View: 1553|Reply: 40
|
[Tempatan]
Selangor paling tinggi kes buang bayi, diikuti Sabah, JDT
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR: Seramai 697 bayi dibuang di Malaysia dalam tempoh 6 tahun sehingga Disember 2016, kata Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Siti Rohani Abdul Karim dalam jawapan di Dewan Rakyat hari ini.
Menurutnya, terdapat 91 kes pada 2010, diikuti 98 (2011), 89 (2012), 90 (2013), 103 (2014), 111 (2015) dan 115 pada tahun lalu.
Pecahan mengikut negeri pula menunjukkan Selangor menduduki tangga teratas dengan 157 kes dalam tempoh tersebut.
“Ini diikuti Sabah dan Johor, masing-masing dengan 84 kes, Kuala Lumpur (65) dan Sarawak (49),” kata Siti Rohani.
Beliau berkata terdapat 8 hospital dan NGO dikenali sebagai Orphan Care menyediakan kemudahan “baby hatch” untuk menyelamatkan bayi yang dibuang.
Siti Rohani membentangkan angka tersebut bagi menjawab soalan dari Teo Nie Ching (DAP-Kulai) yang mengutarakan masalah kewarganegaraan bayi yang dibuang.
“Bagi bayi yang ditinggalkan di ‘baby hatch’, kami cuba mendaftarkan kelahirannya dan memohon kewarganegaraan. Bayi ini tidak mempunyai dokumen tetapi kami cuba mengesan ibu bapa mereka.
“Kami juga membawa ini ke mahkamah tetapi biasanya tidak ada yang menuntut bayi tersebut.
“Bayi yang dibuang yang diambil oleh keluarga angkat juga melalui proses yang sama. Kewarganegaraan boleh diberi di bawah Perkara 15(A) Perlembagaan bagi kewarganegaraan di bawah keadaan tertentu,” kata Siti Rohani.
Beliau juga meminta agar bayi luar nikah didaftarkan dengan sewajarnya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Teda sangka Sulanggor jadi champion!! Uncle mati2 ingatkan Kelantan.. Rupanya Sulanggor!! |
|
|
|
|
|
|
|
boleh pakai ke statistik ni...kelante mana>?
|
|
|
|
|
|
|
|
positif je ummah2 klate smua kena buang keluarga sbb bunting, langsung menetap di selangor dan menjadi angka statistik |
|
|
|
|
|
|
|
Puak suchee1 : kapir lakhanat 0 |
|
|
|
|
|
|
|
Kita kene check bape ramai umat negeri lain bertapakndi selangor ni....
Opis aku sendiri leh dikira dgn jadi umat sejati selangor.. yg lain semua org luar |
|
|
|
|
|
|
|
yang i dengar nurse2 dok sembang mostly yang buang baby ni warga asing... so tak mustahil la selangor menjuarai carta.. |
|
|
|
|
|
|
|
kalau keluasan dan kepadatan penduduk tiap negeri sama, then boleh la guna statistik ikut negeri..
|
|
|
|
|
|
|
|
pelik nya statement ni
bukan baby hatch tu memang untuk yang takmo di ketahui bila tak nak baby tu? buang baby cara selamat dari buang merata-rata.
ni siap cuba kesan pula
patut la orang buang baby tak berdosa tu merata-rata
Bagi bayi yang ditinggalkan di ‘baby hatch’, kami cuba mendaftarkan kelahirannya dan memohon kewarganegaraan. Bayi ini tidak mempunyai dokumen tetapi kami cuba mengesan ibu bapa mereka.
“Kami juga membawa ini ke mahkamah tetapi biasanya tidak ada yang menuntut bayi tersebut.
|
|
|
|
|
|
|
|
Masalahnya serata ceruk negeri satu Malaya ni migrate ke Selangor kekdahnya |
|
|
|
|
|
|
|
dia nak kesan for record purposes kot? Utk tau sejarah penyakit, kewarganegaraan sume.Itu yg sy fahamla.
Tak sure sgt camne baby hatch berfungsi.
|
|
|
|
|
|
|
|
ha`ah .. sama lah yang kita dua faham
tapi ..kalau gtu ..
mesti yang niat nak buang kat baby hatch terus jadi takmo
pernah baca dulu .. kat baby hatch ni .. d galakan sesiapa nak buang baby .. letak ja kat situ dari buang merata-rata. siap ada tulis .. kalau malu boleh pakai helmet apa semua tu. Tak perlu risau kata nya .. tak ada sesiapa akan menunggu nak ambil tau .. asalkan baby tu selamat. Baby tu keutamaan.
|
|
|
|
|
|
|
|
sian selangor.. mek rasa terghina selangor jadi tepat pertama... mamamamaam
klau yg mai pindah dr pahang melaka, nismilan etc etc!! y selangor!! y!!! |
|
|
|
|
|
|
|
kena letak dalam survery ni negeri kelahiran asal penyumbang buang baby ni... baru la sedap sikit nak menghencap... kalo setakat kira berapa banyak baby dijumpai kat setiap negeri, tak tepat tu... boleh je orang dari melaka ke, perak ke, nismilan ke mai ke selangor n buang kat selangor... pastu kat sabah tu, cuba kira bape yang asalnya sabahan n berapa pulak non-sabahan... ntah2 yang bersusun tu orang suluk pinoy sana.... |
|
|
|
|
|
|
|
setuju... tu la tujuan baby hatch... sebab tanak dibuang... kalo gigih jugak nak kesan, memang takde la diorang nak letak baby kat situ dah... kompem akan letak kat tong sampah, sungai, belakang lorong, depan masjid...
|
|
|
|
|
|
|
|
kan sis ..
banyak dah d bincangkan dalam thread baby hatch dedulu
kalau betul la sampai nak kesan cari yang membuang tu
makin menjadi-jadi lah nampak nya baby mati kena campak merata-rata
|
|
|
|
|
|
|
|
TigerFeith replied at 25-7-2017 03:41 PM
Teda sangka Sulanggor jadi champion!! Uncle mati2 ingatkan Kelantan.. Rupanya Sulanggor!!
Akak ingat ni semua berpunca dari program Lumba lari campor jantan betina jua salah satu puncanya
|
|
|
|
|
|
|
|
Statistik ni cuma jumlah kes buang bayi bukan ckp rakyat negeri mana paling byk buang bayi. Boleh jd rakyat Kelantan ke, Penang ke merantau kat Selangor buang bayi kat Selangor. Makes sense la byk kes kat Selangor, ikut kepadatan penduduk and ramai warga asing jugak |
|
|
|
|
|
|
| |
|