CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 2446|Reply: 41

[Tempatan] Rakyat perlu bersedia dikenakan surcaj elektrik. #31 Belanja RM 1.3 bilion bayar

[Copy link]
Post time 26-7-2017 04:43 PM | Show all posts |Read mode
Edited by EJALTI at 27-7-2017 01:28 AM

Rakyat perlu bersedia dikenakan surcaj elektrik

https://www.malaysiakini.com/news/389893

Bernama      Hari ini, 4:25 petang      Hari ini, 4:28 petang



Suruhanjaya Tenaga (ST) berkata biarpun kerajaan amat prihatin dengan kenaikan tarif elektrik, pengguna seharusnya menyedari bahawa rebat yang dinikmati sekarang tidak akan berterusan selamanya dan perlu bersedia dikenakan surcaj.

Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Kanan Pembangunan Industri dan Kawal Selia Pasaran Elektrik suruhanjaya itu, Ir Azhar Omar berkata memandangkan pemberian rebat itu bukan bersifat kekal, rakyat perlu bersedia dengan kemungkinan itu dan menggunakan tenaga elektrik secara berhemah.

“Walaupun kita sepatutnya mengenakan mengenakan surcaj, tetapi atas sikap keprihatinan terhadap kesejahteraan rakyat, kerajaan masih menggunakan wang yang ada untuk menampung kenaikan.

"Ini kerana duit yang ada mungkin tidak dapat menampungnya pada masa hadapan. Rakyat perlu bersedia," katanya dalam temu bual program "Santai Ekspresi" Bernama Radio, baru-baru ini.

Program bertajuk "Tarif Elektrik Kekal" ini telah disiarkan pada 6.15 petang, 11 Julai 2017 di frekuensi radio FM 93.9 MHz serta melalui platform media sosial Facebook live.

ST merupakan badan kawal selia industri bekalan elektrik di negara ini.

Mengulas selanjutnya, Azhar menjelaskan, kerajaan bukannya tidak dapat menanggung kenaikan kos tersebut, sebaliknya sumber kewangan itu sewajarnya digunakan bagi tujuan pembangunan ekonomi dan negara memerlukan banyak sumber kewangan untuk pembinaan hospital, jalan raya dan sebagainya.

"Peranan suruhanjaya ini ialah memastikan bekalan elektrik yang berdaya harap pada harga munasabah dan telah mengambil kira kos-kos membekal elektrik serta pulangan munasabah untuk pihak utiliti, kos-kos bekalan api dan sebagainya," katanya.

Azhar berkata, ST juga tidak mahu syarikat utiliti negara, Tenaga Nasional Berhad (TNB) meraih keuntungan secara berlebihan, malah ia sedang melakukan audit ke atas TNB serta semua akaunnya bagi memastikan kos-kos yang ditanggung pada tempoh regulatori pertama adalah munasabah serta efisyen, sebagaimana yang ditetapkan.

"Tempoh regulatori pertama untuk proses semakan tarif akan berakhir pada 31 Disember 2017. Mulai 1 Januari, 2018, kita akan mulakan semakan kedua untuk tempoh regulatori kedua," katanya.

Beliau berkata, dalam perjanjian pembelian tenaga (PPA) generasi pertama, kebanyakan pengeluar penjana bebas (IPP) mencatat sedikit keuntungan.

Atas dasar itu, kerajaan telah merundingkan kadar yang ditetapkan sebelum ini dan kebanyakan IPP bersetuju untuk mengurangkan harga.

"Kita telah kumpul sebanyak RM1.8 bilion. Selama ini, kita menggunakan dana ini untuk memberi rebat dan sebagainya.

"Sehingga Disember 2017, kita masih mempunyai baki (daripada RM1.8 bilion), tetapi untuk Januari dan seterusnya, saya kena tengok semakan sama ada (berlaku) peningkatan atau tidak," katanya.

Menurutnya, ST juga telah menggunakan RM1.3 bilion daripada jumlah dikumpul itu.

Inisiatif lain yang diguna pakai sejajar dengan perubahan persekitaran global itu adalah rebat Ketidakseimbangan Pelepasan Kos Bahan Api (ICPT).

“Dasar rebat ICPT itu ialah untuk mengimbangi kos-kos yang tidak boleh dikawal oleh pihak utiliti.

"Ia berkait rapat dengan kos-kos bahan api dunia. Jika ianya tidak dapat dilepaskan dari segi rebat atau surcaj, kos ini terpaksa ditanggung oleh pihak kerajaan," katanya.

Azhar berkata, bagi membolehkan TNB memberi perkhidmatan yang baik, ia juga memerlukan pendapatan yang boleh digunakan bagi menampung kos.

"Sekiranya kos asyik meningkat tetapi pendapatan masih tidak dapat diperolehi secara mencukupi, lama-lama ia (TNB) akan tutup,
perkhidmatan akan merosot dan kerajaan terpaksa menyelamatkannya," katanya.

