CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Mrs.smith

Koleksi kisah Mrs. Smith (real experience)

  [Copy link]
Post time 26-8-2017 06:03 PM | Show all posts
Mrs.smith replied at 22-8-2017 06:08 AM
KISAH 5: HANTU BAJANG

Kisah ni baru terjadi pada anak bongsu aku minggu lepas.Sejujurnya aku send ...

First time i dengar nama hantu ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2017 05:46 PM | Show all posts
fuhh.. laju berdebar jantung baca cite2 TT and korg yg lain..

Sekarang nie kt umah mak I pun tengah ada gangguan, but dia dok kat halaman rumah je tak boleh masuk dalam sebab ada pendinding.. tapi still, dia mengganggu jugakla..my brother yg bongsu nie tgh cuti semester so most of the time memang dok umah je la.. dia jarang bersosial ngan kengkawan sgt sbb dia bdk gamer kot.. melekat je la kt laptop dia tu main game sampai ke subuh. So ada 1 malam nie, or should I say pagi dah sebab dah kul 5pg camtu..dia dah siap2 nak tidur, dah off lappy dia.. actually dia pun tidur dekat hall rumah tapi bukan kt tempat tv la.. nie cam 2nd hall dekat depan and menghadap halaman umah. tu memang port dia la melepak main game and tidur kt sofa situ..

haa masa siap2 nak tidur tu, dia terdengar suara budak pompuan ketawa betul2 kt tepi tingkap sofa dia baring tu.. dia pelikla sebab masa tu memang takde org yg berjaga, tv off..radio off, laptop dia pun off. so kemungkinan suara tu datang dr benda2 tu kira 0 la kan.. and mana pulak ada budak pompuan nak main2 kat luar kul 5 pagi camtu.. dia tunggu lagi kalau dia dengar skali lagi, tapi takde. tapi sebab dia pun dah ngantuk sgt, so dia tidur je la buat cam xde pape jadik tapi dia tahu bunyi tu real bkn imagination sebab dia boleh demo balik camne bunyi ketawa tu sbb dia dengar dgn jelas.

then few days lepas tu baru dia tetiba nak cite kat mak I. baru la masa tu mak I cakap, perawat dia (my mom pun dlm proses nak berubat sakit buatan org so selalu la ulang alik jumpa perawat Islam tu..) penah cakap kt dia yg kt luar rumah ktorang tu ada 2 org 'budak perempuan' main2 kat situ tapi dia memang takleh nak masuk umah sebab ada pendinding.. so mak I takdela nak cite kt ktorang kan sebab dia tak nampak ada pape harm pun. So lepas mak I cakap camtu, dah macam confirmkan la pulak yg suara bdk perempuan ketawa tu mmg dtg dari makhluk2 tu. baru la dia nak seram sampai takut dah nak gi buangkan sampah kt luar memalam

dah lepas adik I cite camtu, mak I pun cakapla ada la few incidents yg dia tahu 'budak2' tu ada kt luar tu.. sebab, selipar2 and kasut2 yg kt rak kasut kt luar depan pintu tu selalu bersepah2 jatuh dari rak kasut padahallll malam sebelum tu mak I dah susun elok2.. kalau kucing amatlah mustahil sebab tak mungkin dia boleh bukak and panjat rak kasut and saje nak sepah2kan.. nie dah beberapa kali jadik and mak I dah letih buat tak tahu je la.. pastu selalu dgr cam ada bdk2 tgh main2 kat porch petang2 hari.. yg nie agak selalu..padahal anak2 jiran tak de pun kt luar tu..

actually masa umah I tu nak direnovate, masa tu ktrg tak duduk lagi.. baru pindah masuk after about 10 years umah tu kosong..beli tapi tak duduk sebab masa tu both my parents still keje kat tempat lain,  so takdela nak sewakan ke apa. memang biar kosong je.. and masa tgh renovate tu la, pekerja2 kontrak tu cakap ada budak pompuan main kt tangga.. cam memang duk situ.. kat bilik atas lak ada mak budak tu duk kt master bedroom. yg seram tu dorg siap describe bdk tu pakai gown merah rambut tocang dua. tapi mak dia pakai baju putih rambut panjang that typical pontianak tu la murung i bbrapa hari bila dapat tahu..seram kot! byk la gangguan sbb pekerja yg tgh tidur waktu rehat ttbe je rasa basah kt muka tgk budak tu kencing kt muka dia..lawak gak tapi masalahnya bdk tu is hantu. pahtu ada lagi la tak berapa nak igt.. before pindah masuk tu ada la ustaz halau benda2 tu and so far semua ok dah 6 tahun ktrg duk situ takde yg pelik2 jadik..baby pun ok je kat umah tu.

masalahnya skrg, ktrg tgh nak find out if yg budak pompuan 2 org kt luar umah tu adalah makhluk yg sama yg penah duduk kt tangga pakai gown merah tu ke tak..mana tau datang balik siap bwk kawan pulak ke.. kalau dia datang balik agak scary la sebab igtkn dah kena halau dia akan lupa terus address umah tu.. tapi ktrg lum berkesempatan lagi nak jumpa perawat mak aku tu memasing tgh busy skrg nie.

