CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 854|Reply: 0

Raih Ilmu Niaga, Usahawan Lama Dan Baru Berkumpul Dalam Satu Persidangan

[Copy link]
Post time 27-7-2017 06:43 PM | Show all posts |Read mode
Seramai enam ratus peserta termasuk ahli perniagaan dan usahawan disasarkan oleh Persatuan Penjenamaan Malaysia untuk sama-sama menyertai Persidangan Usahawan Jenama pada tahun ini.


Menurut presidennya Datuk Eric Chong, persidangan yang bakal berlangsung pada 7 Ogos ini akan menarik lebih ramai lagi orang muda termasuk pelajar kolej dan universiti kerana ia turut memfokuskan kepada pendigitalan perniagaan.



Persidangan sebelum ini hanya menumpukan kepada perniagaan konvensional, namun berbeza sekali tahun ini kerana tumpuan lebih diberikan kepada perniagaan baharu dan model perniagaan masa depan.


Malah, peserta bertuah terutama usahawan muda akan mendapat gambaran yang lebih jelas mengenai hala tuju perniagaan.




Enam belas orang speaker, moderator serta panelis yang hebat dan berpengalaman akan turut serta turun padang bagi berkongsi ilmu di persidangan ini.


Bertemakan Sailing in Uncharted Waters – Opportunities & Threats in this Ever Changing World, ia bertujuan untuk menimbulkan kesedaran terhadap komuniti bisnes tempatan tentang kepentingan penjenamaan dengan cara berinteraksi bersama tokoh perniagaan dan usahawan berjaya di Malaysia.




Bukan itu sahaja, persidangan ini menjadi platform bagi syarikat untuk mengembangkan ilmu dan lebih faham tentang kepentingan budaya dan identiti jenama, yang menjadi kunci utama kejayaan dalam perniagaan.


Persidangan Usahawan 2017 dianjurkan oleh Persatuan Penjenamaan dengan kerjasama antara Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), selain disokong oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI).


Bagi mereka yang berminat untuk menyertai persidangan ini, sila hubungi Persatuan Penjenamaan Malaysia di talian 03-56117266 atau layari laman web www.brandingmalaysia.com untuk maklumat lanjut. -CARI
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 11:25 PM GMT+8 , Processed in 0.090131 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list