CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 26206|Reply: 97

Koleksi kisah Mrs. Smith (real experience)

  [Copy link]
Post time 30-7-2017 07:39 PM | Show all posts |Read mode


Salam, selama ni silent reader je and penah bukak thread sebelum ni tpi username and password dh tak ingat, hehe.So oleh sebab skrg semangat balik nk start bercerita bukak la thread baru.Semua kisah dalam ni adalah kisah benar semata-mata.Harap korang semua enjoy dgn kisah-kisah ni.Semua ni sekadar perkongsian shj jadi maafkan la kalau bahasa pasar atau bukan bahasa novel, tak reti gitu nak mengarang.Segala komen membina dan pandangan amat dialukan (laharan dan kecaman is a big no no) haha akak tak kuad hati tisu gitu.

KISAH 1 : HANTU ELEKTRIK

Apa yang aku ceritakan ni tidak mengikut kronologi tahun (kejadian yg aku alami), mana yang aku ingat aku tepek sahaja dulu.Aku tak pasti apa istilah hantu ni, tp disebabkan hantu ni suka bebeno main letrik, aku pun gelar dia hantu letrik la kan.Waktu ni berlaku sekitar 3 tahun yg lepas so around 2014 la kejadian dia.Waktu mula-mula kacau ni jadi, aku dan suami mcm tak ambik port sgt, sbb pikir malas nk superstitious sgt walaupun sebelum ni aku memg dh encounter bermacam-macam jenis gangguan dan hantu yg nampak atau yang feeling2 gitu (meremang bulu roma, dgr bunyi etc).Permulaan kena kacau ni yg paling selalu awal-awalnya main tutup kipas.Waktu benda ni awal-awal berlaku, macam biasa la takde la nak pikir bukan-bukan, cuma anggap kipas ni ada auto set kot walaupun kekdahnya aku dgn laki tak penah pun set apa-apa dkt remote.Jadi hanya mampu menyumpah je la bila jadi tgh2 malam tu especially dlm bilik tido.

Sebelum ni, aku memg penah ada history kena ganggu dkt rumah sewa kitorg.Memg kena kacau agak teruk la especially aku la.Laki aku kena kacau jgk tp bunyian shj (tak nmpak).Yg tu nanti aku cerita, tp yg aku nk relate kat sini iyelah gangguan bunyi guli which indicate rumah tu memg ada sesuatu.Sebelum ni aku selalu kena gangguan bunyi guli dkt rumah sewa, and after kena kacau tutup bukak kipas dkt rumah yg skrg ni, selang seminggu selepas tu, gangguan yang aku familiar sgt jadi dkt rumah aku sendiri.Masa tu aku tinggal sorg-sorg dgn anak2 (anak 2 org kecik2 lgi), while my husband time tu bercikcur dan mengopi kt luar dgn kawan-kawan dia.Masa tu around 11.30 mlm.Tgh syok2 layan tv, tetiba aku dgr bunyi "ktek,ktek,ktek!Ktek,ktek,ktek!Bunyi tu sgt la jelas dan kuat (bunyi guli) dkt tgh hallway nk ke dapur rumah kitorg.Masa ni dh tak mampu nk husnozon lagi, sbb dulu gangguan dirumah sewa pun awalnya kitorg husnozon tp rupa-rupanya, paham-paham je la sendiri.Huhu.So time tu aku dgn sepantas kilat amek hp dan whatsapp dkt suami aku "u balik umah skrg, rumah ada benda".Suami yg menurut perintah pun balik cepat-cepat. Sampai-sacampai kt rumah ofcos la bunyi tu dah takde, tapi husband aku percaya je sbb kes di rumah sewa dulu.So tanpa buang masa laki aku pasang la surah ruqyah biar benda tu terbako!Puas hati aku.