Eh terpanjang lak cite.. nanti kalau ada update I sambung lagi kt sini..  
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2017 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
ninjago replied at 29-8-2017 05:46 PM
fuhh.. laju berdebar jantung baca cite2 TT and korg yg lain..

Sekarang nie kt umah mak I pun ten ...

Pls update

utk tt jgk ye
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2017 09:36 PM From the mobile phone | Show all posts
MMISS replied at 10-8-2017 11:54 AM
ha.. nak tau jugak. balik sana boleh usyar..

psstt.. masih dok taman ritu ke shida

Masih miss....jemput lah ke rumahya
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2017 11:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Mrs.smith replied at 7-8-2017 01:36 PM
KISAH 4: MISTERI RUMAH SEWA (SAMBUNGAN)

Hari yang ditunggu dah tiba.Kitorg memg excited nak berpi ...

dekat area pagoh ke rumah sewa tt ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2018 02:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Omeyya replied at 12-9-2017 11:58 AM
dekat area pagoh ke rumah sewa tt ni?

Jeng jeng jeng
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2018 04:14 PM | Show all posts

Haaaaa, mama penah cerita rumah mama dulu....

setiap kali mama rakam mubi kat astro, the next day mubi tu delete ... off tv dgn decorder astro, kul 7 bangun decorder on by itself.

emmmm.....so im not the only one.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2018 10:53 AM | Show all posts
Mrs.smith replied at 30-7-2017 11:14 PM
KISAH 2: "JU ON" DI AUSTRALIA

Kali ni aku nak bercerita pasal hantu kokosen pulak, utk aku yang s ...

seriously.. lps baca kisah yg ni... aku susah nak lelap mata... dok teringat2... TT ok lagi sebab ada en. asben disebelah... mcm aku ni.. sampai ke liang lahat, tido sorang2 dlm gelap.... dan tido pun tak hadap ke wordrobe... tido pandang ke dinding je sampai pagi...

experience TT yg tgh lena tido, tup2 tersedar tanpa sebab...., sebenarnya aku pun byk kali kena mcm tu... dan bila aku kena mcm tu, mmg ada "sesuatu" akan berlaku.... Seolah2 kita ni sengaja dikejutkan bgn dr tido, semata2 utk diganggu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-4-2018 01:38 PM From the mobile phone | Show all posts
isteri_ayil replied at 20-4-2018 10:53 AM
seriously.. lps baca kisah yg ni... aku susah nak lelap mata... dok teringat2... TT ok lagi sebab  ...

kannn....

memg selalu kalau tiba2 terjaga tu, maksudnya memg ada benda berhampiran dgn kita.Ada kisah yg lagi scary berkaitan dgn terbangun sendiri ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2018 01:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah bersawang teruk thread ni, ada tak org yg nak baca kalau kita smbung cerita balik dkt sini
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2018 02:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Sambung la puan smith
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2018 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Mrs.smith replied at 31-7-2017 10:40 PM
KISAH 3: KAWAN DIGANGGU SIHIR (SAMBUNGAN)

Nona nekad nak putus jugak.Hati dia dah mati la kekdahn ...

I can imagine the kolej. Tt, u kolej mana dulu? I pun UiTM merbok jap. 2009/2010 gak hehehe I mahsuri! Haha sep sikit :p

Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2018 04:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Mrs.smith replied at 25-4-2018 01:39 PM
Dah bersawang teruk thread ni, ada tak org yg nak baca kalau kita smbung cerita balik dkt sini

Sile sambung ngn kadar segera yeeeeee... x yah ngade2 kucing nk tnye2 ye mrs smith.. klu bole tu stiap hari nk ade hapdet cite baru.. sile start mngarang now!

Skian trima kaseh..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2018 04:55 PM | Show all posts
KISAH 6:  PONTIANAK

Kampung aku terletak di utara tanah air. Kawasan kg tu dalam area kelapa sawit which rumah parent aku tu dalam sikit daripada jalan besar (kena menyusuri jalan kg utk smpai ke rumah).So korang boleh imagine la keseraman if nak lalu malam2.

Kami sekeluarga sebenarnya bukan berasal dari kawasan situ, sebelum tu  kami duduk di bandar.Terpaksa berpindah kesitu disebabkan arwah atuk berkeras untuk abah buat rumah dan tinggal disitu (jika tak nak ikut tak nak mengaku anak gitu kekdahnya).Abah aku anak tunggal, so dalam keterpaksaan terpaksa ikut kata orang tuanya.Kami adik beradik menentang keras, sedih terpaksa meninggalkan kawan dari kecil, kena berpindah sekolah, dan paling parah tempat kerja abah jadi lebih jauh.

