Susulan Ahad lalu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga naib presiden Umno membangkitkan sejarah Dr Mahathir yang berketurunan India dan mendakwa IC biru yang dimiliki Tun Mahathir dulu itu adalah bernama "Mahathir a/l Iskandar Kutty".
Kelmarin, Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi kenyataan video, tampil mencabar Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi membuktikan dakwaannya mengenai nama sebenar Mahathir seperti yang didakwa.
Memetik laporan Malaysiakini, bekas Perdana Menteri itu berkata, dirinya rasa terkejut dengan kenyataan yang dibuat Datuk Seri Ahmad Zahid berhubung asal-usulnya kerana ianya berbeza sama sekali daripada yang diketahui umum.
"Tapi kalau dia boleh tunjuk saya nak tengoklah. Jangan sembunyi, jangan buat macam Apandi (Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali).
“Apandi bila tunjuk, tak ada apa-apa, tapi masuk dalam akta rahsia kerajaan.
"Yang ini Zahid nak rahsia juga? Tunjuklah," katanya.
Sementara itu Dr Mahathir berkata, Zahid adalah kaki pembohong kerana dia tidak boleh menunjukkan kad identiti lama berwarna biru itu.
Tambah Dr Mahathir beliau malu kewujudan orang seperti Zahid dalam kabinet Malaysia.- CARI
Post time 1-8-2017 11:21 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku kesiankan Tun M ni. Dah tua pun jd mangsa kecaman manusia yg dulu pernah duduk semeja dengan dia bincang hala tuju malaysia. Dh nama pun manusia, mesti ada bad side n good side. Tak semua manusia sempurna. Nasiblah aku bukan ahli politik.
Zahid tak layak jadi tpm. Cuba bayangkan kalau satu hari nanti dia jadi pm!
Bagi saya Tak sepatutnya zahid ungkit sehingga ke nama keturunan mahadir. Childish sangat zahid ni, mahadir tu dah tua sangat. Orang tua memang perangai dia seperti itu. Kesihan kat mahadir.