb tu produk jadik mahal.

tapi bila kat botol ada alamat kilang tempatan, geng
mentaliti pprt tross klem produk kilang belakang rumah,
jual ratus2 sebotol.

padahal jeles tgk tokey menyanyi ayam-mee kat yutiup
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2017 12:17 PM From the mobile phone | Show all posts
Thanks kepada lembu  tentang bNAbs..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2017 12:22 PM | Show all posts

baguslah ... boleh lepas bebas mengkunyit sesuka dan sepuas hati tanpa takut HIV (dan TUHAN).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2017 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
caprut replied at 25-7-2017 03:01 AM
contoh produk pemutih muka yg cream yg top bsuk2 clinical trial dorg dpt result sorg je kulit dpt  ...

Asalnya produk tempatan ni baik. Tapi bila campur gula pewarna. Manisan etc etc yang baik tadi dah hilang.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2017 12:31 PM From the mobile phone | Show all posts
dinoloveshasha replied at 25-7-2017 03:07 AM
tu la maksud aku... ujung2 paste statemen dengki ngan kejayaan org lain....
p jumpa doc...  ...

Jus nusantara tu ingat owner dia minum ke? Serupa kita gi. Showrooom kereta proton. Adakah salesman atau bos cawangan tu menggubnakan proton?  

Aku percaya scotemoltion je.
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2017 12:35 PM | Show all posts
gigahertz replied at 25-7-2017 12:31 PM
Jus nusantara tu ingat owner dia minum ke? Serupa kita gi. Showrooom kereta proton. Adakah salesma ...

yg dulu permata hijrah.... pastu senyap.... hbis rosak mata org....
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2017 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
bangcak replied at 25-7-2017 12:11 PM
taw takpe.
sbb nak minimizekan side efek la kene buat klinikal trial.
proses tu mmg bajet yg b ...

tp aku rasa mmg nipu la produk malaysia . dri mne tah background tbe2 dpt kluar produk.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 04:05 AM GMT+8 , Processed in 0.098114 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list