CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16745|Reply: 186

“Sebagai Pelakon, Tak Payahlah Nak Cipta Chemistry Sangat” - Nabila Huda

  [Copy link]
Post time 26-7-2017 09:33 AM | Show all posts |Read mode
Edited by annehuda at 26-7-2017 10:03 AM

[size=0.8125]Oleh Rotikaya Staff
20 Jul 2017, 03:07PM

Pelbagai cara untuk seseorang pelakon itu mencipta keserasian dalam sesuatu drama mahupun filem. Ada yang perlu berjumpa dan keluar lepak bersama pasangan untuk mencari keserasian supaya apabila tampil beraksi di set lakonan akan mewujudkan perasaan yang seolah-olahnya mereka itu sedang bercinta.

Namun, pelakon yang telah memenangi anugerah pelakon wanita terbaik (FFM28) menerusi filem Munafik, Nabila Huda mempunyai pandangannya yang tersendiri dalam mewujudkan keserasian dalam sesebuah drama yang dilakonkannya itu.
“Pada saya untuk mencipta sesuatu chemistry itu, bila dapat skrip tu kita kena study dan fahamkan skrip itu. Chemistry akan muncul bila direktor cakap action itu automatically akan ada. Sebenarnya bila kita faham watak itu, kita dah boleh sampaikan secara senang”
“Sebabnya kita ini seorang pelakon, maknanya kita pergi sebagai pelakon apa-apa watak kita boleh bawa. Bukan pergi set bawa badan, pose, selfie, dan berjuta-juta like,” katanya yang ditemui di Majlis Sidang Media Drama Dendam Aurora.


Tambahnya lagi, kononnya seseorang pelakon yang ingin mewujudkan keserasian atau chemistry itu untuk mendapatkan perasaan yang dikatakan ‘real’ adalah mereka yang sebenarnya ingin bercinta.
“Sebagai seorang pelakon tak payahlah kita nak mencipta chemistry sangat. Bila saya fikir balik apa perlu kita mencipta chemistry ini? Untuk bersama berduaan untuk mendapatkan perasaan. Perlu ke untuk bersama ciptakan perasaan cinta itu. Itu bukan cipta perasaan cinta, itu memang kau orang nak bercinta,” katanya sambil berseloroh.
Nabila Huda turut berkata, cinta lokasi itu akan berlaku sekiranya seseorang pelakon itu mempunyai niat yang lain.
“Cinta lokasi ini semua tak ada, profesional sahaja. Bila kita nak cipta benda tu sebenarnya mereka ada niat lain. Bila pengarah kata action, baru kita boleh cakap ya, dia suami kita dan apabila cut, macam biasa baliklah perangai masing-masing, move-on,” katanya lagi. (rtky/h)


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2017 09:35 AM | Show all posts
go abil!
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 09:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Mn2 pelakon yg suka bcinlok n ber#tag n ber 'bts' tu bagai tu in ur face sgt hokey..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 09:52 AM | Show all posts
yeah.. my fav actress currently... suka nabila sejak teledrama blok  444 (sbb bad ss look) and cite cinta airmata untuk ain fall in love terus...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 09:52 AM | Show all posts
sokong abil  
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 09:53 AM | Show all posts
tapi orang mcm abil and kinah memang dah ting tong mmg senang la nak menjiwai watak in a blink gitu...so tak fair la nak kecam cara org lain menjiwai watak...tak gitu...

Disclaimer: bukan peminat sesapa pun!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2017 09:56 AM | Show all posts
kimia or chemistry ni bukan setakat pelakon berlainan jantina jeeee.....setiap watak kena ada chemistry....contoh mcm kawan baik....mesti kena nmpk chemistry kalau nak jadi kwn baik....mcm sama jugak watak adik beradik....mesti kena ada keserasian baru boleh wujud watak adik beradik....so jgn sempitkan sgt pikiran kita kalau ckp pasl chemistry ni hanya watak hero n heroin jeeee
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 10:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Yeayyyy 100like
Nk kimia konon...name pon plakon
Tp tu la yg jenis cipta2 kimia ni jenis retis bbnu jah
Mcm budak skolah menengah acah2 hot ade pakwe makwe
Nak minta student lain 'cerita' pasal suweet nye diorg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2017 10:06 AM From the mobile phone | Show all posts
betul tu, kalau watak makwe pakwe atau suami isteri bukan main lagi nak mencipta chemistry la apa la, sampai berdating bagai. kalau watak mak-anak atau bapak-anak, takde pulak gigih nak chemistry tolong bagi duit ke, tolong kemas rumah ke apa
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Scarynya berkawan dgn plakon..heshe boleh turn on and off fakery
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 10:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Lain pelakon lain approach.
Abil ni pernah berlakon scene lovey dovey, romatic ker?
Citer hantu banyakla....tu mmgla gak perlu kak oi.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts


Well said

Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Mohon rita royani aka @rempahkari sentap
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 10:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Haha in your face
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 10:11 AM | Show all posts
kekekek replied at 26-7-2017 10:08 AM
Lain pelakon lain approach.
Abil ni pernah berlakon scene lovey dovey, romatic ker?
Citer hantu b ...

ade la drama romantik die dgn que haidar..... takyah acah2 gimik bercinta kat luar
retis sendiri meluat nengok... kat bod gossip ni lg la... balik2 cite org yg sama...
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 10:19 AM From the mobile phone | Show all posts
Abil punya acting bagus..setakat ni lakonan dia x penah mengecewakan walau watak apapun..tp why dlm dendam aurora  tgk badan dia tak kemas ekk.?maksud iols bukan dia gemuk tp mcm x kemas..menggelebeh gitu,.adakah sbb pakaiannya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2017 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Hambek ko. Sesekali abil bersuara. Padan muka masing2!
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 10:25 AM | Show all posts
Edited by AbukRokok at 26-7-2017 10:27 AM

akak pun taki teringin nk tgk cerita mu nabila huda
aritu terlayan balik citer munafik.... uwekkk je akak tgk
citer lain akak xkenal
baik akak tgk drama sendi i love you mr photographerada market

ko ni mcm ala ala filem artisan penuh ideologi pemikiran bla bla bla ujung2.... kutipan sedih xde market hahahaha  
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 10:27 AM | Show all posts
setuju dgn abil..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 10:33 AM | Show all posts
setuju abil.. dulu2 start ngn memula jd cinta lokasi ni ok la mcm boleh terima tapi dh setiap pelakon asik nk bercinta cintun siap berhashtag bagaiii jadi rse mcm menyampah..


#Lofattah
#Fattzura
#Alofa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:01 AM GMT+8 , Processed in 0.435935 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list