View: 5549|Reply: 39
|
[Tempatan]
Tular: Ramai baris panjang demi teh ais 'Dhaka'
[Copy link]
|
|
Selama ini kita ada Little India, Mini Jakarta dan China Town, jadi tidak hairanlah jika negara kita juga dipengaruhi budaya Bangladesh.
Baru-baru ini satu posting mengenai teh ais yang dikenali sebagai ‘Dhaka Teh Ais’ viral di Facebook.
Adakah teh ais tersebut dibuat atau dijual oleh warga Bangladesh yang sudah mengintai peluang perniagaan di sini?
Rupa-rupanya tidak.. Orang beratur panjang dalam pancaran matahari tegak di atas kepala semata-mata nak pekena teh ais Dhaka.
dhaka-teh-ais-2
Gerai kecil ini diusahakan oleh Muhd Izzat Syafiq Asaari, 28, seorang anak jati Malaysia di Kampung Delek di Klang, Selangor.
Menurutnya, idea itu wujud selepas dia menyertai satu program usaha dakwah di Tongi, Bangladesh awal tahun ini.
“Di sana saya berpeluang melihat peniaga tempatan mempunyai cara tersendiri menjual teh yang menjadikan minumannya lebih pekat.
“Jadi, saya tiru cara pembuatan mereka di sini, sebab itulah saya menamakannya sebagai ‘Dhaka Teh Ais’,” katanya seperti yang dipetik mStar Online.
dhaka-teh-ais-3
Bagaimanapun, Izzat tidak mahu mengambil risiko dengan mengimport teh dari Bangladesh kerana bimbang berlaku kesukaran mendapatkan bekalan, justeru di menggunakan teh tempatan.
Lagipun penjual teh di Bangladesh menggunakan susu kambing manakala Izzat menggunakan susu pekat manis kerana faktor harga dan bekalan.
Gerai Izzat beroperasi setiap hari bermula pukul 11 pagi sehingga 7 malam dan dijual pada harga antara RM3 sehingga RM5.
Rata-rata netizen yang melihat video serta gambar itu pada mulanya menyimpulkan ia kepunyaan warga Bangladesh tetapi selepas mendapat tahu ia milik warga tempatan, mereka tidak was-was lagi.
Akta Imigresen di negara ini tidak membenarkan warga asing menjaja di negara ini. |
|
|
|
|
|
|
|
nah hasil googelan akak
|
|
|
|
|
|
|
|
ni yg kat sg. udang tu kan?
tk try lagi..sedap ke..tengok kaler pekat semacam jah
|
|
|
|
|
|
|
|
ok..ahad ni pasar malam sana nk gi try
|
|
|
|
|
|
|
|
Yg warna hitam tu cincau ke? |
|
|
|
|
|
|
|
dah baca kat fb
sedap katanya..teh ais cincau
kalau kaler teh pekat gini, selalunya guna teh cap masjid
|
|
|
|
|
|
|
|
Dah tular ni makin ramai le yang akan jual benda yang sama ditempat lain macam pau cendawan dulu tu |
|
|
|
|
|
|
|
Akta Imigresen di negara ini tidak membenarkan warga asing menjaja di negara ini.
Macam pelik ja.... |
|
|
|
|
|
|
|
air mende.. pedas ke air ni |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak sedap, lama tak minum teh.
Semoga sukses |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak mcm sedap. Tp pekat tu mesti sembelit. Susah nak melabur |
|
|
|
|
|
|
|
Nampak sedap plak yg ni...aritu i ada la try teh ais cincau ni...tapi bukan yg mamat ni jual....tak sedap sgt pun rasanya...cam rasa pelik sikit..rasa teh ais ada herbs gitu...camne tah nk describe...i dah gemar teh kaw...rasa kecewa sikit...tapi tak mematahkan semangat i nak try teh ais cincau yg lain plak...klu ada kesempatan,harap2 dpt la try yg mamat ni plam... |
|
|
|
|
|
|
| |
|