CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6158|Reply: 85

[Tempatan] Lelaki berkualiti bunuh diri

[Copy link]
Post time 26-7-2017 10:14 AM | Show all posts |Read mode
kurang satu lg lelaki berkualiti di mesia
semkiin tipis prospek azrinaz mencari lelaki berkualiti



SHAH ALAM - Seorang jurutera sebuah agensi pelaburan ditemui mati dengan kesan tembakan di kepala di rumahnya di Seksyen 7, di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.15 petang, lelaki berusia 50-an itu ditemui mati di tingkat dua rumah teres dua tingkat bersama-sama selaras senapang patah miliknya.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Superitendan Nek Zaidi Zakaria berkata, mangsa ditemui di dalam bilik air di tingkat dua rumahnya oleh bapa mertua lelaki tersebut.

"Bapa mangsa yang baru sahaja sampai ke rumah selepas mengambil cucunya dari sekolah terdengar bunyi tembakan dari tingkat atas rumah tersebut.

"Dia kemudiannya meluru masuk ke rumah sebelum menjumpai mangsa yang terbaring berlumuran darah di dalam bilik air bersama-sama selaras senapang patah miliknya," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Nek Zaidi memberitahu, ketika kejadian mangsa tinggal berseorangan di rumah sementara isterinya sedang bekerja.

Katanya, mangsa yang bekerja sebagai seorang jurutera di sebuah agensi pelaburan mempunyai empat orang anak.

"Mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah untuk bedah siasat. Buat masa ini kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," ujarnya.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2017 10:17 AM | Show all posts
lelaki berusia 50-an
abang Abuk



Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 10:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau non muslim Rip, Kalu islam...Innalillahiwainnailaihirojiun. Salam takziah
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 10:18 AM | Show all posts
apa la masalah nya dgn hidup ni..
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 10:18 AM | Show all posts
mungkin terlalu depress dengar lagu dr. vida 'i am me'?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2017 10:19 AM | Show all posts

tolong ye..... jauh lagi perjalanan ini nak capai 50 tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2017 10:28 AM | Show all posts
AbukRokok replied at 26-7-2017 10:19 AM
tolong ye..... jauh lagi perjalanan ini nak capai 50 tu
berapa jauh tu ..



lelaki yang mempunyai empat orang anak itu dilaporkan tinggal berseorangan sementara isterinya keluar bekerja , dan difahamkan dia mempunyai masalah kemurungan dan telah dua bulan tidak bekerja.


Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 10:34 AM | Show all posts
kalau berkualiti takda la sampai bunuh diri.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2017 10:39 AM | Show all posts
kualiti diukur pasal dia engineer???
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 10:40 AM | Show all posts
Sultan brunei ceraikan azrinaz sebab siapa yang tak berkualiti ?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 10:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Depression is a silent killer. Ramai yg takde awareness pasal mental health.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Clinical depression ni Tak boleh dibuat main... Sapa yg pernah merasa tahu lah azabnya.
Satu tahap yg sangat kelam tu Kita rasa mati aje jalan terbaik....
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 10:46 AM | Show all posts
takziah pada family

cmnela tgh depress tu ada pistol la plak
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 10:46 AM | Show all posts
melayu. eng.PNB.
kalau tak silap diberi cuti 2 bulan sebab masalah kesihatan dia tu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 10:51 AM | Show all posts
Edited by cauliflower at 28-7-2017 03:34 PM

yup...masalahnya org Malaysia/Melayu ni pandang remeh masalah depression. orang bunuh diri dia "padan kan muka" lagi..betapa busuk nya hati mereka....ajet ajet suci

jarang dengar Melayu bunuh diri. tapi ada! cuma jarang masuk mainstream media. dekat rumah aku ada budak sekolah, Melayu, bunuh diri gantung kat kipas. parents cerai. anak tunggal. bapak kerja 2 kerja sbg jaga, jarang jumpa mangsa. kat sekolah selalu kena buli. penghujungnya dia gantung diri.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 10:57 AM | Show all posts

ni mesti dh biasa lifestyle lavish pastu bila kene buang keje or berenti keje depress tak leh nk maintain lifestyle mcmtu..tmbh2 hutang menimbun... bini plak asik membebel sbb laki dh jadi biawak

ni la kehidupan..ada masa kita kat atas..ada masa kita kat bawah...hanya iman je mampu buat kita bertahan mampu redha ke tak ujian tuhan

apa2 pun takziah pada family... moga yang baik2 saja pada arwah


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2017 10:58 AM | Show all posts
kucen_miang replied at 26-7-2017 10:34 AM
kalau berkualiti takda la sampai bunuh diri.

kucen pulak bila nak bunuh diri
















lariiiiiiiiiiiiiiikkkkkkkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 11:01 AM From the mobile phone | Show all posts
cauliflower replied at 26-7-2017 10:51 AM
yup...masalahnya org Malaysia/Melayu ni pandang remeh masalah depression. orang bunuh diri dia "pada ...

kalau cina bunuh diri, biasanya dimaki "bodoh", "selfish", "tak bertimbang rasa" dll
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 11:04 AM | Show all posts
idakamaruddin replied at 26-7-2017 10:57 AM
ni mesti dh biasa lifestyle lavish pastu bila kene buang keje or berenti keje depress tak leh nk m ...
FC baca balik ..
post #14
@kechickchomel  
melayu. eng.PNB.
kalau tak silap diberi cuti 2 bulan sebab masalah kesihatan dia tu.
depress .. dan mungkin sampai ganggu prestasi kerja .. dia d "beri" cuti
tu la kot makin depress sebab sensorang


Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 11:05 AM | Show all posts
kalau duduk sek7 shah alam mesti la stok melayu yg grad itm ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:00 PM GMT+8 , Processed in 0.092456 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list