CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 24077|Reply: 493

[Tempatan] Kes ‘Nama Anak Luar Nikah' Dibawa Ke Mahkamah Persekutuan

  [Copy link]
Post time 27-7-2017 05:13 PM | Show all posts |Read mode
Edited by spiderman80 at 1-8-2017 11:23 PM

Kerajaan dan Jabatan Pendaftaran Negara hari ini memfailkan permohonan untuk kebenaran merayu daripada Mahkamah Persekutuan berhubung keputusan penting Mahkamah Rayuan bahawa anak yang dilahirkan di luar nikah boleh bin nama bapa.

Mahkamah Rayuan juga memutuskan bahawa fatwa mengenainya oleh Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan tidak mempunyai kuasa undang-undang.

Peguam Nizam Bashir yang mewakili kanak-kanak dan ibu bapanya, berkata kerajaan telah memfailkan permohonan untuk kebenaran bagi merayu.

Adalah dilaporkan bahawa anak berusia tujuh tahun dan ibu bapanya, yang beragama Islam menamakan JPN, ketua pengarahnya dan kerajaan sebagai responden dalam kes itu selepas mereka memfailkan permohonan semakan kehakiman selepas anak itu terpaksa meletakkan "Abdullah" sebagai nama bapa.

Ibu bapa kanak-kanak itu berkahwin pada 24 Okt 2009, manakala anak lelaki itu dilahirkan pada 17 April 2010. Walau bagaimanapun, mereka mendaftarkan kelahiran anak itu untuk mendapatkan sijil kelahiran dua tahun kemudian.

Walaupun pasangan itu bersetuju untuk meletakkan nama mereka sebagai ibu bapa anak berkenaan, JPN mendaftarkan anak itu sebagai "bin Abdullah".
Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli, yang menulis keputusan sebulat suara itu, berkata bidang kuasa ketua pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) adalah sivil dan terbatas untuk menentukan sama ada si bapa telah memenuhi syarat-syarat Seksyen 13A (2) Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (BDRA).

Ini merangkumi semua kanak-kanak yang dikandung di luar nikah, sama ada Muslim atau bukan Muslim.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-7-2017 05:14 PM | Show all posts


The government and the National Registration Department has filed an application for leave to appeal to the Federal Court over the Court of Appeal's landmark decision that children conceived out of wedlock can bear the surname of the father.

The appellate court also decided that an edict on this by the National Fatwa Committee does not have the force of law.

Lawyer Nizam Bashir, who represents the child and his parents, said the government had already filed the application for leave (permission).
“That is where the case stands now. Let us see how it goes,” he told Malaysiakini today, adding that he thought it was a "reasonable judgment" by the Court of Appeal...

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2017 05:17 PM | Show all posts
Mahkamah Rayuan hari ini telah memutuskan, mana-mana anak yang dikandung semasa luar nikah, boleh dibinkan kepada nama bapa mereka.

Ia sekaligus memutuskan fatwa yang dikeluarkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, tidak mempunyai kuasa undang-undang.

Hakim Mahkamah Rayuan, Dato’ Abdul Rahman Sebli, menulis penghakiman sebulat suara dengan menegaskan bahawa bidangkuasa Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara terletak di bawah bidangkuasa sivil dan tertakluk hanya untuk menentukan sama ada si bapa telah memenuhi syarat Seksyen 13A (2) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian.

Malaysiakini hari ini melaporkan, bahawa keputusan kes ini dibuat berikutan rayuan yang melibatkan seorang kanak-kanak berusia 7 tahun yang dilahirkan selepas 5 bulan 24 hari (atau 5 bulan 27 hari mengikut kalendar Qamariah) selepas ibu bapanya bernikah.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-57 yang bersidang pada 10 Jun 2003 telah membincangkan mengenai Anak Tak Sah Taraf. Muzakarah tersebut telah memutuskan seperti berikut: a. Anak Tak Sah Taraf ialah:

1. Anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina atau rogol dan dia bukan daripada persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak perhambaan.

2. Anak dilahirkan kurang dari 6 bulan 2 lahzah (saat) mengikut Takwim Qamariah daripada tarikh tamkin (setubuh). Anak tidak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut.

Oleh itu mereka tidak boleh pusaka mempusakai, tidak menjadi mahram dan tidak boleh menjadi wali.