So after dh biar je psg ruqyah tu semalam suntuk, esok tu Alhamdulillah takde kejadian pelik-pelik sgt.Kipas on off tetap jadi jgk la after tu kdg2 which aku dgn husband malas nk ambik port sgt.Then yg kejadian paling aku tak tahan which is dealbreaker gitu utk cari org yg pandai utk hapuskan benda ni lepas aku kene kacau main tukar-tukar channel uols!Time tu aku sorg2 dgn anak2, and husband aku outstation keje sehari gitu so pasrah la aku tido tanpa suami malam tu.Kalau ikotkan time tu adik ipar aku akn dtg temankan tpi lepastu dia kena demam panas pulak so tak boleh dtg teman (hampeh btol).Malam tu, takot memg takot, segala lampu mak nenek aku bukak, dan sambil nk tido tu, aku layan AXN sambil2 nak tido tu dlm bilik tido (aku ada habit tido smbil bukak tv smpai pagi even until now).So sambil tidokan anak, sambil layan AXN, aku tertido.Volume tv pun memg bukak kuat la sbb tak nak bgi sunyi.Tgh syok2 terlena, aku dgr annyeongsayo segala, mata tetiba ottomatik terbuka and time tu channel tv dh dkt channel korea!Aku cuba utk husnozon yg auto tukar ke,set reminder ke, tpi tak mampu sbb aku ni tak penah la bukak channel korea ni, apatah lagi aku nk set reminder.So memg tak logik how on earth yg dari channel AXN tetibe beralih ke channel korea.Remote astro pun ade dkt ruang tamu bukan dalam bilik tido,so takde isu tertekan ke apa.Time tu dalam pukul 4 pagi so memg agak meremang la.Memandangkan time tu lagi bpe jam je dh nk subuh so takde la merempan ketakutan sgt ke ape, dgn mengantuknya lagi, so smbung je la tido.


After suami dah balik, cerita la dkt dia, then time tu pikir tak boleh jadi ni, nk kene nyahkan benda tu secepat mungkin ni.Dah la sebelum ni anak aku selalu je mengadu ada hantu dkt hujung dapur.Bila aku tanya je jwpn dia memg precise dkt situ, dia pun takot kalau nk pegi dapur.Jadi kenal la sorg perawat ni, kenal pun daripada tukang urut bersalin aku.Dia ni bukan bomoh, tp perawat islam dan dia jenis bukan buat business la, buat rawatan hanya sekadar utk tlg.Sampai dkt rumah dia, dia mintak ceritakan apa masalah, cerita la serba sedikit dkt dia.Sembang-sembang, tetiba dia ckp, saya tau dkt rumah tu apa benda dan rupanya mcm mana, tapi tak perlu la aku bgtau pada kamu.Time ni kitorg masing2 dh rasa seram sejuk.Yg lagi best after tu dia ckp, benda tu siap tau yg korg dtg jumpa saya ni.Adoi la, kot ye pun tak pyh la bgtau kitorg.huhu.Dia bgi la sedikit informasi yg jin sejenis ni jahat, sbb dia punya kacau tu boleh sentuh-sentuh gitu, yela kalau dah boleh main tutup letrik, main tukar channel, sorok-sorok brg elektronik (yg ni aku takde bukti tpi memg brg kitorg ada yg hilang tanpa dpt dikesan lepas start kejadian kacau mengacau kt rumah ni, time frame dia after kitorg psg ruqyah tu).Mungkin dia nak balas dendam or atas kegonjengan kepala otak kitorg masing2 yg lupa letak brg kat mana (tpi aku ni orangnya yg bukan jenis pelupa dan brg yg hilang tu dkt dlm bilik tido je pun dan bukan letak tmpt tersorok dan aku 100% sure brg tu ada dkt situ.Kira mcm chipsmore la kejap ada kejap takde, tpi yg ni memg terus takde.So after pergi jumpa perawat tu, dia bgi air yg dh dibaca utk letak sekitar rumah, kemudian dia ada ajar laki aku beberapa surah yg perlu diamalkan utk pelindung tak kene kacau lagi.Dia ada bgtau yg benda tu hanya menyinggah shj, so bukan yg jenis memg menetap kt situ.So takde la perlu dia nk dtg kerumah nk halau bagai.Alhamdulillah dgn izin Allah gangguan letrik tu dh tak terjadi smpai skrg.


So, setakat ni cerita pasal hantu letrik ni, maaf sbb cerita ni tak berapa nk seram.Kalau nk diikutkan byk lagi kisah yg aku pernah lalui lebih berganda-ganda hardcore dari yg ni.But benda ni memg berlaku, pernah la aku share dgn member aku, dia pun bukak cerita yg rumah mak dia pun pernah kene dgn species hantu mcm ni, siap sampai ada benda terbakar gitu.Kesahihannya aku xtau la.So sampai sini saja setakat ni, nanti aku akan cerita kisah lain yg lebih hardcore yg jadi dkt aku di kg, uitm, dan mrsm (if ada permintaan la) .If sapa2 yg penah kene mcmni jgk jgn segan silu nk cerita k.


