CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3939|Reply: 9

ANAK KELAHIRAN JOHOR MENANG MASTERCHEF AUSTRALIA 2017

[Copy link]
Post time 25-7-2017 11:40 PM | Show all posts |Read mode
Tahniah diucapkan kepada anak jati kelahiran Johor Bahru iaitu Diana kerana telah berjaya menjadi juara Masterchef Australia tahun 2017. Diana yang kini berusia 29 tahun ini telah memenangi pertandingan ini dengan kelebihan satu mata iaitu 90 berbanding 89 yang diterima oleh saingan beliau iaitu  mat saleh Australia bernama Ben Ungermann. Diana juga dipuji kerana sentiasa berada dalam keadaan tenang dan terkawal serta sentiasa fokus terhadap apa jua cabaran memasak yang dihadapinya ketika bertanding dalam rancangan ini. Dengan kejayaan ini, Diana sebenarnya telah berjaya mengulangi semula kejayaan Adam Liew iaitu anak Malaysia pertama yang memenangi pertandingan memasak ini pada tahun 2010 (musim kedua). Menurut portal berita Popsugar Australia, Diana berasa sangat bersyukur dan terharu kerana menerima ucapan tahniah dan sokongan yang tidak terhingga daripada keluarga, rakan - rakan dan media di Malaysia setelah mereka mengetahui kejayaan beliau di pertandingan ini. Maklumat lanjut boleh baca di sumber rujukan ini >> ANAK KELAHIRAN JOHOR BAHRU MENANG MASTERCHEF 2017.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2017 07:01 AM | Show all posts
sori lah nak Tanya sikit soalan cliché sket...Diana ni melayu islam ke tak? ada masak2 pork tak?...sori tak leh tengok channel astro tu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 08:24 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 08:27 AM | Show all posts

ANAK KELAHIRAN JOHOR BAHRU MENANG MASTERCHEF AUSTRALIA


Tahniah diucapkan kepada anak jati kelahiran Johor Bahru iaitu Diana kerana telah berjaya menjadi juara Masterchef Australia tahun 2017. Diana yang kini berusia 29 tahun ini telah memenangi pertandingan ini dengan kelebihan satu mata iaitu 90 berbanding 89 yang diterima oleh saingan beliau iaitu  mat saleh Australia bernama Ben Ungermann. Diana juga dipuji kerana sentiasa berada dalam keadaan tenang dan terkawal serta sentiasa fokus terhadap apa jua cabaran memasak yang dihadapinya ketika bertanding dalam rancangan ini. Dengan kejayaan ini, Diana sebenarnya telah berjaya mengulangi semula kejayaan Adam Liew iaitu anak Malaysia pertama yang memenangi pertandingan memasak ini pada tahun 2010 (musim kedua). Menurut portal berita Popsugar Australia, Diana berasa sangat bersyukur dan terharu kerana menerima ucapan tahniah dan sokongan yang tidak terhingga daripada keluarga, rakan - rakan dan media di Malaysia setelah mereka mengetahui kejayaan beliau di pertandingan ini.
Untuk makluman semua, Masterchef Australia adalah salah satu pertandingan memasak paling hebat di dunia kerana cabaran memasaknya meliputi hampir kesemua makanan etnik yang terdapat di pelbagai negara seluruh dunia. Rasanya hanya Masterchef Australia sahaja ada pesertanya yang memasak rendang ayam, nasi lemak, mee goreng mamak, som tum Thailand, masakan Arab, salad Vietnam, popia Vietnam, dan banyak lagi. Itulah keistimewaan Masterchef Australia yang turut fokus pada masakan etnik negara lain selain menu makanan klise daripada Itali, Perancis, Latin, China, India, Jepun dan sebagainya. Rancangan ini juga dipuji kerana turut membenarkan wanita berhijab untuk turut bertanding di dalam rancangan ini walaupun majoriti peserta yang lain adalah mat saleh Australia. Akhir kata tahniah Diana Chan. Anda Memang Terbaik.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 08:47 AM | Show all posts
espri6006 replied at 26-7-2017 07:01 AM
sori lah nak Tanya sikit soalan cliché sket...Diana ni melayu islam ke tak? ada masak2 pork tak?... ...

die cina rupanya..ades...dah agak dah...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 02:32 PM | Show all posts
AppropriateNick replied at 26-7-2017 08:47 AM
die cina rupanya..ades...dah agak dah...

tapi tak salah masterchef oz pernah ada muslim masuk kan?
masterchef us pun pernah ada minah salleh muslim..
pakai tudung lagi.. nama amanda ke apa..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2017 01:51 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 26-7-2017 02:32 PM
tapi tak salah masterchef oz pernah ada muslim masuk kan?
masterchef us pun pernah ada minah sall ...

aha..setuju...ada jek...cuma agak pelik melayu dpt menang..tu jek hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2017 09:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Alamak dh terbaca spoiler plk kt sini..masterchef oz tgh tyg kt astro lifetime kan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-8-2017 02:06 AM | Show all posts
Ex-convent jb...
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2020 01:30 PM | Show all posts
tahniah.. walopon iols terlewat beberapa tahun... hak hak
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 12:51 PM GMT+8 , Processed in 0.087729 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list