CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3465|Reply: 10

Rusia Cipta Peluru Berpandu ‘Jahat’ Selaju 7,400km/j

[Copy link]
Post time 4-8-2017 10:22 AM | Show all posts |Read mode




MOSCOW – Rusia berjaya menghasilkan peluru berpandu hipersonik dan didakwa memiliki kelajuan luar biasa yang mampu mencapai enam kali kelajuan bunyi.
Ibtimes melaporkan, peluru berpandu yang dikenali sebagai ‘Zircon’ atau 3m22 itu diuji di tapak pelancaran senjata di perairan Yasny dan melepasi beberapa ujian sasaran tembakan dari jarak 800 kilometer.

Difahamkan, sebutir misil Zircon itu mampu memusnahkan kapal perang angkatan laut dalam sekelip mata kerana misil berkenaan mampu memecut pada kelajuan 4,600 batu sejam atau kira-kira 7,402 kilometer sejam.

Misil Zircon menggunakan teknologi yang terdapat pada sistem scramjets (supersonic combustion ramjet) namun ia telah diperbaharui dengan hasil kajian intensif yang mampu menjangkaui kelajuan Mach 5.



Scramjets tidak memerlukan bahan bakar seperti yang terdapat pada misil biasa, kerana teknologi ini menggunakan cecair hidrogen yang dicampur dengan udara oksigen yang diambil terus dari atmosfera.

Pembakaran hidrogen dan oksigen pada kelajuan supersonik ini seterusnya menyebabkan bahan api menerima kelajuan berkali-kali ganda daripada kebiasaan.
Selain itu, ia turut mempunyai reka bentuk sistem mekanikal yang mudah, yang mana sedikit sebanyak akan mengurangan kemungkinan kegagalan mekanikal ketika berlepas.




Kehebatan peluru berpandu itu membolehkannya menduduki carta teratas sebagai peluru berpandu hipersonik terlaju yang pernah dimiliki Rusia setakat ini.
‘Menariknya’, tiada lagi sistem pertahanan di dunia yang mampu memintas kelajuan Zircon, menjadikan peluru berpandu ini agak mustahil untuk dihentikan.


Sebagai perbandingan, peluru berpandu Royal Navy’s Sea Ceptor yang direka Britain bagi halang peluru berpandu musuh hanya mampu terbang sejauh 24 km dengan kelajuan 3,700 kilometer sejam, iaitu penurunan sekali ganda daripada kelajuan Zircon.

Sementara itu laman Businessinsider turut mendedahkan peluru berpandu Zircon berisko sebagai bahan ‘utama’ resipi kemenangan ekoran masih tiada lagi sistem pertahanan dari mana-mana negara, kecuali Rusia yang mampu menghalangnya.


Sehingga kini hanya beberapa negara sahaja yang dilihat bergiat aktif dan cuba mendahului negara-negara lain menerusi teknologi peluru berpandu hipersonik, termasuklah India, Amerika Syarikat dan Rusia. –MYNEWSHUB.CC






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-8-2017 11:47 AM | Show all posts
kalau berlako world war3 ,pekara pertama kena di lakukan tanam ubi,jagung, korek telaga,simpan bahan kering dalam stor ..

akak dah fikir panjang dh start tanam pokok ubi kt kampung. incase berlaku perang akak balik kampung.
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2017 06:32 AM | Show all posts
Selaju mana pun peluru berpandu...ia tetap akan musnah juka misil pemintas yang menghampirinya dari hadapan mampu diletupkan cukup hampir dengannya. Misil pemintas tak perlu sama laju atau lebih laju. Cuma perlu ada sensor fius yang cukup jitu untuk meletup apabila cukup hampir dengan misil yang dipintas
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2017 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
trakea replied at 5-8-2017 06:32 AM
Selaju mana pun peluru berpandu...ia tetap akan musnah juka misil pemintas yang menghampirinya dari  ...

Kalau peluru tu ada ciri-ciri stealth macam Iskander-M?
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2017 08:56 AM | Show all posts
cmf_BeachBoys replied at 5-8-2017 06:15 PM
Kalau peluru tu ada ciri-ciri stealth macam Iskander-M?

No problem. Guna peluru berpandu yang ada infra red seeker
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2017 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
trakea replied at 6-8-2017 08:56 AM
No problem. Guna peluru berpandu yang ada infra red seeker

Heat seeker hanya boleh dilancarkan setelah peluru berpandu balistik yang mempunyai ciri stealth dapat dilihat dengan mata kasar.

Sempat ke heat seeker bertindak balas untuk memintas peluru berpandu stealt tadi?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2017 03:04 PM | Show all posts
cmf_BeachBoys replied at 6-8-2017 12:40 PM
Heat seeker hanya boleh dilancarkan setelah peluru berpandu balistik yang mempunyai ciri stealth d ...

Siapa kata ?
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2017 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
trakea replied at 6-8-2017 03:04 PM
Siapa kata ?

Heat seeker tak mampu detect peluru balistik stealt melepasi garis horizon.kalau nak jugak kena pakai radar.kalau radar take boleh detect peluru berpandu stealth,macam mana heat seeker nak beroperasi?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2017 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Satu lagi altitude peluru berpandu balistik ni tinggi,mampu ke heat seeker capai dan pintas dalam jarak selamat?

Sebab peluru ni 6 kali kelajuan bunyi.kalau dengan bantuan graviti masa menjunam,mau cecah lebih dari 6 kali kelajuan bunyi.konfident ke heat seeker boleh pintas?
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2017 08:50 AM | Show all posts
cmf_BeachBoys replied at 6-8-2017 03:13 PM
Satu lagi altitude peluru berpandu balistik ni tinggi,mampu ke heat seeker capai dan pintas dalam ja ...

Peluru berpandu mach 6 yang dibincangkan di sini adalah sejenis cruise missile untuk musnahkan kapal. Bukan ballistic missile. Kaedah paling logik untuk memintas stealth version mach 6  antiship missile pula ialah dengan menggandingkan electro optical targeting system (EOTS) dengan peluru berpandu jenis heat seeker yang boleh lock on after launch (LOAL)


Reply

Use magic Report

Post time 9-8-2017 11:22 PM From the mobile phone | Show all posts
nih mmg jahat....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 05:39 PM GMT+8 , Processed in 0.297003 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list