The end.









Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2017 08:26 PM | Show all posts
Hihi gigih aku baca sampai habis
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2017 08:41 PM | Show all posts
Sayawanieta replied at 30-7-2017 08:26 PM
Hihi gigih aku baca sampai habis

hihi thank you sudi baca
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2017 08:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambung lagi cite2 lain tt mesti ada yang baca termasuk aku
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2017 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts
motip sgt tajuk misleading hahaha mati2 igt cite psl pilem mr & mrs smith
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2017 08:59 PM | Show all posts
doubleA replied at 30-7-2017 08:49 PM
Sambung lagi cite2 lain tt mesti ada yang baca termasuk aku

hehe okay, malam sikit nanti i up lagi satu story nampak "benda" dkt apartment waktu bercuti dkt sydney.Masih fresh lagi bulan 3 haritu.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 30-7-2017 09:02 PM | Show all posts
idakamaruddin replied at 30-7-2017 08:50 PM
motip sgt tajuk misleading hahaha mati2 igt cite psl pilem mr & mrs smith

kikikiki .Yg tu Mrs Smith kokosen, i Mrs.Smith yg makan sambal belacan uols.haha.Ampunnn
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2017 11:03 PM From the mobile phone | Show all posts
macamane rupe kantu eletrician tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-7-2017 11:14 PM | Show all posts
Edited by Mrs.smith at 30-7-2017 11:37 PM

KISAH 2: "JU ON" DI AUSTRALIA

Kali ni aku nak bercerita pasal hantu kokosen pulak, utk aku yang selalu nampak makhluk halus ni, ni kira 1st time la aku kena gangguan dkt negara luar.Sebelum ni pernah menginap dkt hotel yg memg feeling dia angker sgt di bandung, namun tiada penampakan.Berbeza dgn percutian kali ni, stay dkt designer apartment yg memg cantik sgt dkt Sydney Australia, tp bertuah pulak dpt pakej "ju-on" waktu malam pertama stay disitu.

Aku bercuti kali ni berempat which is aku, suami, mak dan abah aku.Kitorg stay dkt Sydney 7 hari.Ini kira kali kedua aku bercuti ke sydney, dulu pergi berdua je dgn my husband.1st time pergi dulu, kitorg stay dkt Rendezvous Hotel dkt betul2 town sydney tu which is memg takde penampakan momok2.So untuk percutian kali ni, disebabkan aku bawak parent aku sekali, pikir malas la nk cari hotel, nk tukar angin duduk di apartment pulak, so boleh la kitorg memasak nanti.Dengan bantuan booking.com, aku pun book la satu apartment ni yg terletak dkt Mcmahon Point.Dia bukan betul-betul tgh bandar, dkt pesisir2 gitu which is yg menghubungkan Mcmahon Point ke town (circular quay) kena naik ferry/jambatan (if naik kereta la).The only reason aku pilih apartment ni sbb seriusly pemandangan view dari apartment dan interior dlm apartment memg letop dan cantik, so baru la rasa mcm vacation gitu, plus bawak parent kena la sediakan tempat best-best.Dari tingkap apartment boleh nampak segala tarikan di Sydney which is Opera House, Luna Park, Sydney Harbour Bridge.

So memg excited sgt nak tgk apartment tu.Kitorg sampai ke kawasan apartment around 11 pagi dgn menaiki teksi.Sampai-sampai, tercari-cari la kitorg mana apartment  tu, then bila sampai ke apartment tu, aku tgk dari luar, apartment ni nmpk mcm sedikit usang if nk compare dgn apartment sebelah nya which nmpk mcm modern, but then aku pikir, biasala bangunan dkt negara omputih ni kan mcm old school sikit.Laki aku pun tercari-cari mana kunci sbb memg kitorg dh deal yg dia akn drop kunci di satu tempat, so awal-awal menyewa tu memg tak jumpa pun owner rumah tu sbb dia outstation katanya.

Bermula la kitorg masuk ke dalam apartment tu, dia bangunan 4 tingkat, apartment kami tingkat ketiga.Awal-awal masuk, aku agak terperanjat la sbb tgk dlm bangunan tu mcm usang, carpet pun macam dah berhapak di sekitar laluan dari tingkat bawah sehingga la ke atas, hall luar pun gelap je.Dalam hati aku kene game ke ni, sbb tgk dlm gmbar bukan main cantik dan modern.Tapi time tu masih simpan dalam hati smbil menaiki tangga and usung luggage.Aku pikir takpe la bukan ada sapa-sapa nk lepak dkt luar, plus walaupun agak sedikit usang, bangunan tu mcm ada historical value gitu,classic org putih punya style dari segi tangga dan binaan dia.

