Wah! Nampak manis sahaja Liyana Jasmay tampil dengan imej bertudung.
Memetik BH Online, sudah lama pelakon dan penyanyi itu memendam hasrat untuk bertudung dan semalam (Rabu), dia nekad tampil dengan imej menutup aurat.
"Sudah lama saya berfikir untuk mengambil keputusan ini (bertudung). Tetapi hari ini, ia akhirnya terdetik di hati dan saya juga panjangkan hal ini kepada mama.
"Mama menyambut baik dan berkata, kalau hati bulat ingin berbuat begitu, maka teruskan.
Suami juga memanjat kesyukuran atas keputusan ini," katanya.
Tambahnya, kebetulan semalam dia ada temu janji fotografi dengan jurugambar terkenal, Pinography.
Foto: IG Liyana Jasmay
"Memang dia sudah lama nak rakamkan gambar baharu saya. Hendak dijadikan cerita, hari ini juga hari pertama saya bertudung.
"Dia sendiri terkejut dan tumpang gembira," katanya.
Sementara itu, Harian Metro melaporkan Liyana berdoa agar dia diberikan ketetapan hati.
"Ibu saya juga berpesan agar perlahan-lahan dalam perjalanan baru ini dan menjadi diri sendiri walau dalam apa jua situasi.
"Apa pun saya bersyukur dengan penghijrahan ini. Saya berdoa semoga terus istiqomah," katanya kepada Harian Metro.
Tambahnya, penghijrahannya itu tidak akan menjadi penghalang untuk dia terus aktif dalam bidang seni dan keputusannya itu bukan atas desakan mana-mana pihak.
Kan manis menutup aurat begitu. Semoga Liyana terus istiqomah ya. - CARI |