CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3428|Reply: 16

hikmah isu penasaban , inisiatif perlu dimulakan...

[Copy link]
Post time 6-8-2017 02:09 AM | Show all posts |Read mode
Edited by mbhcsf at 6-8-2017 09:11 AM

Kerajaan tubuh jawatankuasa perkasa Mahkamah Syariah By admin - August 5, 2017

Read more at: https://www.menara.my/kerajaan-t ... a-mahkamah-syariah/





KUALA LUMPUR: Kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Memperkasa Mahkamah Syariah (JKMMS) untuk memperkasa Mahkamah Syariah selaras dengan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom, berkata penubuhan JKMMS itu dipersetujui pada Mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan hari ini, dalam usaha memperkasakan sistem perundangan syariah secara keseluruhan. “Ini membuktikan komitmen berterusan kerajaan dalam usaha memperkasakan Mahkamah Syariah secara holistik demi maslahah dan kepentingan umat Islam.




“Inisiatif ini juga membuktikan kerajaan prihatin dan peduli terhadap semua input yang diterima dengan menubuhkan satu jawatankuasa yang akan membabitkan semua pihak yang berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Beliau berkata, JKMMS adalah satu platform yang berwibawa bagi menambah baik sistem perundangan kehakiman syariah sedia ada. “Jawatankuasa ini juga akan mewujudkan beberapa kluster, yang akan membincangkan perkara yang berkaitan iaitu pengharmonian antara Undang-Undang Sivil dan Undang-Undang Syariah, cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 [Akta 355] serta pengurusan dan penstrukturan Mahkamah Syariah.





“Perkara lain yang akan dibincangkan adalah latihan hakim dan pegawai syariah, pendidikan undang-undang syariah dan hal ehwal berkaitan peguam syari’e,” katanya. Jamil Khir berkata, JKMMS akan dianggotai wakil Majlis Agama Islam Negeri, ahli akademik dan cendekiawan, wakil Jabatan Peguam Negara, aktivis masyarakat dan bekas pimpinan tertinggi dalam sektor awam. “Ia turut dianggotai tokoh lain yang berwibawa dan berpengalaman dalam hal perundangan di Mahkamah Sivil dan Mahkamah Syariah,” katanya.

Read more at: https://www.menara.my/kerajaan-t ... a-mahkamah-syariah/
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-8-2017 02:10 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 6-8-2017 02:12 AM

pada saya , bagus untuk menjamin keselarasan dan amalan  praktis undang undang Islam dalam beberapa aspek terutama sekali yg bebetul serious dan menyentuh maqasid syariah. lagi satu article 3 perlembagaan telah jelas menerangkan kedudukan islam dan staus Islam sebagai agama bagi PERSEKUTUAN.  Saya difahami bukan sesaje clause clause itu diletakkan pada perlembagaan itu, so tiba masanya inisiatif serious diambil.
di alam dunia sebelum barzah, semoga jariah kudrat dan ilmu pihak yg terbabit memberatkan mizan yg HAQ di hari pembalasan.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2017 02:17 AM | Show all posts
Kes “Bin Abdullah”, JPN Gagal Dapat Penangguhan By Wartawan Menara - August 4, 2017

Read more at: https://www.menara.my/kes-bin-abdullah-jpn-gagal-dapat-penangguhan/


Kuala Lumpur: Kerajaan telah gagal untuk menangguhkan keputusan penghakiman oleh Mahkamah Rayuan atas kes anak tak sah taraf.

Menurut Malaysia Kini Jabatan Pendaftaran Negara sebelum ini menuntut penangguhan ke atas penghakiman tersebut kerana bercanggah dengan Fatwa yang telah dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan. Kanak-kanak, yang tidak dinamakan oleh mahkamah atas sebab keselamatan, telah mencabar polisi JPN di mana anak tak sah taraf wajib menurut fatwa yang menghalang seorang anak tak sah taraf dinasabkan kepada ayahnya.

Sidang Mahkamah Rayuan yang diketuai oleh Tengku Maimun Tuan Mat menolak permintaan untuk menangguhkan keputusan penghakiman tersebut. JPN sebelum ini, menyatakan akan memohon supaya keputusan Mahkamah Rayuan yang memutuskan Ketua Pengarah JPN tidak terikat dengan Majlis Fatwa Kebangsaan ditangguhkan, sehingga kes ini diputuskan diperingkat Mahkamah Persekutuan.