Kontroversi timbul apabila negeri Perlis, mewartakan di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006, pada 17 Januari 2013, “Anak yang lahir kurang 6 bulan selepas ibunya berkahwin, boleh dibinkan kepada suami ibunya, kecuali jika dinafikan oleh si suami”

Read more at: https://www.menara.my/mahkamah-rayuan-anak-yang-dikandung-…/
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2017 06:06 PM | Show all posts
bila hukum agama  dipermainkan...  memula letak nama bapa...  pastu nanti masa nikah bapa walikan...  pastu perkahwinan anak tak sah n berterusan la keturunan tu akan berzina...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2017 06:10 PM From the mobile phone | Show all posts
nauzubillah
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2017 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Hukum dunia berubah rubah , hukum akhirat kekal. Kalu dah status nya sama , hak pun sama.ayah anak luar nikah boleh jadi wali , anak luar nikah jgk layak dpt harta pusaka dn lain2.ke aku yg keliru.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-7-2017 06:17 PM | Show all posts
Semoga kebenaran untuk merayu tidak di beri oleh Mahkamah Persekutuan......
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2017 06:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Nak buat cemana, dah Perlembagaan kata undang2 islam tu level Negeri aje, posisinya  lebih rendah dari Persekutuan ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2017 06:25 PM | Show all posts
eyansss replied at 27-7-2017 06:06 PM
bila hukum agama  dipermainkan...  memula letak nama bapa...  pastu nanti masa nikah bapa walikan... ...

aku lebih berpendapat tak semestinya hukum dipermainkan
sbb ade pandangan khilaf mengenainya.
kecuali jumu ulamak bersetuju benda tu salah



Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2017 06:28 PM | Show all posts
Maideen. replied at 27-7-2017 06:17 PM
Semoga kebenaran untuk merayu tidak di beri oleh Mahkamah Persekutuan......

biasanya maideen, utk permohonan certiorai melalui supreme court malaysia, perlu berapa byk judge utk kebenaran adili kes tersebut?
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2017 06:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Maideen. replied at 27-7-2017 06:17 PM
Semoga kebenaran untuk merayu tidak di beri oleh Mahkamah Persekutuan......

Amin....  

Bodoh lobai ni
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2017 06:36 PM | Show all posts

.... biarlah letak nama ayah nya ..... kesian si anak .. apa dosa anak itu utk dimalukan sedemikian rupa? diwar war kan ketidak sah-an taraf nya?


bukankah sepatutnya ibu ayah itu yg di rotan 100 kali?
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2017 06:46 PM | Show all posts
dauswq replied at 27-7-2017 06:28 PM
biasanya maideen, utk permohonan certiorai melalui supreme court malaysia, perlu berapa byk judge  ...

Permohonan untuk kebenaran merayu ke Mahkamah Persekutuan  didengar oleh panel 3 orang hakim Dauswq. Permohonan ini dibuat dan di dengar di Mahkamah Persekutuan sundri.

Ini lah permohonan untuk kebenaran (yakni application for leave) dari Mahkamah Persekutuan yang Maideen maksudkan di posting #26 Maideen di dalam thread ini Dauswq:

https://mforum.cari.com.my/forum ... p;extra=&page=2

Apa yang akan dipertimbangkan oleh Mahkamah Persekutuan dalam mmemberi kebenaran atau tidak telah di gariskan oleh Mahkamah Persekutuan dalam Kes yang di sebut sebagai KesTerengganu Forest Products Sdn Bhd.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2017 06:54 PM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 27-7-2017 06:36 PM
.... biarlah letak nama ayah nya ..... kesian si anak .. apa dosa anak itu utk dimalukan sedemikia ...

Betul tu Kak.  Benda ni lah salah satu sebab kes org buang anak tinggi
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2017 06:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila aqal lobai setitik lebih power dari common sense akan ada lah yg teraniaya....

Moga justice (reads common sense) shall prevail

Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2017 07:04 PM From the mobile phone | Show all posts
sayawifenikmie replied at 27-7-2017 06:36 PM
.... biarlah letak nama ayah nya ..... kesian si anak .. apa dosa anak itu utk dimalukan sedemikia ...

Haa..  Mak pak dia dh kene sebat ke?  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-7-2017 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by chazey at 27-7-2017 07:10 PM

Akak terbaca komen kat page menara tu:


Muhamad Radzi Yusuf
Works at Pro hi g trading

Hukum hakam dalam Al Quran janganlah dipermainkan. Pastinya Allah yg menciptakan manusia itu Maha Mengetahui sedangkan tidaklah manusia itu mengetahui sesuatu apa pun melainkan apa yg di ajarkan serta apa yg di ilhamkan oleh Allah. Sebagai ketua agama Islam dan juga yg mempersetujui perlantikan hakim hakim Campurtangan istana sangat kritikal bila keadaan menjadi terdesak sebegini. Ikut saja hukum Allah.. Demi kebaikan semua pihak.