Akhirnya abah menurut, plus arwah atuk ada wariskan abah tanah dan ladang kepala sawit yg perlu diuruskan.Jadi ketika aku berusia 11 tahun, dah start proses pembuatan rumah tu and rumah tu siap ketika aku berumur 12 tahun.Disebabkan agak sukar untuk menukar sekolah adik beradik ku, dan faktor jarak tempat kerja abah dan kg, kami hanya pulang ke kg setiap 2 minggu (hujung minggu) sehinggalah aku berumur 15 tahun (aku time ni sek. berasrama).So rumah kami di kg tu tidak berpenghuni selama 3 tahun (kecuali hujung minggu).

Hari yang tak berapa dinantikan tiba (aku xtau kenapa dari kecil aku tak suka balik kg).Tibalah masa untuk kitorg berpindah.Time ni aku tgh cuti sekolah.Lori sudah tersedia untuk mengangkut segala barang rumah dan pokok2 bunga mak aku.Akhirnya selamat kitorg berpindah, and bermula kehidupan di tempat yg baru dan suasana yg baru.Actually aku tak rasa sgt berpindah ni sbb aku sekolah berasrama penuh, adik aku la yg kesian sbb dia terpaksa kehilangan kawan2 sekolah dia and kena bersekolah di tempat yang baru.

Minggu pertama, tiada apa yg ganjil.Masuk minggu kedua, ketika inilah bermula gangguan yang pelik2 and peristiwa yang takkan aku dapat lupakan sampai skrg.Boleh ckp inilah titik permulaan aku menjadi seorang yg sgt penakut.Hari itu berjalan seperti biasa.Aku suka tgk tv sampai ke tengah malam and masa ni aku ada habit yg tak suka tido di dalam bilik.Aku suka tido diluar (atas sofa).Entah kenapa rasa mcm rimas dan lemas bila tido dalam bilik tertutup.Malam itu aku tertido seperti biasa berseorangan.Abang, adik dan parent aku semua tido dalam bilik.Hanya tinggal aku menonton tv and tanpa aku sedar aku terlelap.

Kg ni sgt sunyi dan bunyi cengkerik tu memg music to my ear la tiap2 malam.Tak semena-mena, aku terjaga sendiri, and without any introduction, dihujung kaki aku, berdiri satu lahabau ni.Sambil tersengih menyapa aku yang terkujat ni.Aku dapat lihat "dia" secara detail.Sungguh betulla hodoh seperti dikata .Rambutnya mengerbang, wajah nya mcm ada tepung gomak dan kulitnya terkopek2, sekeliling mata dia hitam, mata merah menyala dan paling tak boleh lupa, senyumannya. Ya senyumannya..

Senyumannya menyeringai, menampakkan kedua gigi taringnya.Darah seperti bersisa di sekitar mulut dia.Aku tak boleh lupa saat tu.The worse moment in my life (meremang taip ni).Waktu ni mulut seperti terkunci, dan badan aku menggigil teruk (serius tak dpt kawal).Bukan main seronok kan benda tu nyakat aku, cilaka betul.Aku cuba menarik selimut, tapi tak berdaya.Ku cuba tarik lagi sekali and yes finally berjaya dan kini mata ku terhijab  dari memandang dia, kemudian pandangan ku  gelap.

Terpisat2 aku bangun pagi tu.Cuba untuk hadam apa yg jadi malam tadi.Is it real?aku bermimpi ke.Aku bangun dan terus menuju ke dapur.Kelihatan mak aku sedang menyediakan sarapan pagi.Aku duduk di meja makan, senyap membisu.Mak menegur aku.Tanpa buang masa, aku ceritakan peristiwa malam tadi.Mak kusyuk mendengar, mengiyakan pun tidak, menyangkal pun tidak.Rupa-rupanya aku bukan orang pertama yg disakat dirumah tu.......

bersambung..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2018 04:59 PM | Show all posts
coyote_ugly0911 replied at 1-5-2018 04:40 PM
Sile sambung ngn kadar segera yeeeeee... x yah ngade2 kucing nk tnye2 ye mrs smith.. klu bole tu s ...

Saje uols nak gedik2 manja mcm kak lina pom pom

Dah update uols.Mohon baca, ampun jika punchline dlm cerita tak sampai yachs
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-5-2018 05:00 PM | Show all posts
anyclassything replied at 1-5-2018 10:51 AM
I can imagine the kolej. Tt, u kolej mana dulu? I pun UiTM merbok jap. 2009/2010 gak hehehe I mahs ...

Sama pulek kolej kita.Adakah anda org yg ku kenali
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2018 05:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Mrs.smith replied at 2-5-2018 04:59 PM
Saje uols nak gedik2 manja mcm kak lina pom pom

Dah update uols.Mohon baca, ampun jika punch ...

X kesah laa nk mnja kak lina pompom ke princhiqi chiki boom2 ke ipa puk2, sile sambung laju2.. sekentut halus jek dh abis cite nyeeee... tba2 sambung pulekkkssssss.... mcm nk kunyah2 jek mrs smith nih..  





Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2022 02:36 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 01:44 AM GMT+8 , Processed in 0.074185 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list