Read more at: https://www.menara.my/kes-bin-abdullah-jpn-gagal-dapat-penangguhan/

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2017 02:19 AM | Show all posts
tak mengapa , ujian itu rahmat dan akan ada hikmah yg tersembunyi dan as Muslims kita mengetahui Allah Maha Melihat dan Maha Bijaksana.

Satu sarwajagat  atau alam cakerawala  , Allah telah cipta....
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2017 02:25 AM | Show all posts
Salam TT

Elok merge kan sume topik berkenaan penasaban
jika berkenaan lah kan.
- cadangan je le.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2017 08:57 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 6-8-2017 09:05 AM

KITA TERLEPAS PANDANG
Saifulizam Mohamad





JABATAN Pendaftaran Negara (JPN) telah memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan menerusi Jabatan Peguam Negara terhadap keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan pada 27 Julai lalu. GAMBAR HIASAN


KEPUTUSAN Mah-ka-mah Rayuan membenarkan anak tidak sah taraf dibin atau dibintikan kepada bapanya dalam satu kes rayuan 27 Julai lalu berdasarkan peruntukan Seksyen 13A (2) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (BDRA) 1957 telah mengundang satu perbahasan umum antara banyak pihak khususnya mufti, pakar agama, pakar perundangan dan ahli akademik.


Ini kerana keputusan itu dilihat tidak selari dengan kehendak syarak apabila anak kecil yang terlibat dalam kes rayuan tersebut lahir kurang enam bulan dari tarikh perkahwinan ibu bapanya. Berdasarkan fakta kes, anak itu lahir lima bulan dan 24 hari atau lima bulan dan 27 hari mengikut takwim Islam.




Sekiranya berlaku sesuatu yang bertentangan dengan syarak sebagai contoh dalam kes perwalian dan pembahagian harga pusaka sudah pasti ada kesannya terhadap anak yang tidak bersalah itu gara-gara dosa yang dilakukan kedua ibu bapa mereka.

Sebab itu, salah satu Maqasid Syariah ialah memelihara nasab selain memelihara agama, memelihara nyawa, memelihara akal dan memelihara harta. Atas asas itu juga (memelihara nasab) Allah mengharamkan zina. Malah mereka yang melakukan perbuatan haram itu wajib menjalani hukuman seperti mana ditetapkan oleh syarak.

Firman Allah dalam surah al-Isra’ ayat 32:”Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang membawa kerosakan.”

Ayat al-Quran ini jelas menunjukkan bahawa zina bukan sahaja satu perbuatan keji bahkan akan menyebabkan kerosakan kepada mereka yang melakukannya.
Justeru, isu melibatkan nasab ini tidak boleh dipandang remeh disebabkan wujudnya faktor-faktor tertentu kerana implikasinya akan berterusan sehingga gene-rasi mendatang.

Bayangkan sekiranya perwalian dalam satu perkahwinan itu tidak sah semata-mata mahu menutup malu.

Begitu juga dengan isu pembahagian harta pusaka kepada anak yang statusnya tidak sah taraf. Ibu bapa dalam hal ini perlu -lebih jujur demi kebahagiaan anak mereka dan bukannya menutup sejarah hitam masing-masing.











Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana/utama/kita-terlepas-pandang-1.511302#ixzz4ovrdbu1h
© Utusan Melayu (M) Bhd

































































































Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-8-2017 09:02 AM | Show all posts
Untuk makluman, Muzakarah Jawatankuasa Fat-wa, Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam kali ke-44 yang bersidang pada 25 Jun 1998 telah memutuskan bahawa anak tidak sah taraf termasuk anak luar nikah perlu dibin atau dibintikan Abdullah atau lain-lain nama Asmaul Husna.

Apa pun keputusan telah dibuat dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) juga telah mengambil langkah seterusnya dengan memfailkan rayuan ke Mahkamah Persekutuan menerusi Jabatan Peguam Negara terhadap keputusan itu.

Berbalik kepada isu pokok, sewajarnya pihak-pihak berkepen-tingan mengambil langkah lebih proaktif bagi memastikan kejadian serupa tidak lagi berlaku.

Kita tentu cukup maklum persoalan tentang nasab dalam Islam adalah sesuatu yang amat pen-ting kerana melibatkan banyak hukum seperti perwalian, pembahagian harta pusaka, pergaulan (dari segi aurat), perkahwinan dan nafkah.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana ... 11302#ixzz4ovsoiPng
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2017 09:04 AM | Show all posts
Sekiranya berlaku sesuatu yang bertentangan dengan syarak sebagai contoh dalam kes perwalian dan pembahagian harga pusaka sudah pasti ada kesannya terhadap anak yang tidak bersalah itu gara-gara dosa yang dilakukan kedua ibu bapa mereka.

