|
sumber : Apple Daily HK
Tidak peduli pandangan orang ramai dengan selambanya membogelkan dirinya berlegar di kawasan persekitaran.
Demikian tindakan seorang lelaki di Hong Kong kelihatan membogelkan dirinya muncul di kawasan berhampiran Stesen MRT Tsim Sha Tsui sambil mengeluarkan duit di sebuah bank, kemudian bergerak ke stesen untuk naik MRT Rabu lalu kira-kira jam 7 malam.
sumber : Apple Daily HK
Menurut Apple Daily di Hong Kong, ketika berada di kawasan stesen MRT, biarpun orang ramai memandangnya dengan respon yang tidak senang hati, namun lelaki tersebut langsung tidak rasa segan silu.
"Nak ambil gambar, silakan, saya tidak kisah pun," katanya.
Setelah menaiki MRT, apabila terdapat seorang pegawai MRT menghampirinya, dia bertindak mempersoalkan pegawai itu, "Saya akan turun di Stesen Hang Hau... boleh tak anda biarkan saya naik saja? "
sumber : Apple Daily HK
Akhirnya, suspek ditahan oleh beberapa pegawai tanpa uniform ketika berada di Stesen North Point, kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
Menurut pihak polis, suspek ditahan atas kesalahan membogelkan diri di khalayak ramai.
sumber : Apple Daily HK
Susulan itu, gambarnya tersebar luas di media sosial dan kelakuan lelaki itu mengundang pelbagai reaksi dari netizen.
" Cuaca panas kot, dia tidak tahan" , " Dia pasti memiliki alat kemaluan yang membanggakan dirinya".
Sementara itu, menurut jiran yang mengenalinya berkata, suspek merupakan seorang yang berbudi bahasa dan peramah.
Rata-rata mereka rasa hairan dengan tindakannya membogelkan diri di stesen MRT.- CARI
|
|