CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1976|Reply: 10

Sentuhan Fizikal Dengan Entiti Makhluk Halus

[Copy link]
Post time 31-7-2017 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Aku just nak share simple-simple je.Sepanjang hidup aku,aku pernah alami sebanyak 3 kali sentuhan secara fizikal ni.Kali pertama masa tahun 2000.Malam tu malam jumaat.Memang habit aku suka tidur lambat.Malam tu aku tengah asyik tengok TV dalam pukul 1.30 pagi.Aku berbaring sambil tangan sebelah kanan letak atas dahi.Tetiba ada satu tangan pegang tangan aku.Tangan tu besar.kulit telapak tangan yang pegang aku tu rasa macam sangat tebal.Entiti tu pegang tangan aku agak lama lebih kurang dalam 2 minit.pegangan dia memang kuat.Aku dengan slumber badak je terus menjeling ke atas tapi tak nampak apa-apa.lepas aku baca ayat kursi,barulah entiti tu lepaskan tangan aku.

Kali kedua pun berlaku pada malam jumaat tahun 2001.Macam biasa la aku suka tido lambat.maklumlah,dah lama duk hostel.Dulu aku belajar dekat MRSM.Bila dapat peluang balik kampung,memang tengok TV gila-gila la.Masa nak tidur dalam pukul 2.30 pagi,tiba-tiba....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-7-2017 10:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Pancing la tu..

Yela.yela.

Minta sambung ye.. tiba2??
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2017 10:58 PM From the mobile phone | Show all posts
tiba2??????? aq hanya bermimpi.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-7-2017 11:06 PM From the mobile phone | Show all posts
SAMBUNGAN...

Tiba-tiba aku rasa rimas.Jantung berdebar-debar.macam ada benda nak datang dekat aku.aku tutup mata aku dengan tangan.Pada masa tu gak aku rasa ada sesuatu duduk atas dada aku sebelah kanan.memang real.punggung dia tu kecik je.macam budak umur 1 tahun.tapi berat dia hanya Allah yang tahu.aku hanya tunggu je apa nak jadi lepas ni.Tanpa disangka-sangka entiti tu ketawa tapi xkuat la.aku buat dunno je.kemudian aku rasa macam entiti tu mendekatkan diri ke muka aku.tiba-tiba plak dia hembus udara ke hidung aku.lama jugak la sampai aku rasa macam nak lemas.aku baca ayat kursi dalam hati kononnya tak nak bagi kantoi la yang aku belum tido.Alhamdulillah,Allah lindungi aku.entiti tu blah macam tu je.
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2017 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada rasa kena tindih ke? Tubuh badan lain boleh gerak masa tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2017 12:21 AM From the mobile phone | Show all posts
doubleA replied at 31-7-2017 11:22 PM
Ada rasa kena tindih ke? Tubuh badan lain boleh gerak masa tu?

Memang sah kena tindih.bezanya yang ni memang real.boleh rasa bentuk punggung dia masa dia duduk atas dada/rusuk kanan.bahagian badan belah kiri still boleh bergerak.belah kanan kaku terus.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-8-2017 12:36 AM From the mobile phone | Show all posts
cmf_BeachBoys replied at 31-7-2017 11:06 PM
SAMBUNGAN...

Tiba-tiba aku rasa rimas.Jantung berdebar-debar.macam ada benda nak datang dekat aku ...

Nafas dia berbau tak?
Bau apa?

I terbayang The grudge kalau hantu bebudak ni
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2017 07:43 AM | Show all posts
WajibulGhunah replied at 1-8-2017 12:36 AM
Nafas dia berbau tak?
Bau apa?

Aiwa..toshiba.. suzuki.... kawasaki.... sashimiiiii

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-8-2017 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
WajibulGhunah replied at 1-8-2017 12:36 AM
Nafas dia berbau tak?
Bau apa?


Yang tu memang pelik.aku expect nafas makhluk ni busuk gila.rupa-rupanya langsung tak berbau.macam dia tak pernah guna mulut dia untuk kunyah makanan.kalau macam kita ni walau dah gosok gg pun still ada lagi bau makanan tu skit2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-8-2017 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
SAMBUNGAN...

Kali ketiga berlaku masa aku belajar di universiti.masa tu aku duk sorang2 dalam bilik.ntah mana pergi sume housemate aku masa tu.kitorang duk ber 6.kejadian berlaku pada tahun 2005 camtu la.waktu petang lepas asar.

Ntah apa yang buat aku penat sangat petang tu.aku pun tdo la.baik punya tdo tetiba aku rasa kena tindih.siap dia jelmakan wajah dia dalam mimpi aku.boleh gelak2 lagi plak tu.wajah dia warna hijau.ada sepasang taring panjang dalam 2 inci.mata dia terperosok ke dalam.telinga tajam macam elf.mulut dia merah menyeringai.

Aku pun apa lagi.hangin la satu badan.aku lawan tapi badan tak boleh gerak.ntah macam mana waktu kaki aku sebelah kiri boleh lepas,aku pun hayun kaki aku nak sepak dia.target miss la kot sebab aku sepak direct ke dinding.abis pecah kuku kaki aku n berdarah-darah.Then,entiti tu hilang camtu je.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2017 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
mungkin entiti tu ajak awak bersetubuh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:25 PM GMT+8 , Processed in 0.068350 second(s), 38 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list