Bangunan ni setiap tingkat ada 2 apartment, berhadapan gitu.Tapi sepanjang aku masuk ke bangunan tu, tak pernah sekali pun aku terserempak dgn mana-mana jiran.Tak tahula kalau apartment disitu tak berpenghuni atau yang duduk tu ummah yg tak bercampur, tpi aku assume ummah yg tak bercampur la kot sbb dkt luar nmpk je ada basikal, ada lampu dlm apartment.Okay back to the story, sampai la ke apartment kitorg, buka kunci and wallahhhh, tersergam indah la apartment tu and aku bersyukur sgt yg apartment tu memg exactly mcm dlm gmbar yg aku tgk dkt booking.com tu, no catpishing at all.So lega la aku disitu daripada kena bebelan dari suami dan parent aku sbb tak kena tipu yahooo! (sbb aku yg uruskan semua dari ticket flight ke penginapan).

Meninjau la aku ke segenap pelosok dgn excitednya.Aku ni bekerja as interior designer, so of course la aku berkobar-kobar sbb sambil bercuti, dptla aku mencari inspirasi gitew.So after dh tgk2 bilik, kitorg sepakat utk pilih bilik tido masing-masing.Aku dan suami pilih utk tido dkt bilik tido yg pertama.Hari pertama, tak  berjalan jauh-jauh, hanya pusing di sekitar Mcmahon Point je, then balik penat after benda wajib (mandi/solat).Masing-masing pun tido.Tapi aku time ni tak solat, ABC kekdahnya, so mungkin sbb tu la aku je yg kena ganggu malam tu.

Malam tu dlm pukul 12 tgh malam, masing-masing dh tido.Aku masih terkebil-kebil lagi mengenangkan anak la ape lagi.Merembes la kerinduan kat situ especially dgn yg paling bongsu.Then tak sedar tertido.Dkt hujung bilik kitorg ni, ada wardrobe pjg sepanjang dinding tu (build in wardrobe), dan ditengah2 wardrobe tu ada cermin dan kerusi solek.Aku tak pasti kenapa tetiba aku boleh terjaga secara mengejut, dan aku terjaga tu ada pulak peneman dlm bilik tu.Aku nampak hujung katil betul2 depan meja solek tu ada sesusuk tubuh baju warna putih, tp bju nya bersih je takde lumpur comot2 bagai or ada darah ke (aku pernah nmpk pontianak so this one is definitely clean version of pontianak)."Benda" tu berdiri je, tak berbunyi, dan tak nampak muka, apa yg aku nampak hanya rambut pjg menutupi muka dan baju labuh berwarna putih dan yg aku pasti memg terapung, so teori ada acik tersesat ke memg sgt tak relevan.

Memg time tu terkujat la.Takkan la dkt negara kokosen pun ada.Tapi time tu aku gosok2 jgk mata kot2 la mimpi, sambil tgn sebelah nk tolak-tolak cik abg kt sebelah.Tapi entah kenapa mulut tak mampu nk bersuara.So bila org sebelah pun takde tanda-tanda nk bgn, aku pun apa lagi selubung je lah dgn selimut.Aku bukak sikit selimut, lepas tu benda tu makin dekat!Tapi benda tu sebenanya berdiri di side sebelah suami aku tido.Lepastu aku berckp dgn suami aku "yang bgn yang sambil goncang-goncang".Laki aku tetap la jua tido mati.Lepas tu aku pun tak kuasa dah takot teramat selubung kemudian terus tak sedar smpai ke pagi (tertido kot, kalau pengsan mcm dramatik sgt).