Sebab itu, salah satu Maqasid Syariah ialah memelihara nasab selain memelihara agama, memelihara nyawa, memelihara akal dan memelihara harta. Atas asas itu juga (memelihara nasab) Allah mengharamkan zina. Malah mereka yang melakukan perbuatan haram itu wajib menjalani hukuman seperti mana ditetapkan oleh syarak.

Firman Allah dalam surah al-Isra’ ayat 32:”Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang membawa kerosakan.”

Ayat al-Quran ini jelas menunjukkan bahawa zina bukan sahaja satu perbuatan keji bahkan akan menyebabkan kerosakan kepada mereka yang melakukannya.

Justeru, isu melibatkan nasab ini tidak boleh dipandang remeh disebabkan wujudnya faktor-faktor tertentu kerana implikasinya akan berterusan sehingga gene-rasi mendatang.

Bayangkan sekiranya perwalian dalam satu perkahwinan itu tidak sah semata-mata mahu menutup malu.

Begitu juga dengan isu pembahagian harta pusaka kepada anak yang statusnya tidak sah taraf. Ibu bapa dalam hal ini perlu -lebih jujur demi kebahagiaan anak mereka dan bukannya menutup sejarah hitam masing-masing.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana ... 11302#ixzz4ovtBTuNN
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-8-2017 09:05 AM | Show all posts
“Sebenarnya kita terlepas pandang. Kita mungkin tidak sedar bahawa terdapat kelompangan dalam akta ini lebih-lebih lagi apabila membabitkan kepenti-ngan Islam dan orang Islam.

“Seharusnya keadaan ini diperbetulkan segera agar tidak lagi timbul perkara berbangkit pada masa akan datang,” kata Ketua Kluster Governans, Perundangan dan Pengurusan Awam Majlis Profesor Negara (MPN) Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Nik Mahmood ketika dihubungi baru-baru ini.

Katanya, usaha itu penting supaya pemeliharaan nasab dan keturunan seperti mana yang dikehendaki oleh syarak turut dijamin dalam akta berkenaan dan kaedah terbaik adalah dengan meminda Seksyen 13A (2) akta tersebut.

“Melalui pindaan itu, pihak kerajaan boleh menge-cualikan pemakaian peruntukan seksyen berkenaan terhadap orang Islam sebaliknya pemakaian ha-nya tertakluk kepada orang bukan Islam. Perlu ada perbezaan antara orang Islam dan bukan Islam dalam seksyen ini demi untuk memelihara nasab keturunan se-perti mana yang ditentukan oleh syarak,” katanya lagi.

Pandangan yang sama turut di-suarakan oleh Presiden Persa-tuan Peguam Muslim Malaysia, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar dan Felo Utama Pusat Kajian Syariah, Undang-undang dan Politik Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Prof. Madya Dr. Shamrahayu Abdul Aziz ketika diminta mengulas isu itu sebelum ini.

Mereka mahu Seksyen 13A(2) akta itu dipinda agar kepentingan orang Islam khususnya berkaitan dengan pemeliharaan nasab serta keturunan sentiasa terjamin.

Usa-ha itu juga bertepatan dengan kedudukan Islam sebagai agama bagi Persekutuan sebagaimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Tidak kurang juga pihak yang berpandangan bahawa keputusan Mahkamah Rayuan itu mempu-nyai hikmah dan penulis sendiri tidak menafikannya. Setidak-tidaknya keputusan tersebut mem-buka mata banyak pihak bahawa masih terdapat seksyen tertentu seperti Seksyen 13A (2) Akta Pendaftaran Kelahiran dan Kematian (BDRA) 1957 yang jelas menimbulkan polemik apabila peruntukan itu tidak selari de-ngan hukum syarak.

Oleh itu, disyorkan supaya pihak Jabatan Peguam Negara menubuhkan satu pasukan khas untuk membuat semakan semula terhadap mana-mana peruntukan serta seksyen dalam akta sedia ada yang didapati bertenta-ngan dengan hukum syarak.

Walaupun cadangan ini nampak agak rumit atas faktor jumlah akta sedia ada yang terlalu banyak, namun cadangan tersebut perlu dipertimbangkan demi memelihara maslahah umum selain menghormati kedudukan istimewa Islam sebagai agama bagi Persekutuan negara ini.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/rencana ... 11302#ixzz4ovtkKQer
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2017 09:10 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 6-8-2017 09:19 AM

PUTRAJAYA 27 Julai - Mahkamah Rayuan berpendirian, anak pasangan beragama Islam yang dilahirkan secara luar nikah kini layak di sisi undang-undang untuk berbinkan nama bapanya.













