CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6517|Reply: 90

[Tempatan] Gaji RM10,000, bayar PTPTN RM50 sebulan. Janji bayar!

[Copy link]
Post time 2-8-2017 07:42 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR, 31 Julai — Kementerian Kewangan kesal dengan sikap sesetengah peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang mengambil mudah pembayaran pinjaman mereka.

Menterinya berkata sesetengah peminjam sudah berpendapatan menjangkau RM10,000 sebulan namun masih mengekalkan ansuran bulanan RM50.

“Agak menyedihkan masih ada yang sudah bekerja dengan gaji RM5,000 hingga RM10,000 sebulan tetapi enggan membuat bayaran walau sedikitpun.

“Kes seperti ini sudah berkurangan sejak PTPTN menjalankan tindakan penguatkuasaan, namun ia masih berlaku.

“Apabila gaji meningkat, mereka sendiri perlu meningkatkan bayaran,” kata Datuk Seri Johari Abdul Ghani seperti dilaporkan Berita Harian.

Akhbar sama melaporkan PTPTN sudah mengutip RM10.9 bilion bayaran balik daripada 1.3 juta peminjam.

Namun ia masih rendah berbanding sasaran RM18.8 bilion daripada 1.9 juta peminjam.

Johari berkata peminjam yang mempunyai masalah pembayaran balik perlu berbincang dengan PTPTN.

“Saya nasihatkan peminjam yang belum bekerja datang berbincang kerana PTPTN menganggap selepas beberapa bulan tamat belajar, peminjam sudah bekerja.

“Jika sudah bekerja tetapi tidak mampu bayar mengikut jumlah yang ditetapkan, juga kena berunding berdasarkan kemampuan mereka.

“Contohnya, jika RM100 tidak mampu, bayarlah RM50, PTPTN fleksibel dalam cara pembayaran balik,” beliau dilaporkan berkata.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2017 07:50 AM | Show all posts
aku org yg paling aku benci bila berhutang tak mau bayar..buat  buat lupa...

kalau kerajaan hutang kita laju shj kerajaan bayar

kalau bank hutang kita liat betul mau bayar,,kalau kau hutang bank ..bukan main lagi bank hari hari tagih hutang..betul betul Yahudi..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2017 08:07 AM | Show all posts
Susah pulak nak percaya berita ni.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2017 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Akk pon tak boleh percaya dengan ptptn ni.....part beberapa bulan dh dpt kerja tu memng nampak penipu nya.

Kalau betul spt dikata Akk syak peminjam baru yg buat hal.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2017 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Simunggu replied at 2-8-2017 07:50 AM
aku org yg paling aku benci bila berhutang tak mau bayar..buat  buat lupa...

kalau kerajaan hutan ...

1mdubo lupa nak bayar hutang kat abu Dhabi yg due 31july. Kau benci tak?

https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1053046&mobile=2
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2017 08:31 AM | Show all posts
Dah pinjam bayar ajalah, tak senang hati tu nanti you all.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-8-2017 08:34 AM | Show all posts
bayar je lah.. mse nk mtx PTPTN dulu pandai plk janji dan sign.

ak bukan di pihak PTPTN. ak tuju kpd mereka yg bekerja gaji besar tp xnk bayar. yg adik2 baru hbs bljr blm dpt kije atau mereka2 yg kije gaji ciput, iols sedih sb deols struggle nk hidup tp kena pk mcmne nk bayar PTPTN.

mungkin cadangan aku ni boleh digunapakai; jgn pakai iPhone atau mana2 telefon mahal dan x pyh pakai Astro. Pakai topup rm30 sebulan x pyh pakai bil Platinum Celcom rm150 tuh?

Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2017 08:40 AM | Show all posts
saya bekerja mengutip hutang pinjaman juga, tapi bukan di bawah ptptn. Berita ni benar, banyak peminjam kami yang handle yang perangai mcm ni. Selalunya yg degil nk byr ni peminjam tahun2 lama yg berjawatan besar dan bergaji tinggi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2017 08:52 AM | Show all posts
syukkuuurrr telah berjaya menghabiskan hutang belajar
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2017 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku bab hutang ni memang x senang hati.. cari jln nak settle.. x suka hidup tanggung hutang...
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2017 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Semakin tinggi income, semakin tinggi komitmen
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2017 08:55 AM | Show all posts
Benda ni betul sebab kat pejabat aku ni ade a few people yang gaji lagi tinggi dari aku tapi x habis2 bayar lagi. Aku tahun ke-4 kerja dah settle habis. Yang paling hauk sekali memanjang bertukar handbag, raya beli 4-5 pasang baju,ade "duck" tower. Setiap kali PTPTN buat statement dorang kutuk PTPTN zalim. sakit hati aku
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2017 08:59 AM | Show all posts
Kenapa theyols liat sungguh bayar PTPTN? Kawan2 I guna duit PTPTN dulu bukan for studies pun tapi tukar phone etc. Dasar.
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2017 09:05 AM | Show all posts
dodolgemok replied at 2-8-2017 08:21 AM
1mdubo lupa nak bayar hutang kat abu Dhabi yg due 31july. Kau benci tak?

https://mforum.ca ...

1MDB tu siapa?? kerajaan?? swasta?? kalau swasta mcm Samsung lah tu...pandai pandai lah mereka settlekan..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2017 09:13 AM From the mobile phone | Show all posts
azimodin replied at 2-8-2017 08:55 AM
Benda ni betul sebab kat pejabat aku ni ade a few people yang gaji lagi tinggi dari aku tapi x habis ...

janji dia byr ok la dh kata flexible

kalau x byr tu lain la..lantak la dorang nk hbs byr 100 thn sekalipun

hahaahaa
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2017 09:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Come on la...dah gaji besar bayar ajela kasi habis. Ni bukan kes ptptn jer, mara tu pun dulu sampai keluar satu page besar kat paper senarai nama blacklist utang tak bayar. Sedang mara yg tak ada bunga tu pun tak berbayar, ni kan pulak ptptn. Ptptn lahir sebab Mara pun tak mampu nak bg loan since semua pemiutang tak nak bayar. Tapi same cycle gak, thanks to semua org yg tak nak bayar hutang diorang ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-8-2017 09:17 AM | Show all posts
xtahumenahu replied at 2-8-2017 08:52 AM
syukkuuurrr telah berjaya menghabiskan hutang belajar

alhamdulillah, u betul2 patriotik rakyat malaysia
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2017 09:20 AM | Show all posts
gaji besar bayar RM50..sambil tu mengeji yang belum dpt kerja dan xbayar PTPTN
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2017 09:22 AM | Show all posts
nobito replied at 2-8-2017 08:18 AM
Akk pon tak boleh percaya dengan ptptn ni.....part beberapa bulan dh dpt kerja tu memng nampak penip ...

Why tak caya habis grad terus keje? Ank saya 2 minggu je menganggur, tak sempat konvo. Kwn dia pun sama habis je cuti keja kat sapura. Tapi my ank scholarship. So tak impossible pun terus dpt keje lepas habis belajar. Gaji rm10000 tu pun ramai senior dia dpt sbb On G masa tu..
Reply

Use magic Report

Post time 2-8-2017 09:22 AM | Show all posts
tak rasa malu ke gaji besar tapi culas bayo hutang
nanti kat kesian adik2 yg nak sambung belajar tapi takde fund
tak tenang wei hidup
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

16-4-2024 07:34 PM GMT+8 , Processed in 0.109871 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list