Pagi tu, aku tanpa segan silu menempelak laki aku, Hey you kenapa tak bgn malam tadi, dan dia pun blur je tanya u ade kejut ke??Huhu.Kemudian aku cerita dkt husband aku dan parent.Diorg pun ckp biasalah rumah dkt kokosen ni org yg stay sblum ni bukan kita tau ada buat maksiat ke, parti arak ke, dan ofcos la takde org yg solat kan.So aku pulak tanya dkt diorg yg betul ke aku nmpk or aku mimpi, but it feel sooo real!Then mak aku ckp betul lah tu kot nampak, ceit tak membantu betul

So bila malam tu ada sedikit goyang jgk la nk tido malam, siap pesan awal2 dgn husband kalau benda tu dtg lagi macamana, tapi hakikatnya iols dah berjalan sehari suntuk, balik tu terus pengsan dan tak sedar lagi.So takde dah la kena kacau dgn apa2 makhluk dah, mungkin dia dtg tp aku tak sedar kot, padan muka dia

So itulah the only peristiwa yg aku kena waktu bercuti dan stay di apartment tu, seram sejuk lalu dkt hall dan tangga gelap dkt luar dan tiada penampakan susuk-susuk jiran tu memg aku lalui hari-hari.Tapi selagi dia tak menampakkan diri dia, takpela.So utk korang yg nk bercuti ke luar negara tu, pikir-pikirkan lah dan selidik tmpt uols nk stay tu.Tapi actually iols sgt berpuas hati dgn kecantikan interior dan keselesaan dlm apartment tu, cuma iols musykil dgn ummah di apartment lain which aku tak pernah nampak sepjg stay dkt situ dan keadaan di bahagian luar yg nmpk agak usang.Iols speku yg owner rumah tu dia beli apartment tu and renovate bgi modern sbb katanya she is also a designer gitu.So mungkin apartment asalnya angker dan di renovate kan who knows?Iols pun tak sempat berbual lama dgn owner tu, sempat berbual time nak balik tu je.

So itu je setakat ni, sesiapa yg ada pengalaman angker di luar negara yg nk story kt sini,silakan.Iols sgt mengalukan.Iols nak tempek gmbar apartment tu namun takot nanti kene saman pulok atau dituduh menabur pasir .Tapi serius apartment tu cantik so if uols nak stay disitu sgt dialukan cuma kalau jenis senang nampak mcm iols ni tak jamin la kesejahteraan korg.hehe

THE END

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2017 11:23 PM | Show all posts
shanshero replied at 30-7-2017 11:03 PM
macamane rupe kantu eletrician tu

tak pernah nampak, perawat tu pun ckp tak perlu la saya nk bgtau benda tu rupa mcmana.Kitorg pun malas nk tanya lebih-lebih sbb tak nak terbayang bayang.Cuma anak yg selalu cerita nampak hantu dkt dapur tu describe benda tu mata merah.Itulah yg dia selalu sebut, tp tak tau la pengaruh tv or memg dia nmpk mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2017 02:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada story lg? Share le
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2017 02:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Ada story lg? Share le
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2017 07:39 AM | Show all posts
citer la lagi TT...
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2017 09:54 AM | Show all posts
Hantu kokesen pun macam pontianak ke?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2017 10:09 AM | Show all posts
cengkihgirl replied at 31-7-2017 09:54 AM
Hantu kokesen pun macam pontianak ke?

Iols penah nampak pontianak secara detail, so nampak perbezaan dia yg ponti iols tgk sblum ni sgt la horror which is nampak taring/comot/nmpk busuk/ada darah but yg ni mcm very clean version which is hanya nampak dia pakai baju warna putih labuh, muka pun tak nampak sbb rambut tutup.But rambutnya pjg la.So xtau la nk ckp yg hantu kokosen pun mcm pontianak ke apa.But mungkin hantu/jin ni menjelma mcm apa yg biasa kita nmpk/imaginasi so tak kisah la dkt negara kokosen atau dimana-mana pun mcm tu.Wallahualam.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2017 10:12 AM | Show all posts
@fadzyjemi
@addina3606


nanti ada kelapangan iols akan tmbh cerita lagi ye
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2017 03:19 PM | Show all posts
Setahun lebih yang lalu.. memang haku pun ada habit biar tv terbuka sampai haku tertido kat sofa plus lampu buka 1... Sebabnya apabila dah haku berpindah ke Selatan tanahair (aku pindah penghujung tahun 2014) dan tempat haku dok tue, memang macam2 orang cerita...daripada opis sampai ke kuarters... Siap ustaz yang nampak tue (hijab terbuka) leh bagi gred ABC lak aaa... Tapi start ujung tahun last year, habit tue haku dh buang2 jauh dan selesa tido lam bilik..tapi still kena bukak lampu bilik air.. tak selesa haku tido lam gelap gulita.. huhu... Habit tertido sambil biar tv terbuka + lappy terbuka pun haku dah hentikan sebab penah jadi satu kes yang misteri jugakla..tapi haku actually amek pendekatan bersangka baik..mungkin haku mamai or bermimpi je..