Keputusan penting itu dicapai oleh panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Tengku Maimun Tuan Mat (atas)  ketika membenarkan rayuan seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dan kedua ibu bapanya.



Beliau yang bersidang bersama Datuk Abdul Rahman Sebli dan Puan Sri Zaleha Yusof sebulat suara mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak semakan kehakiman yang difailkan oleh ketiga-tiganya.

Mahkamah berpendirian, Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) selaku responden kedua telah bertindak di luar bidang kuasa ketika mendaftarkan ‘Abdullah’ sebagai nama bapa kepada kanak-kanak itu dalam sijil kelahirannya.

Ibu dan bapa kanak-kanak itu (perayu kedua dan perayu ketiga), kedua-duanya beragama Islam bernikah pada 24 Oktober 2009. Kanak-kanak lelaki itu lahir pada 17 April 2010 iaitu lima bulan dan 24 hari (atau lima bulan dan 27 hari menurut kalendar Qamariah Islam).

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan anak tidak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut.

Muzakarah itu mendefinisikan anak tak sah taraf ialah sebagai:

1. Anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina atau rogol dan dia bukan daripada persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak

perhambaan.

2. Anak dilahirkan kurang dari enam bulan dua lahzah (saat) mengikut Takwim Qamariah daripada tarikh tamkin (setubuh). - UTUSAN ONLINE



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/ ... 07979#ixzz4ovutUIHB
© Utusan Melayu (M) Bhd








Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/ ... 07979#ixzz4ovun5zpo
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2017 01:57 AM | Show all posts
ini adalah wacana tuntas tentang isu penasaban

bagi mereka yg suka mencari fakta dan bukan emosi dan bukan surface argument

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-9-2017 01:58 AM | Show all posts
ini video penuh

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-10-2017 12:15 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 16-10-2017 12:17 AM

the updates...
KENYATAAN MEDIA
PENGERUSI JAWATANKUASA
MEMPERKASA MAHKAMAH SYARIAH
BERKENAAN
MESYUARAT JAWATANKUASA MEMPERKASA
MAHKAMAH SYARIAH




1. Mesyuarat Jemaah Menteri pada 4 Ogos 2017 telah bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Memperkasa Mahkamah Syariah (JKMMS) yang bertujuan untuk meningkatkan dan memartabatkan sistem perundangan Syariah secara holistik selaras dengan kedudukan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan.

2. Justeru, mesyuarat pertama Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Induk Memperkasa Mahkamah Syariah telah diadakan pada 13 Oktober 2017 di Kompleks Islam Putrajaya yang dipengerusikan oleh YBhg. Tan Sri Prof. Dr Mohd Yusof Noor, Presiden Universiti Islam Malaysia. Mesyuarat ini dihadiri oleh wakil-wakil daripada ahli akademik, ahli Majlis Agama Islam Negeri, pengamal undang-undang dan juga Ketua-Ketua Kluster yang telah dilantik.

3. Pada umumnya Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Induk Memperkasa Mahkamah Syariah membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan pemerkasaan Mahkamah Syariah berdasarkan kepada kluster-kluster yang telah ditentukan :-
(i) Kluster Pengharmonian antara Undang-Undang Sivil dan Undang-Undang Syariah dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Dr. Engku Rabiah Adawiah, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia;

Perbincangan : Mencari jalan penyelesaian kepada konflik antara Undang-Undang Sivil dan Undang-Undang Syariah ke arah pengharmonian kedua undang-undang berkenaan.

(ii) Kluster Cadangan Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Madya Dr. Shamrahayu binti Ab. Aziz, Pensyarah, Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia;
Perbincangan : Mengenal pasti permasalahan yang berbangkit berhubung dengan cadangan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 [Akta 355] dan undang-undang lain yang berkaitan dan seterusnya mencadangkan apa-apa jalan penyelesaian ke arah menyelesaikan permasalahan tersebut.