Takda dalam Quran pun kan tentang hukum anak haram takleh dinasabkan pada bapa ni? Fatwa (manusia) dibuat berpandukan hadis jew kan? Zets why Perlis ok je bin/bintikan anak haram dengan pak memasing?
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2017 07:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Perlis, mewartakan di dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006, pada 17 Januari 2013, “Anak yang lahir kurang 6 bulan selepas ibunya berkahwin, boleh dibinkan kepada suami ibunya, kecuali jika dinafikan oleh si suami”


Nafi pun DNA test kan ada...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2017 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by chazey at 27-7-2017 07:14 PM

Keputusan Kes Nasab Anak Luar Nikah Perlu Dikaji Semula – Aidil Khalid

By Wartawan Menara - July 27, 2017 Putrajaya:

Hari ini dilaporkan satu keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan anak luar nikah daripada pasangan beragama Islam untuk berbinkan nama bapanya telah menimbulkan beberapa komplikasi perundangan, terutamanya aspek perundangan Syariah di kalangan orang-orang Islam, yakni soal pembahagian harta pusaka, wali ketika hendak bernikah, hukum-hakam berkaitan mahram, nasab, dan lain-lain lagi.

Koordinator Kempen Peguam Prihatin untuk Keadilan (CLJ), Aidil Khalid mendapati bahawa terdapat kemusykilan dalam penghakiman Mahkamah Rayuan tersebut terutamanya dari aspek penafsiran seksyen 13A(2) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian 1957 — yang merujuk kepada nama keluarga atau “surname” bagi seseorang anak:- “13A(2) The surname, if any, to be entered in respect of an illegitimate child  …. where the person acknowledging himself to be the father of the child … the surname may be the surname of that person.”

“Mahkamah nampaknya secara mudah dan tanpa penelitian yang lebih rapi, memilih untuk mentafsirkan istilah “nama keluarga” atau “surname” dalam seksyen 13A(2) tersebut sebagai bersamaan dengan konsep ‘bin’ dan ‘binti’ di kalangan orang-orang Islam di negara ini. Lantas, memutuskan bahawa seseorang anak tak sah taraf boleh di-bin atau di-binti-kan dengan nama ayahnya kerana seksyen 13A membenarkan seseorang anak tak sah taraf memakai “nama keluarga” ayahnya jika ayahnya bersetuju.”

“Walhal penelitian yang lebih rapi perlu dilakukan, kerana konsep nama keluarga atau “surname” tidak semestinya sama dengan bin dan binti terhadap nama ayah,” jelas beliau.

Menurut Aidil Khalid, di kalangan sesetengah keluarga atau masyarakat, konsep nama keluarga atau “surname” ini adalah satu nama yang dikekalkan secara turun-temurun. Bererti, satu nama yang sama digunakan oleh moyang, ayah, anak, cucu dan seterusnya dan bukan menggunakan nama ayah.

“Contohnya, kita biasa dengar nama keluarga al-Attas, atau al-Akiti, dan sebagainya dan kalangan masyarat Cina juga ada keluarga Wong atau Tan dan sebagainya. Seksyen 13A merujuk kepada perkara ini dan hanya terpakai kepada keluarga yang mempunyai nama keluarga, sebab itu dinyatakan “if any”.

Menggunakan seksyen tersebut untuk membenarkan anak tak sah taraf berbinkan atau berbintikan nama ayahnya adalah sama sekali salah dan terkeluar daripada hasrat sebenar peruntukan tersebut,” tegas beliau lagi. Justeru itu, beliau berpendapat kerajaan wajar dan mesti membawa perkara ini ke Mahkamah Persekutuan sebagai Mahkamah tertinggi untuk mendapatkan tafsiran yang lebih autoritatif berkenaan pemakaian Seksyen 13A Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian.

“Jika ada sebarang kelopongan, kerajaan juga wajar untuk pertimbangkan dalam memperbaiki akta sedia ada, supaya dapat diselaras dan diharmonikan dengan hukum syara’,” tegas aktivis peguam tersebut.

Read more at: https://www.menara.my/anak-luar- ... kaji-aildil-khalid/
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2017 07:14 PM From the mobile phone | Show all posts
boh anak berbinti bin abdullah. anak dicerca bila dapat tahu, sgt tak adil.lepastu tak layak terima faraid.. nasib lah boleh wasiat.apa nak dibuktikan agaknya, mungkin nak buktikan anak tak sah taraf ni hina sehinanya.. walhal salah mak pak sendiri.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 09:56 PM GMT+8 , Processed in 0.097156 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list