-Bernama

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2017 04:53 PM From the mobile phone | Show all posts
IPP Sedikit keuntungan yer bang? Ke tauke Edra nak balik duit diorang???
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 04:53 PM | Show all posts
Adoi. Maybe dalam tahun2 akan datang, terpaksa scrap plan untuk pasang aircond dan hi-fi system di rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 04:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Bisness monopoli sorang sorang pun boleh melingkup??
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 04:55 PM | Show all posts
so, adakah acik2 kepam syumul porem cari dah bersedia?
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 04:58 PM | Show all posts
insulin replied at 26-7-2017 04:53 PM
Adoi. Maybe dalam tahun2 akan datang, terpaksa scrap plan untuk pasang aircond dan hi-fi system di r ...

what hi-fi??? zaman batunya sis.....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-7-2017 04:59 PM | Show all posts
nak cakap sikit... i nie bill api tiap bulan bawah 20hinggit secara otomatik x payah bayarla kan tapi yg kelakornye GST yg ciput tu kena bayor juge ye... harap maklum
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 05:00 PM | Show all posts
bit replied at 26-7-2017 04:54 PM
Bisness monopoli sorang sorang pun boleh melingkup??

bisnes kos tinggi.... margin untung kecik katanya.....
ala mcm bisnes che det bg kroni star lrt melingkup.... bolot sorg apa.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2017 05:44 PM | Show all posts
dinoloveshasha replied at 26-7-2017 04:58 PM
what hi-fi??? zaman batunya sis.....

Ala bang Dino. Just nak beli sepasang speaker, sepasang subwoofer, sebuah amp dan DAC je. Itu pun kalau ada duit la.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 05:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Ir Azhar kita ada 6 common forms of energy.kenapa tak kaji dengan detail setiap satu form?kenapa tnb sanggup berhabis modal utk upgrade calculation system, preventive maintenance(pada sumber yg tak kekal) sehingga puluhan juta setahun?kenapa?

aku harap ST dan TNB berkolaborasi utk menkaji dgn mendalam tentang sumber yg boleh diperbaharui bkn mengkaji bila negara akn kehabisan wang atau sebagainya.jangan lari prospek la.statistik ringkas penggunaan sumber(alam) bagi elektrik 2015-2016.ni aku ceduk dlm pendrive aku.oil 46 peratus,natural gas 30 peratus, renewable energy:16 peratus(hydroelect..:92 peratus, wind (NA), geothermal:1 peratus dan solar:1 peratus, nuclear power: (NA), other source ie biofuel,biomass: 2.3 peratus.

so dr statistik yg aku lampirkan sudah tentu ST tahu dan boleh pilih mana sumber yg sesuai diupgrade dgn environment malaysia.kaji consequences energy forms tu dlm aspek polutions dan radiation.kalau boleh beratkan sikit pada solar energy.reduce power pada bangunan2 kerajaan.aku pergi ST Petaling Jaya aku tgk semua cassette aircon install dlm opis.set 16, sejuk aku.kalau set 20 berpeluh2 makcik2 dlm tu ye.lagi satu selalu2 lah adakan QnA dgn consumer.bagitau diorang knowledge tentang energy saving.tu bagi aku satu inisiatif jugak.ini cuma pendapat aku je la.bagi aku setiap sumber ada pros and cons jadi ketelitian haruslah dititikberatkan bkn semata2 sembang pasal duit.

"Azhar berkata, ST juga tidak mahu syarikat utiliti negara, Tenaga Nasional Berhad (TNB) meraih keuntungan secara berlebihan, malah ia sedang melakukan audit ke atas TNB serta semua akaunnya bagi memastikan kos-kos yang ditanggung pada tempoh regulatori pertama adalah munasabah serta efisyen, sebagaimana yang ditetapkan." haha agak2 laa, supplying 70 percent of our nation's energy needs kot.jgn corrupt dah la ye.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 05:49 PM | Show all posts
insulin replied at 26-7-2017 05:44 PM
Ala bang Dino. Just nak beli sepasang speaker, sepasang subwoofer, sebuah amp dan DAC je. Itu pun  ...

klau stakat nak dgr dr vida ayam mee nyanyi... takyah bersub woofer twit2 sgt la sis....
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 05:50 PM | Show all posts
Dah banyak kali dikompangkan sejak awal tahun benda yang sama dah betul2 akan dilaksanakan soon le tu
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 06:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak heran la.  Esok nak beromen atas katil sendiri pon kena caj.   semua nak caj,  semua ak naik harga.  Tapi kau tetap botak dan bini ko tetap huduh.
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 06:23 PM | Show all posts
kau orang tgk2 ye meter kau orang dan bil kau orang.

takut hidden charge kena tanya sampai puas hati. . kalau terus cmni pakai tenaga solar lah jawabnya
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 06:50 PM | Show all posts
dinoloveshasha replied at 26-7-2017 05:49 PM
klau stakat nak dgr dr vida ayam mee nyanyi... takyah bersub woofer twit2 sgt la sis....

Haha.... Lagu2 macam tu kalau pakai earphone pun OK dah....
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 07:12 PM | Show all posts
org malaysia ni paling baik di dunia...subsidi kne traik pun rileks je ...santai
org libya dpt mcm mcm pun siap mengamuk ngamuk dan sula Gaddafi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-7-2017 07:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerajaan yang memerintah sekarang ni perlu bersedia utk berkubur pada pilihanraya akan datang
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 07:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak apalah jika nak naik 100% msh oke.. sebab rakyat kita sdh kaya raya....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-7-2017 07:56 PM From the mobile phone | Show all posts
pembisikmaut replied at 26-7-2017 11:47 AM
Tak apalah jika nak naik 100% msh oke.. sebab rakyat kita sdh kaya raya....

Indon jongos kepam keparat plak yg sontap....     
Reply

Use magic Report

Post time 26-7-2017 08:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Babun nya semua nak caj, semua nak naik!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 02:47 PM GMT+8 , Processed in 0.578853 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list