View: 9470|Reply: 39
|
Tak Suka Hidup Bersesak? 8 Rumah Ini Sesuai Untuk Anda!
[Copy link]
|
|
Hari demi hari, ada sahaja perkara atau ciptaan gila-gila ditemukan dan disajikan kepada kita seperti infrastruktur unik atau struktur berasaskan teknologi. Semuanya buat kita berasa kagum.
Dalam dunia ini, terdapat banyak seni bina dan reka bentuk rumah hebat-hebat yang sering buat orang ramai 'ternganga'. Begitu juga dengan 8 rumah ini yang sangat unik seni bina serta lokasinya, namun 'tersembunyi' dari pandangan ramai.
8. 'Kubu' di Texas, AS
Mana rumahnya!? Mesti anda tertanya-tanya di mana rumahnya kerana yang anda lihat hanyalah rumput kehijauan sahaja, bukan?
Dibina 2 meter di bawah tanah, dari atas rumah ini kelihatan seperti sebuah kubu biasa dan ringkas, namun ia dilengkapi semua perlengkapan untuk kehidupan yang selesa. Malah, di belakang rumah ini turut disediakan sebuah kolam renang.
7. Banglo di celah-celah pokok pain di British Columbia, Kanada
Suatu pemandangan yang tenang dan santai dan mungkin tak pernah terlintas di fikiran anda terdapat sebuah rumah tersembunyi dalam gambar ini.
Seni bina unik dan lumut hijau di atas bumbung membantu rumah ini bersatu dengan landskap yang indah.
6. Rumah di atas pusat beli-belah di Hunan, China
Inilah rumah impian bagi mereka yang gemar berbelanja dan membeli-belah!
Rumah-rumah di atas bangunan berkenaan kelihatan sangat hebat. Nampak rare saja kan! Inilah penyelesaian kepada kekangan ruang untuk mendirikan rumah di China.
5. Rumah agam di Ngarai di Utah, AS
Rumah ini dibina pada tahun 1986 oleh pasangan suami isteri yang mengimpikan untuk tinggal dalam suasana tenang tanpa gangguan.
4. Villa Hobbit di Vals, Switzerland
Sebuah lagi rumah dibina di bawah tanah. Ha! Bukan saja-saja tau, sebaliknya ada sebab mengapa ia dibina di bawah tanah.
Undang-undang tempatan melarang sebarang pembinaan bangunan tinggi kerana dikhuatiri ia akan merosakkan landskap. Sebab itulah arkiteknya memutuskan untuk membina rumah 'gua' ini!
3. Rumah cenuram di Coquimbo, Chile
Rumah yang kelihatan seperti kapal selam ini memang cool dengan sebuah tingkat bawah tanah menjadikan ia sebuah rumah dua tingkat.
2. Kabin tepi tasik di Hordaland, Norway
Arkitek bersusah-payah membina rumah ini dengan mengintegrasikannya dengan landskap yang sangat memukau pemandangan kita.
1. Hotel cermin di Lapland, Sweden
Samaran hebat! Bangunan ini dibina dengan dinding cermin reflektif yang memantulkan persekitarannya.
Foto: BrightSide
Bagi anda yang sukakan ketenangan jauh dari orang ramai tu sesuai sangat lah dengan rumah-rumah di atas ni kan. Nak suasana tenang dan aman damai pun janganlah sampai jadi kera sumbang okey! - CARI |
|
|
|
|
|
|
|
cantik sgt
kreatif
btw dorang duk bina2 tu atas tanah sape je |
|
|
|
|
|
|
|
Yg last sekali tu mcm rumah Twillight... |
|
|
|
|
|
|
|
hmm ..it would be sooooooooo lovely to be here , if only....right nowwwwwww
|
|
|
|
|
|
|
|
yg kat norway and alpland tu best , sure boleh nampak aurora |
|
|
|
|
|
|
|
Cantik!!!specially umah kaca&umah dcelah pokok pain... |
|
|
|
|
|
|
|
My wish list pegi swiss & norway... |
|
|
|
|
|
|
|
Allahu....damai nya rumah kt british columbia canada tu
besssss nyaaa |
|
|
|
|
|
|
|
rumah yg pantulan cermin tu.. wow ok! |
|
|
|
|
|
|
|
bestnye kalau mampu............................... |
|
|
|
|
|
|
|
bestnye kalau mampu............................... |
|
|
|
|
|
|
|
serius tenang klau stay sana... |
|
|
|
|
|
|
|
Setiap satunya nampak unik. Tapi dah lokasinya dekat gunung bukit tepi pantai atas bangunan memang le tak rasa sesak sebab tak ada banyak perumahaan disebelahnya |
|
|
|
|
|
|
|
yang last tu memang best |
|
|
|
|
|
|
|
Suka sgt ngan yg no 7.. |
|
|
|
|
|
|
|
Oh my, bestnya! Rumah atas mall tak menahan |
|
|
|
|
|
|
|
Rumah no 6 tu rare sgt.. kalau malas masak je bole turun bwh mkn.. kalau brg rumah tetiba abis pun turun je bawah..
Tp awat buruk sgt.. takde org nak tggl atas mall tu ke |
|
|
|
|
|
|
|
munchkin replied at 25-7-2017 09:54 PM
Hotel cermin tu menarik
Kesian burung mesti asyik terlanggar |
|
|
|
|
|
|
| |
|