View: 1582|Reply: 18
|
[Tempatan]
Realiti pengusaha minyak: turun merungut, naik terus diam
[Copy link]
|
|
Kerajaan akan memastikan pengusaha stesen minyak dan pengguna merasa selesa dengan penetapan harga minyak dan diesel yang dilakukan setiap minggu.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Hamzah Zainuddin menjelaskan, setakat ini tiada lagi kes minyak dan diesel disorok dan kerajaan akan memastikan perkara ini tidak akan berlaku ketika harga minyak dan diesel meningkat mahu pun menurun setiap minggu.
“KPDNKK sentiasa berbincang dengan Menteri Kewangan, bukan sahaja untuk memastikan pengusaha stesen minyak selesa, malah pengguna di seluruh negara tidak akan menghadapi masalah kekurangan minyak ketika harganya meningkat atau pun menurun setiap minggu.
“Kita akan memastikan bekalan cukup ketika harga minyak naik dan turun, setakat ini tiada lagi kes menyorok bahan api ini dilaporkan kepada KPDNKK,” jelasnya ketika menjawab soalan tambahan dari Ahli Parlimen Sik Dr Mansor Abdul Rahman di Sidang Dewan Rakyat, Parlimen, hari ini.
Hamzah juga melahirkan rasa kesal dengan sikap segelintir pengusaha stesen minyak kerana merungut mengalami kerugian ketika penetapan harga minyak diumunkan menurun pada minggu tertentu.
“Apabila harga minyak dan diesel naik, mereka ini tidak pula mengadu kepada pihak tertentu tetapi apabila harga minyak dan diesel turun mereka mengeluh mengalami kerugian.
“Dalam setiap perniagaan, setiap ahli perniagaan mesti memahami ada risiko mengalami untung dan rugi, dan seharusnya mereka telah mendalaminya risiko yang bakal dialami dalam perniagaan ini,” jelas Hamzah lagi.
Bagaimanapun, menurut Hamzah, kerajaan akan memastikan kerugian yang dialami pengusaha stesen minyak tidak terlalu besar melalui mekanisma yang digunakan.
“Penetapan harga minyak dan diesel berdasarkan harga pasaran minyak dunia. Harga runcit ditetapkan adalah lebih hampir kepada harga kos produk.
“Kita ada berjumpa dan berbincang dengan mereka dan memastikan jika ada kerugian yang dialami pengusaha stesen minyak tidak terlalu besar,” jelas Ahli Parlimen Larut itu.
Menurut Hamzah lagi, bagi menampung pengusaha stesen minyak ini ketika mengalami kerugian, pelbagai usaha dan insentif telah dilakukan untuk mereka memperolehi keuntungan tambahan.
“Syarikat minyak ada menyediakan insentif bagi membantu pengusaha stesen minyak mendapat keuntungan tambahan seperti membuka kedai serbaneka dan runcit di premis mereka.
“Ada juga diadakan kempen atau program untuk memikat pengguna singgah di kedai runcit di stesen minyak tersebut,” katanya menjawab soalan asal daripada Ahli Parlimen DAP Sarikei Wong Ling Biu yang ingin mengetahui apakah masalah yang dialami oleh pelbagai sektor apabila kerajaan melaksanakan harga petrol dan diesel terapung setiap minggu. |
|
|
|
|
|
|
|
setuju, tu sebab ada pengusaha minyak yg trpaksa tutup kedai |
|
|
|
|
|
|
|
kesian tokey minyak
aku siompati
harap minggu depann tolonglah naikkan harga lagi...demi tauke tercinta |
|
|
|
|
|
|
|
bukan ke semua ini ketentuan Allah? |
|
|
|
|
|
|
|
Hmmm. Dah x berapa nak ambil tahu pasal harga minyak. Jangan harga naik mendadak sudah la. |
|
|
|
|
|
|
|
Tau tape,mls nak tau..trun naik stkt satu dua kupang je pun..tp kalau byk mmg memekak juga |
|
|
|
|
|
|
|
naik ke turun ke, tetap kena isi. titik. |
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
kawan yg kaya tu ckp kalau minyak naik 10.00 seliter pun dia isi jugak..nk buat cemana..keperluan.
tapi ada seranan sbgi pengguna bijak untuk mengurangkan pebelanjaan minyak.
1.rancangkan perjalanan anda, buat urusan sebaiknya awal pagi, bole off aircond sebab pagi sejuk.
2. kurangkan keluar dgn menggunakan kereta, guna grab jika terpaksa ke sesuatu tempat untuk bercikcur skli skala.
3. pastikan kereta sentiasa dalam keadaan baik
4. sebaiknya rancang perjalanan amik anak sekolah skli jalan..perancangan harusnya lokasi temat tinggal..sekolah/transit anak dan kediaman yg memudahkan kehidupan.
|
|
|
|
|
|
|
|
yg bwk kete tu dh boleh downgrade ke motor |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 16-8-2017 08:05 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Minyak naik, langsung tak berbunyi |
|
|
|
|
|
|
|
-electrifying- replied at 10-8-2017 07:40 AM
yg bwk kete tu dh boleh downgrade ke motor
Yang bawa motor downgrade ke |
|
|
|
|
|
|
|
pengusaha2 stesen minyak tu semuanyer org2 miskin....
rakyat kaya raya kena paham......
harap2 minggu dpn naik lagi sampai 10-20 sen....
sian pengusaha minyak yg miskin hina ni... |
|
|
|
|
|
|
|
mujur la naik je sekarang.. klu tak habis pupus station minyak kat malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 1-11-2017 09:54 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Tiada lagi rungutan dari pengusaha minyak
Naikkan lagi minyak setiap minggu |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 4-1-2018 08:16 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Sejak minyak turun cuma 1 sen, naik pulak ber sen sen, tiada rungutan dari pengusaha minyak |
|
|
|
|
|
|
|
kesian pengusaha minyak...kena tanggung rugi...minggu depan kena naik lagi nie....rakyat kan dah boleh menyerap GST bagai nie... |
|
|
|
|
|
|
| |
|