(iii) Kluster Pengurusan dan Penstrukturan Mahkamah Syariah dipengerusikan oleh Y.A. Prof. Adjung Dato' Dr. Hj Mohd Naim bin Hj Mokhtar, Hakim Mahkamah Rayuan Syariah;

Perbincangan : Sistem pengurusan dan penstrukturan Mahkamah Syariah yang lebih mantap, dinamik dan memenuhi kehendak serta keperluan semasa;


(iv) Kluster Latihan Hakim dan Pegawai Syariah dipengerusikan oleh YBhg. Tuan Mohamad Shakir bin Abdul Hamid, Ketua Pendaftar, Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia;


Perbincangan : Latihan Hakim dan Pegawai Syariah yang bersistematik ke arah melahirkan Hakim dan Pegawai Syariah yang berpengetahuan tinggi, syakhsiah yang mantap dan tegas dalam melaksanakan tugasnya;
(v) Kluster Pendidikan Undang-undang Syariah dipengerusikan oleh YBhg. Prof. Dr. Nik Ahmad Kamal Bin Nik Mahmood, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia; dan


Perbincangan : Sistem pendidikan undang-undang Syariah yang mantap untuk melahirkan hakim-hakim Syariah, pendakwa-pendakwa Syarie, penguatkuasa-penguatkuasa Syarie, peguam-peguam Syarie dan pentadbir-pentadbir perundangan Islam yang berilmu tinggi dan berdaya saing; dan


(vi) Kluster Hal-ehwal berkaitan Peguam Syari’e dipengerusikan oleh YBhg. Tuan Musa bin Awang, Presiden Persatuan Peguam Syarie.
Perbincangan : Penambahbaikan semua perkara yang berhubungan dengan hal ehwal peguam Syarie ke arah melahirkan peguam Syarie yang mahir dan profesional.


(vii) Kluster Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah.
Perbincangan: Penambahbaikan perkara-perkara yang berhubung dengan Penguatkuasaan dan Pendakwaan Syariah.
Sehubungan itu, Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Induk Memperkasa Mahkamah Syariah ini telah mengeluarkan arahan kepada semua ketua-ketua kluster agar dapat segera menggerakkan kluster masing-masing demi memastikan kejayaan penubuhan JKMMS.

Kluster pertama yang akan bersidang ialah Kluster Cadangan Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Akta 355) iaitu bakal di adakan pada 19 Oktober 2017. Jemputan telah dikeluarkan kepada semua ahli kluster termasuk wakil bagi setiap parti politik untuk turut sama memberi input dan pandangan masing-masing. Semoga semua pihak yang dijemput dapat hadir dan menjadikan kluster ini sebagai medan yang berkesan untuk menyelesaikan sebarang konflik yang timbul.

Di samping itu, kluster-kluster yang lain juga akan bersidang dalam masa yang terdekat demi merealisasikan hasrat murni Kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Memperkasa Mahkamah Syariah (JKMMS).


Sekian

Tan Sri Dr Mohd Yusof Noor
Pengerusi Jawatankuasa Memperkasa Mahkamah Syariah
15 Oktober 2017





sumber rujukan:
https://www.facebook.com/MyJakimMalaysia/posts/1663876746996221


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2019 11:38 AM | Show all posts
Salam rakan-rakan semua. Esok dijadualkan perbicaraan kes anak tak sah taraf sama ada boleh dibinkan kepada bapa biologinya di Mahkamah Persekutuan. Inshaallah saya akan membantu peguamcara Majlis Agama Islam Johor dalam kes ini di mana counsel utamanya adalah Dato’ Haji Sulaiman Abdullah. Mohon rakan rakan mendoakan kemenangan bagi menegakkan hukum syarak. Jika kelapangan sudikanlah hadir ke Mahkamah Persekutuan Putrajaya jam 8.30 pagi.

https://www.facebook.com/ZainulRijalhttps://muzir.wordpress.com/



ini doa Saiyidina Umar Al Khattab, Al Farouk, di mana derap tapak kakinya apabila kedengaran ...siapa yg lari? yg tahu tahulah jawapan.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2019 11:41 AM | Show all posts
Agama ini pernah membina peradaban, wujud dan disampaikan ketika zaman peperangan meluap luap di barat dan di timur  kerajaan Roman.

maka kekallah tunjangnya di nusantara. pandangan alamnya dan segala  yg bersangkutan dengannya

Allah SWT - Pemilik Agung segala realiti dan Kebenaran.

the truth and reality.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-11-2019 03:03 PM | Show all posts
Bermula jam 9.20 pagi tadi sehinggalah lebih kurang jam 2.00 ptg penghujahan kes ‘Bin Abdullah’ di hadapan 7 panel hakim Mahkamah Persekutuan. Mahkamah memerlukan masa untuk mengkaji keseluruhan penghujahan dan akan membuat keputusan pada suatu tarikh yang akan ditetapkan kemudian.
https://www.facebook.com/ZainulRijal
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-11-2019 03:06 PM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 14-11-2019 05:19 PM

iman mutiara versi terbaru

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 06:33 AM GMT+8 , Processed in 0.439063 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list