CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5493|Reply: 70

[Tempatan] Sebelum dapat kat Rosmah baik korang gi check duit korang di Jabatan Akauntan...

[Copy link]
Post time 25-7-2017 03:46 PM | Show all posts |Read mode




RATUSAN pemegang akaun bank beratur di Menara Maybank di Kuala Lumpur bagi membuat semakan wang di Bahagian Pendaftar Wang Tak Dituntut (WTD) Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM) susulan isu WTD tular di media sosial sebelum ini.
Tinjauan Harian Metro sejak 9 pagi hari ini mendapati orang beratur panjang bagi mendaftar nama sebelum diberi nombor giliran untuk membuat semakan di Bahagian Pendaftar Wang Tak Dituntut, Tingkat 42.
Kakitangan JANM yang bertugas di kaunter berkata, orang ramai mula beratur sejak 8.30 pagi dan mereka terpaksa membahagikan barisan kepada dua bahagian iaitu warga emas dan bukan warga emas.
Keadaan bagaimanapun terkawal dan tidak menimbulkan suasana tidak diingini.
Wartawan yang turut beratur sejak 9.50 pagi terpaksa mengambil masa kira-kira 40 minit untuk mendaftar nama di ruang kaunter kakitangan JANM sebelum sekali lagi beratur untuk naik ke tingkat 42.
"Encik perlu tunggu sebelum dibenarkan ke tingkat 42 kerana kita perlu mengurangkan kesesakan di Bahagian WTD.
"Setiap hari, kami hanya hadkan 2,000 pemegang akaun saja untuk membuat semakan," katanya.
Sehingga 11 pagi ini, orang ramai masih beratur untuk membuat semakan.
Seorang pemilik akaun yang enggan dikenali berkata, dia datang membuat semakan selepas terkejut melihat rakannya yang hanya mempunyai baki belasan ringgit di dalam akaun bank tidak aktif kira-kira 10 tahun lalu mempunyai sejumlah RM700 di dalam senarai WTD.
"Sebab itu hari ini saya sanggup beratur panjang sejak 10 pagi kerana kalau dapat RM300 ke RM400 pun sudah berbaloi," katanya.
Semakan WTD hanya boleh dibuat sendiri oleh pemilik akaun dengan hanya membawa kad pengenalan dan WTD akan dipindahkan terus ke mana-mana akaun mereka yang aktif.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2017 03:53 PM | Show all posts
Wang tak dituntut bankrapsi punya lagi banyak woooo.. tapi itu bankrap unya worang suma malu mau pigi semak juga ka??
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2017 03:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Huntung la...ada ore 'derma'@ 'masukkn wang ke akaun peribadi' anda...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2017 03:59 PM | Show all posts
Tak boleh buat online checking ke?
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2017 04:05 PM | Show all posts
aha kan.. buat la online checking...
kang pegi2 tunggu lama sekali yilek....  hampa...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2017 04:06 PM | Show all posts
Tanda2 poket rakyat kekeringan duit. Sebelum ni, buat dek je, kan?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-7-2017 04:06 PM From the mobile phone | Show all posts
tungkai replied at 25-7-2017 03:59 PM
Tak boleh buat online checking ke?


Masa hal ni viral beberapa mggu lepas, gigih aku cari info tau.. kalau x silap ada terbaca dr 1 sumber yg semakan wang tidak dituntut ni bole mula semak secara online tahun depan.. Harap2nya betul lah info tu..kalau nak semak skrg, kena tahan ajelah beratur panjang..tu pun Kira naseb baik ajelah kalau masih dpt no utk semak hari yg sama..
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2017 04:08 PM | Show all posts
insulin replied at 25-7-2017 08:06 AM
Tanda2 poket rakyat kekeringan duit. Sebelum ni, buat dek je, kan?

bukan sebab kekeringan duit.. sebab kurang kesedaran...aku pun tk tau pasal bende ni..patutnye gomen kene amik pendekatan dengan buat advertisement from time to time.. buat online checking... kau amik je la duit orang yang x tuntut tu sebagai admin fees (dalam 3-4% ke).
kalau aku ada duit tak dituntut..of course aku sanggup beratur..duit kot.. sapa nak bg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-7-2017 04:09 PM | Show all posts
kuzaime replied at 25-7-2017 08:06 AM
Masa hal ni viral beberapa mggu lepas, gigih aku cari info tau..  kalau x silap ada terbaca ...

Ni Testimonial dari seorang akak.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2017 04:09 PM | Show all posts
tungkai replied at 25-7-2017 03:59 PM
Tak boleh buat online checking ke?

buta it kot...
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2017 04:10 PM | Show all posts
Edited by monreyes at 25-7-2017 04:12 PM

tadi aku ada nampak sorang budak dah lembik hampir menangis...
agaknya mak bapak tgh Q kot...
mcm ular dipalu Q...nanti dah reda Q baru nak g Tkt 42 chk pulak...
kasi chance org luar dulu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-7-2017 04:11 PM | Show all posts
sayang_mulut replied at 25-7-2017 08:08 AM
bukan sebab kekeringan duit.. sebab kurang kesedaran...aku pun tk tau pasal bende ni..patutnye gom ...

aku takut lepas election duit dah takde dah
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2017 04:13 PM | Show all posts
siapa sangka dapat derma 2.6billion
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2017 04:19 PM From the mobile phone | Show all posts
gigahertz replied at 25-7-2017 04:11 PM
aku takut lepas election duit dah takde dah

aku setuju.. tetiba ghaib
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2017 04:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalo yg dok area selain kl dengan selangor, nak check kat mana?
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2017 04:24 PM | Show all posts
PongKang replied at 25-7-2017 04:19 PM
aku setuju.. tetiba ghaib

dik...
wtd ni asalnya dari Bank....
kalau u pergi Bank n Bank bagi confirmation duit u dah ke wtd with all the supporting
documents ....
wtd nak bawak lari ke mana duit tu...
tak baik fitnah kalau kita x cukup ilmu...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-7-2017 04:25 PM | Show all posts
puccafan replied at 25-7-2017 08:23 AM
Kalo yg dok area selain kl dengan selangor, nak check kat mana?

baca pos no 9
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2017 04:27 PM | Show all posts
kenapa la tak tutup je akaun tu?
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2017 04:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang berpusu pusu pegi cek lepas viral kt fb ritu. Aku pun dh ajak husbnd aku xnyempat2.tgk gini punye pjg beratur em lmbt lg la nak cek. Even husbnd aku confident je ckp xde punyeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 25-7-2017 04:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Woww ramainya beratur. Masing2 mmg yakin ada ke nak cuba nasib je Bestnya akak yg dpt 14k tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:37 AM GMT+8 , Processed in 0.100501 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list