Haku neh kaki men games online haa.. so.. 1 malam tue.. malam jumaat tak silap (gomen sini cuti Jumaat Sabtu).. haku berdating dengan "jambu" haku.. dengan perjanjian..ok..malamneh tidoq sama (lappy masing2 dibiar terpasang la..off esok pagi masa bangun Subuh)... haku tersedar kul 3 pagi sebab bunyi dia kol haku melalui game tue.. dengan mamai2 haku jawab (pkai earphone), tapi diam jer...lamaaa diam..kendian haku smbung tido lik..... Esoknya haku tanya dia.. dia ada kol ke? motip kol org tengah lena, dh kol takmo cakap.. haku taula dia jenis rajin bangun solat tahajud.. tapi tak penah2 dia kol tanpa sebab.. jambu haku ckp, "ehh.. mana ada kol.. haaa.. ada hantu kat umah awak neh"  Kojaq tulll mulut gitu... Start dari situ mmg aku elakkan dah on lappy dan tv sampai pagi....













Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2017 03:45 PM From the mobile phone | Show all posts
BabeYSHa replied at 31-7-2017 03:19 PM
Setahun lebih yang lalu.. memang haku pun ada habit biar tv terbuka sampai haku tertido kat sofa plu ...

I plk jnis mesti tdo dlm keadaan yg sunyi... lmpu bilik air on sbb takut gelap.. there's one time i pnh trtdo ngn tv on, tetba jek tv ubah2 cenel sendri.. my husben pun tkejut trus cabut wayar tv..
Pastu ade satu kes nih, i br jek beli mainan for my kids birthday, alaa yg learning laptop jnama barbie tu.. tgh2 mlm tetba benda tu berbunyik.. benda tu i simpan dlm almari sbb nk buat surprise utk ank2 kn.. tcari2 jugk mana dtg bunyik bckp2 tu.. dgr suara barbie laa.. i kejut my husben.. cek dlm almari, x tau mcmana nk turn off laptop mainan tu.. yg tkejut nyeeeee ialah benda tu xde bateri lg yeee... allahuakbar, i mnggigil2 takut sgt2.. husben i amik laptop barbie tu buh dlm bakul baju kt luar bilik.. so klu nk bunyik lg pun kitorg dh x dgr pape.. mlm tu mmg spnjg mlm on surah yassin non stop.. i lgsung x tdo.. i beli 2 laptop tu.. yg berbunyik mlm nye tu lgsung x bole guna.. satu jek survive smpi ari ni..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2017 03:50 PM | Show all posts
Edited by Mrs.smith at 31-7-2017 04:01 PM
BabeYSHa replied at 31-7-2017 03:19 PM
Setahun lebih yang lalu.. memang haku pun ada habit biar tv terbuka sampai haku tertido kat sofa plu ...

peristiwa apa tu cerita la @babeysha.Setakat ni selain tukar channel korea tu okay la takde apa2 yg jadi time on tv tu.Tu lah kdg pikir nk berenti kan habit tu sbb pikir membazir letrik je plus sian suami aku kene tido ada pancaran dari tv pulak sbb tv tu hujung katil, tp memg tak boleh iols dah cuba, huhu.

Wah yg call tu memg seram ler, ada baca dkt blog mana ntah pasal org tu call kawan nya yg stay di resort dkt pahang, then kawannya angkat tp cuma dgr bunyi hihihihi ngilai gitu.Esok pagi member nya tanya balik dan kawan dia tu ckp masa bila aku angkat call.So skrg sape yg angkat call tu dan be hihihi




btw thank mod @BabeYSHa blanja credit

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2017 03:59 PM | Show all posts
coyote_ugly0911 replied at 31-7-2017 03:45 PM
I plk jnis mesti tdo dlm keadaan yg sunyi... lmpu bilik air on sbb takut gelap.. there's one time  ...

scarynya yg laptop berbunyi even takde bateri, dh mcm cerita omputeh tp yg tu selalu music box kan.Iols sgt la trauma nak ada mainan kanak2 yg mengeluarkan bunyi ni sbb takot benda mcm tu terjadi,huhu.Muzik kanak2 plak memg mcm a bit spooky especially if dgr malam2 and sorg2
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 05:18 AM GMT+8 , Processed in 0.065440 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list