CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1283|Reply: 17

[Dunia] Buaya baham buah zakar. (Mcm la tak ada makanan lain. Tak patut betul buaya ni..

[Copy link]
Post time 28-7-2017 11:41 AM | Show all posts |Read mode

Agensi

Florida: Seorang lelaki gelandangan hilang satu jari tangan, dua jari kaki dan satu buah zakarnya selepas dibaham seekor buaya ketika mandi di sebuah kolam di Port Charlotte, selatan Florida.

Fredric Iman, 68, berkata, dia memeriksa kolam itu bagi memastikan tiada buaya di dalamnya sebelum dia mandi di dalamnya pagi Isnin lalu.

Bagaimanapun, buaya sepanjang kira-kira tiga meter itu dikatakan turut memasuki kolam berkenaan tanpa disedari Iman.

“Saya pusing dan menumbuknya. Saya cuba melarikan diri tetapi ia menarik saya,” kata lelaki itu.

Dia akhirnya berjaya naik ke atas tetapi kerana tidak mempunyai telefon, Iman terpaksa berjalan kira-kira setengah kilometer untuk mendapatkan bantuan.

Seorang penduduk menelefonkan pasukan kecemasan dengan berkata: “Seorang lelaki berada di depan rumah saya, mendakwa dia dibaham buaya. Buaya itu memakan jari kakinya dan seluarnya kelihatan koyak.”

Iman dibawa dengan helikopter ke Hospital Lee Memorial, tempat dia dirawat kerana kecederaan serius tetapi tidak mengancam nyawa.

Dia hilang jari telunjuk, dua jari kaki dan satu buah zakarnya.

Walaupun Iman yang sudah 20 tahun hidup bergelandangan tidak mampu membayar kos rawatan, pihak hospital berkata, ia akan merawatnya sehingga pulih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2017 01:05 PM | Show all posts
buaya top
or buaya bottem
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2017 01:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Mujur pihak hospital nak rawat abg gelandangan ni....
noty pulak boya tu pi terkam tang tu...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2017 02:00 PM | Show all posts
kesiannya dia...jauh jugak tu berjalan setengah km sambil menanggung kesakitan di celah kangkang
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2017 02:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebanyak2 daging kat atas boleh pulak boya ni memilih nk geget telur yg ciput kt bwh.
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2017 02:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu lagi buahnya tak ngap pulak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-7-2017 03:13 PM | Show all posts
buaya betina kot....
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2017 03:19 PM | Show all posts

Malang! Buah Zakar Dibaham Buaya



sumber : Fox News



sumber : Fox News



Bak kata pepatah Melayu air yang tenang jangan disangka tiada buaya!


Bertempat Selatan Florida, Amerika Syarikat, seorang warga emas berusia 68 tahun yang juga seorang gelandangan diserang oleh seekor buaya ketika bermandi di sebuah kolam di Port Charlotte.


Memetik laporan Fox News, kejadian yang berlaku pada pagi Isnin lalu, mengakibatkan mangsa yang dikenali sebagai Fredric Iman itu kehilangan satu jari tangan, dua jari kaki dan satu buah zakarnya.


Jelasnya, sebelum mandi, sebenarnya dia bertindak memeriksa kolam itu bagi memastikan tiada buaya di dalamnya.


Namun tanpa disedari rupa-rupanya seekor buaya sepanjang kira-kira tiga meter telah pun memasuki kolam berkenaan.


“Saya pusing dan menumbuknya. Saya cuba melarikan diri tetapi ia menarik saya.”


Setelah berjaya menyelamatkan diri tetapi tidak dapat mendapatkan bantuan kecemasan 911 kerana tidak mempunyai telefon.


Maka mangsa dikatakan terpaksa berjalan kira-kira setengah kilometer untuk mencari bantuan.


Akhirnya berjaya dibantu oleh seorang penduduk tempatan yang sudi menelefon pasukan kecemasan untuk membawa mangsa ke Hospital Lee Memorial dengan helikopter.


Biarpun tidak mampu membayar kos rawatan kerana telah 20 tahun hidup bergelandangan, namun pihak hospital sedia merawatnya sehingga pulih spenuhnya.- CARI



Watch the latest video at <a href="//video.foxnews.com">video.foxnews.com</a>
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-7-2017 03:21 PM | Show all posts
mesti buaya tu rasa buah zakar tu berbeza berbanding bangkai lain
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2017 03:23 PM | Show all posts
nasib btg ada lagi....
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2017 03:24 PM | Show all posts
kesian buah rambut tu
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2017 03:27 PM | Show all posts
Mungkin buaya tu terasa nak makan buah
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2017 03:27 PM | Show all posts
malang! admin upah reporter yang lembap buat keje

https://mforum.cari.com.my/forum ... ead&tid=1052662
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2017 03:29 PM | Show all posts
Malang x berbau...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2017 03:29 PM | Show all posts
Malang x berbau...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2017 03:37 PM | Show all posts
kesianya dia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2017 04:36 PM | Show all posts
Malang x berbau..vtakziah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-7-2017 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Dpt video dlm whatsapp
Anjing gigit buah zakar
Namanya je buah tapi bukan buah yg sepatutnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:04 PM GMT+8 , Processed in 0.178781 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list